KPI Dashboard
Showing posts with label budaya siapa ini?. Show all posts
Showing posts with label budaya siapa ini?. Show all posts

bebas terbabas?

A Kadir Jasin menulis...

" PERTUDUHAN
terhadap enam orang pembahas blog semalam atas tuduhan menghina Sultan Perak menjadi satu lagi mercu tanda bagi dunia blog Malaysia. Mereka dituduh di tempat berasingan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Peristiwa ini sekali gus menamatkan andaian bahawa blog, pemblog (blogger) dan pengomen adalah bebas dan di luar kawalan undang-undang"... BACA LANJUT


Berita lanjut dipetik dari BERNAMA...
Lima Didakwa Hina Sultan Perak

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sistem perundangan negara Jumaat mencatat sejarah apabila lima lelaki didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Berita lanjut DI SINI

tun perak diundang...

Dalam mencari-cari apa sebenarnya telah, sedang dan akan berlaku di sebalik 'rampasan kuasa' di Perak, ada baiknya saya kongsi maklumat ini... entri dari blog Dr Siddiq Azani,
Fakulti Undang-Undang UiTM Malaysia.

Adab membacanya mudah - hilangkan parti apa yang di sokong di minda dan anggaplah semua 'pelakon-pelakon' dalam episod-episod Perak - bermula dengan lompat si katak lompat sehingga kini... itu 'benar' di pihak masing-masing.

Sekurang-kurangnya KETIKA MEMBACA entri Dr.Sid di bawah ini (...walau pun penulisnya jelas bias di pihaknya).

"...Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja...

Sambung baca DI SINI jika masih lagi berminat dalam mencari 'kebenaran' di alam siber...

[edisi kemaskini 8 Feb]
Dan bandingkan versi (dari perspektif undang-undang) lain daripada Art.Harun ...dan mungkin tulisan RajaPetra ini menjadi PENGIMBANGNYA!

[edisi kemaskini 21 Feb]

Catatan pena MB
sebagai himpunan maklumat krisis perlembagaan yang melanda Perak.

prestasi berhelah

Di pagi minggu teringat kembali aktiviti hujung tahun... dalam sesebuah organisasi, November /Disember merupakan bulan-bulan 'menilai prestasi'.

Dalam banyak hal, di mana proses memuktamadkan sasaran (target) pencapaian yang dijangkakan di awal tahun bukan merupakan proses yang jelas; inilah ketikanya kedua-dua pihak menjadi 'tertekan'!...

Apa tidaknya, prestasi 12 bulan mungkin hanya berdasarkan kepada 'tindak tanduk' di antara pihak yang dinilai dan yang menilai... kepada yang pandai 'menonjol diri' di garisan penamat cemerlanglah jadinya!

Sebaliknya, jika di saat-saat 'berjaga-jaga' itu pihak yang dinilai 'tertanduk' perut si penilai; habislah jadinya...

Ini pula kisah kehidupan yang ada kaitannya dengan 'prestasi'. Saya sebut sebagai prestasi berhelah. Terlalu sering diamalkan. Diamalkan oleh mereka yang jelas tahap integritinya rendah... yang cuba memerangkap pendengar yang membuat penilaian ke atasnya!

Cuba bayangkan ungkapan-ungkapan serupa ini. Pernah dan biasa kita dengar dalam kehidupan harian. Selalunya dalam keadaan terdesak, mungkin. Apabila ingin menonjolkan prestasi diri sendiri - yang bukan sebenarnya:

" ...sebenarnya sayalah yang bantu Si Anu tu (menjadi hebat),
...kalau bukan saya yang coach dia, jangan harap dia....;
...dia tu tahu apa? saya yang ajar dia!
...semua orang tak betul! "


Jadi awasilah mereka-mereka yang menggunakan taktik "prestasi berhelah" ketika mana hendak menonjolkan kehebatan diri sendiri... Sebenarnya dia menikam dirinya sendiri (mengunakan pisau ditangan orang lain)!


bahasa badan si penipu

Artikel di bawah dipetik dari blog SifuPTS iaitu www.universitipts.com ... yang juga dipaparkan Dr Tengku Asmadi.

