KPI Dashboard

minda.JUMAAT: hikmah

" Allah menganugerahkan al-hikmah* kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang dianugerahi al-hikmah itu telah mendapat KURNIA (KEKAYAAN) YANG SANGAT BESAR.

Dan hanya orang-orang yang berakallah
yang dapat mengambil pelajaran
(dari al-Quran) "
- Al-Baqarah: 269


Nota: * al-Hikmah merujuk kepada kefahaman yang mendalam tentang Al-Qran dan As Sunnah.

Prof Hamka
dalam Tafsir Al-Azharnya, mengupas hubungan ilmu dan hikmah dari perpekstif yang menarik...

" Kekayaan sejati ialah hikmah yang diberikan Allah SWT... Kecerdasan akal, keluasan ilmu, ketinggian budi, kesanggupan menyesuaikan diri dengan masyarakat. Itulah kekayaan yang sangat banyak!

Hikmah lebih luas dari ilmu, bahkan hujung dari ilmu itu adalah permulaan hikmah. Hikmah juga bermaksud sebagai mengetahui apa yang tersirat di sebalik yang tersurat,
memiliki yang 'ghaib' dari melihat yang nyata, mengetahui akan kepastian hujung kerana telah melihat pangkalnya ",

Secara ringkasnya, ayat yang ditafsirkan oleh Prof Hamka di atas adalah asas pemilikan seseorang dalam membangunkan keupayaan pemikiran strategik dalam dirinya.