KPI Dashboard

08108, 5-Series

Hari ini genap setahun berkerja tanpa perlu ke pejabat dan tanpa masa pejabat (yang mengikat) - era baru kerjaya selepas 27 tahun 'makan gaji'... bersara (setahun) awal.

Dan bersempena dengan ulangtahun pertama era baru itu, ingin berkongsi beberapa peristiwa yang tidak dirancang - tetapi yakin ianya perancangan Allah yang Maha Mengetahui akan isi hati hamba-hambanya yang sentiasa memohon dan terus menaruh harapan yang tinggi...

...sebelum itu tatapilah gambar-gambar di bawah ini (khususnya wajah sebelum memasuki era 5-Series tu)
Yang utamanya nikmat kesihatan: Alhamdulillah, kini 'makhluk darah tinggi' (yang terkawal) sejak lebih 15 tahun menemani diri, kini telah menghilang diri...

Tidak pernah 'majlis kesyukuran harijadi' diadakan awal (kali ini seminggu awal)... begitu juga insan istimewa yang baru dikenali melalui laman blog menghadiahkan tanda kasih mesranya lapan hari lebih awal...

Melalui perjalanan jauh di harijadi... (itu sebabnya juga entri ini dipublish 8 jam lebih awal) - InsyaAllah bertolak ke Dubai jam 02:10pagi 8 Januari...

[Update: 12:45pagi (WifI KLIA)..Sebelum bertolak ke KLIA, sempat juga Aisyah (cucu ke-2) nyanyikan lagu untuk datuknya, dan beri kad...makan kek aiskrem yang dibeli Mak Busunya]


Sebagai menghargai hadiah Saudara J&J, baju kotak-kotak merah hati itu saya pakai untuk perjalanan ke Dubai - moga-moga membawa keberkatan tujuan perjalanan... pandai betul J&J memilih saiz dan corak-warnanya!

Di UAE, 8 Januari 2008 adalah juga bersamaan 1 Muharram 1429...(rujuk di sini). Jadi kami menyambut Tahun Baru Hijrah di Dubai kali ini...Dan keesokan harinya (9 Januari) pula merupakan hari penentu 'era baru peringkat ke-2'... [sebab utama mengapa saya ke Dubai kali ini]

[bersambung apabila tiba di Dubai...]

Update: 10:00 pagi (Dubai): Sampai Dubai (rumah Izzah) jam 7:00 pagi (11:00 pagi M'sia). ...Nampaknya winter kali ini agak sejuk ...8-12deg C, berserta hujan dan angin di awal pagi.

Selepas mengemas diri, kami bersarapan pagi anak beranak: nasi lemak sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng telah tersedia sebelum kami sampai lagi... berserta kek yang dibuat sebelah malamnya. Apa lagi dua orang cucu tu - Redza dan Hana - menyanyikanlah 'lagu happy besday' untuk atuknya... maklumlah sudah dapat bermacam-macam jenis buku dan makanan kegemaran mereka yang dibawakan nenek katakan!