Walaupun entri itu agak lama, saya teringat kembali untuk dikongsi di sini... Terutama untuk tatapan rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dan yang dalam proses mengenali bakal 'business partner':

Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, atau melihat orang lain sedang berkomunikasi maka kita dapat mengenalpasti sama ada seseorang itu berkata benar atau sebaliknya. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh si penipu.

Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.

(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).

(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.

(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.

(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.

(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”

(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kes
Saifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid Kuala
Lumpur).

(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).

(vii) Menyorokkan tapak tangan.

Kata Puan SiPTS lagi, “Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu,
saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membaca
buku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.”.

Semoga maklumat ini berguna bagi kita semua.

Nota Kuliah oleh:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden, Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


puteh mata...


ICJ telah membuat keputusan... Malaysia berputeh mata! Pulau Batu Puteh terlepas... yang terpaksa 'diterima' hanya terumbu batu karang... Terumbu Karang Tengah (yang 'hilang' ketika air pasang...)

Namun pihak Malaysia (YB Menteri Luar) menganggapnya sebagai keputusan "MENANG-MENANG"?


Pulau Batu Puteh, dari aspek sejarah dan kedaulatannya adalah milik Malaysia telah diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai milik Singapura!

Tunggu... Apa lagi yang kita akan TERLEPAS?

Iskandar Malaysia: Bagaimana koridor ekonomi (ala Dubai itu) 3o tahun dari sekarang? Apakah umat Melayu ketika itu nanti akan 'menyumpah' lagi? (...kepada pemimpin orang Melayu yang ada sekarang pula).


NOTA

1. Sekali lagi (pada pengamatan saya) peranan media arus perdana (khususnya elektronik) dalam memainkan sentimen Pulau Batu Puteh dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini menemui kegagalan...

2. Baca juga '...batu terhempap putih mata' DI SINI - dari perspektif orang politik!

3. Grafik (di atas): Kredit kepada TheMalaysianInsider.com

BMT

Jika pengunjung ke UniversitiPTS, Puan SifuPTS sering menyebut tentang BMT....

Apa dia BMT (Bahasa Melayu Tinggi) yang dimaksudkan beliau? Mengapa BMT itu penting di dalam penulisan, walau pun di blog peribadi kita?

...Hari Ahad lalu, saya 'gagahkan' juga memanjat tangga Sekolah Al-Ikhlas di tingkat dua, di mana Prof. Emeritus Abdullah (Penasihat PTS) memberikan kuliah berkaitan BMT.

Prof memulakan kuliahnya dengan 'definisi' BMT. Seterusnya beliau berkata, "Kajian (Hipotesis Defisit - Basil Bernstein) telah menunjukkan bahawa:

a. Kelompok pelajar daripada keluarga yang menuturkan bahasa baku (bahasa tinggi) lebih mudah belajar dan cemerlang dalam pelajaran;
BERBANDING
b. Kelompok pelajar yang datang daripada keluarga yang berkomunikasi dengan bahasa-bahasa pasar, bahasa tidak lengkap dan yang serupa dengannya..."

Apa yang lebih penting adalah hasil kajian tersebut. Kelompok yang tidak berupaya menutur dan menulis dalam bahasa persuratan yang diajar di sekolah-sekolah menerima kesan kekal... Kekal dalam kemiskinan. Miskin ilmu dan miskin budaya!

BMT adalah wadah perjuangan untuk memandaikan bangsa. Khususnya anak-anak bangsa yang berada di luar bandar (juga di bandar di mana sosio-ekonominya) serba kekurangan. Bahasa berkaitan langsung dengan budaya.

Penggunaan bahasa seseorang melalui percakapan atau penulisan menunjukkan tahap intelektual dan karisme bangsa itu sendiri.

Baca N3 Puan Norlela Zubir berkaitan aspek Pemadan Taraf (Sapaan Sosial) dalam BMT.
Ini pula kesan sisio-ekonomi jika tidak mengamalkan BMT yang dicatat oleh Tuan Zamri Mohamad.

UMNO terus bergolak...

19 Mei, 2008 14:29 PM

Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta


Tun Dr Mahathir Mohamad

ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin...Baca SETERUSNYA

Ini pula N3 beliau di Chedet.com

Lihat juga reaksi dan analisis pihak-pihak lain... DISINI DISANA dan di Al-Jazeera