KPI Dashboard

minda.JUMAAT: organisasi HALAL

Logo HALAL yang terdapat di pintu-pintu masuk restoran sering kali memerangkap orang-orang Islam yang bersikap 'tidak kisah' - walaupun jelas haramnya!... dari kedai kopi sehinggalah hotel berbintang-bintang!

Cabaran kepada generasi sekarang amat getir. Makanan yang menjadi darah daging umat jelas tercemar! Tercemar dengan unsur-unsur yang pastinya menggugat 'aqidah. Dan kesannya dapat kita amati dari kegawatan sosial masyarakat kita hari ini. Makananlah yang membentuk sahsiah!

Apakah akan bertambah parahnya sahsiah umat apabila logo halal itu menjadi barang dagangan? ... dengan berpindahnya kuasa JAKIM ke HDC (Halal Development Corporation).

Semalam berkesempatan hadir di majlis perlancaran Piawaian MS1900:2005 di IKIM. Semoga langkah pentauliahan tanda "Organisasi HALAL" akan sedikit sebanyak menyekat proses hakisan 'aqidah (tidak hanya melalui makanan, tetapi tindak tanduk pengurusan) umat Islam di Negara ini dan sejagat - dalam tempoh jangka panjang, InsyaAllah.

Nota
Memiliki sijil-sijil pentauliahan berdasarkan mana-mana piawaian di dunia ini adalah bersifat SUKARELA, kecuali dipaksarelakan pihak ketiga!