KPI Dashboard

kerlingan lalu...

Petang tadi berlangsungnya majlis rasmi penyampaian tauliah Certified Professional Manager Coach (Certified PMC) dari Cambridge Association of Managers (CAM), United Kingdom. 15 orang penerima dari rantau Asia Pasifik untuk beberapa jenis tahap kompetensi pengurusan kepimpinan. Hanya seorang coach wanita dari China dan saya, adalah penerima Certified PMC di majlis berkenaan.

Proses pentauliahan itu dilalui dengan mendapatkan bimbingan seorang Master Coach tempatan yang berpengalaman dalam bidangnya iaitu En Shaker bin Mustafa (Shaker Sdn Bhd) dengan kerjasama Asia.Coaching (wakil serantau CAM). Dan saya adalah murid pertamanya yang mendapat tauliah dari CAM.

Namun, pelaburan di atas itu sahaja tidak mungkin menjadi kenyataan, seandainya tanpa peranan rakan-rakan bloggers yang sanggup menawar diri sebagai Coachee (pro-bono - coaching percuma untuk tujuan certification).

Saya ingin lakukan kerlingan lalu... semasa menawarkan coaching percuma DI SINI dahulu. Seramai 20 orang rakan blogger telah dipilih untuk menjadi coachee. Dan merakalah sebenarnya bermulanya suatu perjalanan baru saya, mulai semalam... Certified Coach - the world of possibilities, InsyaAllah.

Kepada mereka semua, saya rakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan. Siapalah saya sebagai Coach, tanpa semua Coachee!


NOTA
1. Kepada 20 Coachee saya itu, mulai 1 November 2008, saya akan menawarkan tambahan dua sesi percuma atau 5 jam coaching hours - untuk melengkapan Peta Strategi /Pelan Tindakan idea masing-masing. Sukacita dapat hubungi saya untuk merancang jadual sesi coaching (November 2008 - Mac 2009).

2. InsyaAllah, tambahan jam di dalam buku log coaching itu sebagai persediaan saya untuk mendapatkan tauliah CPC pula dari ICF, International Coaching Federation, USA (Target: Tahun 2009).

3. Majlis yang sama juga melibatkan lebih kurang 30 graduan EU Open University (IIU) - DBA ( 2 orang - salah seorangnya pegawai kanan JPA), Master (1 orang) dan Bachelor (semuanya dari Indonesia).

4. Lihat gambar-gambar di majlis konvokesyen antarabangsa itu DI SINI.