KPI Dashboard
Showing posts with label strategi. Show all posts
Showing posts with label strategi. Show all posts

minda hijrah

Setiap tahun, apabila datangnnya 1hb Muharram...
"disambutlah" Maal Hijrah...dengan slogan semangat
(tema perayaan) silih berganti...

Ada perhimpunan.
Ada Tokoh Maal Hijrah (muhibbah).
Ada pentomen...Nasyid pun ada!

Bagaimana 1hb Januari sambutannya?
( permulaan tahun 1430H dan 2009H hanya selang dua hari )
Tunggu dan bandingkan 'pengisiannya' nanti!...

Bagaimana pula dengan roh hijrah dan penghayatannya?
...dari aspek realitinya?


Dalam menjana minda hijrah, kita sorot kembali intipati peristiwa Hijrah - dari aspek aqidah dan sejarahnya:

1. Dari aspek aqidahnya, Allah telah menunjukkan betapa perancangan Allah itu mengatasi segalanya - lebih-lebih lagi pihak yang memusuhi RasulNYA!

2. Hijrah itu satu perintah Allah kepada Nabi Muhammad saw. Fasa penubuhan negara Islam di bumi Madinah, dalam rangka penyebaran kalimah Allah di muka bumi.

3. Lihat pula lima peneraju utama disamping Nabi:

a. Saidina Abu Bakar teman di perjalanan... kehebatan iman dan ketokohannya;

b. Saidina Ali anak muda perkasa - bukan sekadar untuk menandingi pemuda-pemuda Quraish dalam misi membunuh Nabi, tetapi yang lebih penting kepadanya diletakkan amanah yang berada di tangan Nabi sebelum memulakan perjalanan;

c. Anak dara sunti Saidina Abu Bakar, Asma'...menggalas tugas paling bahaya (salah satunya menghantar makanan) ketika Nabi dan Abu Bakar masih berlindung dalam gua;

d. Labah-labah bertindak sebagai kubu di pintu gua... walaupun sifat sarangnya adalah yang paling rapuh binaannya; dan

e. Seorang kafir sebagai tunjuk jalan...

4. Dari aspek perancangan strategik, peristiwa hijrah Nabi Muhammad saw itu kaya dengan pembelajaran. Lebih-lebih lagi aspek melaksanakan rancangan yang telah diaturkan (Allah).

APAKAH LANGKAH HIJRAH KITA berteraskan Ayat 41-42 Surah An Nahl?

Baca DI SINI

60 tahun...

Bush ke Israel lagi.... Hari ini ulang tahun ke-60 penubuhan (secara haram) negara Israel. British adalah tok dalangnya... Kini Amerika Syarikat menjadi tukang karutnya di era tamadun moden dan globalisasi. Klik gambar di atas untuk rentetan sejarahnya.

Israel bukan sahaja gagah di bumi Palestin tetapi menguasai Amerika Syarikat dan kelibat sana-sini peranan polis dunia yang dimainkannya. Keturunan yang (dalam tamadun kemanusiaan) dikutuk Allah (dalam Al-Quran itu) kerana memutarbelitkan kebenaran dan perintah Tuhan dan Nabi-Nabi yang diutuskanNYA...

[...dan saya tidak berhasrat untuk melanjutkan tentangnya kerana ianya adalah bahan sejarah tamadun manusia dalam tempoh ribuan tahun dan akan terus berlaku sehingga akhir zaman... yang sedang kita lalui kini]

Lihatlah betapa cermatnya perancangan mereka mengwujudkan daerah yang tidak pernah aman dari segala bentuk pergolakan - Timur Tengah... Dan dalam masa yang sama terus memperkukuhkan penempatkan mereka di bumi Palestin tanpa tentangan yang memberi kesan.

Khutbah sempena 60Tahun Palestin di bawah kekejaman Israel dari blog ibnuIsmail

cara berfikir: AKAN DATANG bermula HARI INI

Bicara minda.STRATEGIK telah menyentuh agak panjang berkaitan 'Persekitaran Yang Sentiasa Berubah' (pYSB), iaitu komponen luaran dalam model sistem berfikir yang ditunjukkan semula di bawah ini. Telah disentuh juga di antara lainnya analisis persekitaran makro PEST - Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi.

Telah dijelaskan betapa PEST mempengaruh dan memacu kekuatan pemikiran strategik - fikir perkara-perkara yang tidak terfikir - idaman masa akan datang. Apa yang pasti proses pemikiran bermula berdasarkan apa yang di hadapan mata hari ini. Ingatkan ungkapan ini: Akan datang bermula hari ini!... Ini asaslah berfikir secara strategik.
Hari ini adalah input. Akan datang adalah output. Input itulah kerangka proses pembangunan berbagai-bagai STRATEGI. Kepelbagaiannya adalah hasil dari pYSB...

Entri-entri akan datang akan memberi fokus kepada aspek-aspek strategi.

aplikasi STRATEGI

Strategi flanking vs berlawan dikupas hebat Puan Sifu. Bertali arus entri-entri berkenaan beberapa hari lepas. Ianya masih lagi belum reda nampaknya.

Mengapa Sifu begitu teruja untuk topik-topik itu dikongsi di dewan kuliah PTS? Jawapannya mudah. Itulah naluri dan hatinya yang ingin memandaikan bangsa!

Mari kita sambung pula bicara pemikiran strategik.
Baik strategi berlawan maupun strategi flanking, kedua-duanya memerlukan kemahiran soal-jawapan yang dinyatakan sebelum ini.

Kemahiran soal-jawapan itulah yang membuka luas minda kita. Seluas-luasnya. Keadaan sedemikian kita kenali sebagai MINDSET. Pemikiran strategik itu adalah mindset atau cara berfikiran tentang bisnes atau organisasi.

Apa yang membedzakan befikir secara strategik berbanding dengan yang tidak secara demikian? Ciri-ciri berikut dapat membantu:

a. memberi fokus jangka panjang, bukan jangka pendek,
b. melibatkan "sistem" berfikir,
c. memberi fokus keatas gambaran yang besar, bukan yang sempit,
d. fokus dalam mengenalpasti peluang tersedia ada, dalam memaksimumkan kesempatan,
e. melibatkan proses analitikal dan kreatif,
f. menyemak semula andaian-andaian yang dibuat,
g. antisipasi ke atas maklumat-maklumat yang kurang tepat (yang mungkin digunakan sebelum itu).

Entri-entri akan datang akan membicarakan ciri-ciri tersebut.

Hujung minggu ini pula akan berkongsi sedikit pengalaman yang ada, bersama sebuah agensi Kerajaan Negeri Melaka yang baru diperbadankan. Matlamatnya adalah sebagai pemangkin dalam mencetuskan pemikiran strategik, khususnya dikalangan pasukan pengurusan organisasi berkenaan - khususnya ketika proses pembentukan halatuju strategik bisnes 20 tahun akan datang. InsyaAllah.