KPI Dashboard

minda.JUMAAT: kuasa 40

Alhamdulillah, buku Travelog Dakwah - Meniti Hari Esok (TDMHE) diterima daripada pengarangnya sendiri 8 hari lalu.

Lantas, seperti lazimnya (apabila mendapat /membeli buku baru) langkah pertama adalah mengimbas catatan di kulit belakang. Kemudian jadual kandungannya... dan terus membaca Bab 31!

Macam sudah dijangka (berdasarkan buku 'Best Seller' Travelog Haji), roh TDMHE bagi saya adalah di situ - Bab 31 "Hari Kiamat"!

Imbasan Travelog Haji DI SINI ...di minda.JUMAAT 13 bulan lalu.

Apakah ianya suatu kebetulan? Saya rasa tidak... Tentu 'angka 31' tersembunyi satu lagi 'rahsia' dalam banyak lagi rahsia yang belum sempat didedahkan Prof Kamil?

Bagaimana pula dengan kuasa 40?

Kita sering terdengar ungkapan "...kehidupan bermula pada usia 40 tahun". Dari perspektif kepimpinan, usia 40 tahun mencerminkan kematangan. Contohnya, Nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan kerasulannya pada usia itu.

Pastinya, tentu ada sesuatu yang amat signifikan? Kedua-dua buku Prof Kamil - Travelog Haji dan Travelog Dakwah - itulah jawapannya!

"Ingati Mati" merupakan asas kepada teori motivasi Islam. Kematian itu adalah satu penghujung yang pasti. Dalam istilah motivasinya adalah "pencapaian matlamat". Sesuatu yang positif. Bukan negatif.

Pertimbangkanlah pengamatan ini (pinjam ungkapan di beberapa tempat dalam TDMHE)... seseorang yang tidak (memulakan usaha) meninggalkan amalan dan kelakuan buruknya sebelum melepasi garisan 40 tahunnya, lazimnya gagal berbuat demikian selepas itu!

Tidak bermakna seseorang yang baik amalannya sebelum usia 40 tahun itu sudah 'beres' semuanya. Dari sudut yang lain, bukan bagaimana ia bermula tetapi akhirnya yang menjadi penentu.

Rahmat dan kasih sayang serta kuasa Allah tentu mengatasi segala, sebelum seseorang itu dijemput malaikat maut!


NOTA
(kemaskini 16Nov)
Di atas 'permintaan' pengunjung dan selepas menonton Prof Kamil di SPM TV1 pagi tadi, keyakinan saya tentang 'Bab 31' (TH dan TD) makin 'jelas'...

Rujuklah perenggan akhir muka surat 125 TDMHE yang menyentuh "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan!" - yang diulang 31 kali. Hanya pengarangnya lebih tahu...