Ingin berkongsi intisari khutbah di masjid kariah... daripada khatib jemputan, yang berautoriti.
Jika Jumaat lalu menyentuh 'organisasi halal', kebetulan topik yang dikhutbahkan adalah juga berkaitan halal - haram. Di dunia ini, manusia lebih banyak dikurniakan perkara-perkara halal berbanding yang haram. Yang halal, jika tidak dilakukan berlandaskan tuntutan agama jadi haramlah ia.
Mencari kekayaan itu dituntut. Hukumnya harus. Tetapi, sekiranya cara mendapatkannya bertentangan dengan lunas-lunas agama, haram jadinya!
Mendapatkan kuasa itu juga menjadi kefarduan (berpolitik /sebagai khalifah). Tetapi penyalahgunaan kuasa itu mengubah statusnya. Haram jadinya... [Namun tidak pula digazetkan, seperti mana penyalahgunaan dadah!... oleh pemerintah negara ini]
Manusia (di akhirat nanti) khususnya umat Islam AKAN dikumpulkan dalam empat kluster seperti berikut:
1. Untung di dunia, celaka di akhirat;
2. Rugi di dunia, bertuah di akhirat;
3. Rugi di dunia, celaka di akhirat; dan
4. UNTUNG di dunia dan BERTUAH di akhirat!
Contoh-contoh berikut (dari aspek-aspek kuasa, rezeki dan amalan /tuntutan agama) sebagai ilustrasi - sekadar membuka minda:
Kluster 1Kuasa yang ada, diambil kesempatan untuk kepentingan sendiri dan kroni... Halal dan haram tiada persempadanan. Hak pihak lain dizalimi. 'Menderma' jika cek gergasi terpampang dan perlukan limputan media! Kecelakaan pasti menunggunya di akhirat.
Kluster 2Tidak merasuah pihak yang yang 'berkuasa' menawarkan kontrak puluhan juta Ringgit. Ukuran dunia rugi namanya (dari perspekftif perasuah, sering dilabelkan sebagai 'orang bodoh bisnes')... Atau, lebih teruk lagi yang hidupnya sekadar 'menunggu rezeki turun dari langit' semata! Namun, akhiratnya amat dijaga... dan Maha Pengasihnya Allah, dikurniakan rahmatNYA di akhirat.
Kluster 3Sedang menikmati rezeki yang melimpah-limpah (ketika bergayut di pinggang yang miliki kuasa)... tiba-tiba jatuh muflis ketika pinggang gayutannya patah! Kerakusannya seperti contoh kluster 1... dan pasti jauh daripada rahmatNYA.
Kluster 4Taqwa dan yakin rezeki Allah berada di mana-mana. Hidup dan usaha kerasnya meminbunkan kekayaan berlandaskan tuntutan agama. Namun, kekayaan dijadikan alat untuk memakmurkan ummah. Pengabdiannya kepada Allah seolah-olah dia akan mati esok hari. Dalam setiap perkara yang dilakukan di dunia, tidak putus-putus mengharapkan rahmatNYA di akhirat.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.