KPI Dashboard

networking

Hari ini dan esok berlangsungnya MIHRM Summit 2008.

Program tahunan anjuran Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM) itu menemukan pakar-pakar dan pengamal-pengamal Pengurusan Sumber Manusia (HRM) - dalam Negara dan serantau.

Fokus persidangan kali ini adalah yang berkaitan dengan pengurusan bakat (talent management) dan perancangan penggantian (sucession planning). Pengurusan bakat menjadi amat kritikal dalam persekitaran bisnes yang suram kini.

Pada dasarnya, organisasi akan merangka program-program pembangunan sumber manusianya secara berkesan ketika kemelesetan ekonomi berlaku. Ianya amat penting dan merupakan proses rangsangan melawan kesan tersebut.

Organisasi yang 'memberhentikan' aktiviti-aktiviti latihan dan yang berkaitan dengan pembangunan modal insan akan kecundang (kerana tidak berusaha 'memulihkan' semangat anggota kerja) atau ketinggalan apabila keadaan kembali pulih...

Justeru, strategi networking perlu dirangka sewajarnya oleh perunding-perunding latihan, dalam meneroka ruang sempit yang terbuka!