KPI Dashboard

minda.JUMAAT:...kena kejar!

minda.JUMAAT ingin berkongsi lagi intipati dari kuliah Maghrib. Kali ini yang diberikan Ustaz Fauzi Abd Rani bulan lepas di masjid khariah saya... yang mungkin boleh dijadikan sebagai azam Tahun Baru 1429H/2008M:

Dalam kita melayari kehidupan sebagai seorang Muslim, lima perkara yang (kita patut dan) kena kejar; iaitu:

1. Hidayah Allah,
2. Kesihatan,
3. Pencarian harta,
4. Akal yang sihat, dan
5. Kebahagian akhirat.

Saya tidak bercadang untuk menghuraikan satu per satu untuk entri kali ini, kecuali sentuh sedikit hal pencarian harta. Pencarian harta (kekayaan di sisi Allah) adalah sekadar jalan atau means untuk mencapai matlamat akhir kehidupan (iaitu mengejar kebahagian akhirat).

Kekayaan tidak hanya terhad kepada wang ringgit. Ianya meliputi juga di antara lainnya ilmu, tingkah laku dan budi bahasa... Justeru itu, dapat diperhatikan betapa ramai manusia yang kaya dengan 'kebendaan' tetapi muflis dunianya (di sisi Allah) dan mungkin lebih teruk lagi agaknya di akhirat!

Kekayaan perlu diimpakkan dalam kadar dan ruang-ruang yang diredhaiNya - kepada yang berhak. Mungkin pengunjung dapat mengamati mengapa 'pencarian harta' itu berada di tengah-tengah dalam urutan lima perkara yang kejar di atas!

Nota: Mungkin entri DI SINI dan juga DI SINI dapat memberi pembayang kepada natijah pengamatan di atas.