Melalui lebuhraya Jakarta-Bandung, perjalanan 200km itu selalunya mengambil masa paling cepat 2 jam. Namun (supir baru) dengan Kijangnya (...Toyota Inova) 1.5 jam sudah melewati Bandaraya Bandung!

Pemandangan kehijauan sawah padi amat melegakan. Tanah pertanian subur menuju Bandung itu kehitam-hitaman (berbanding kemerah-merahan ke Bogor).
Kali ini 'jalan-jalan cari makan' (makan tengahari) menikmati pula hidangan Sunda 'asli' di Laksana...yang terkenal itu.
Di antara menu specialnya: Sup Buntut Sapi (...sup ekor sapi...pertama kali merasa sapi), ikan sungai (semacam ikan talapiah) bakar berempah - dihidang bersama cecahan cili api... bukan sahaja berpeluh, tetapi cucuran air mata kepedasan!
Perhatikan konsep sajiannya: duduk sahaja segala yang ada di kedai itu terhidang. Cuma pilih yang mana berkenan seleranya...
