KPI Dashboard

minda.JUMAAT: minda survival

Banyak pendekatan dan pengalaman Usahawan Entreprenur dan kejayaan JCorp dikongsikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hj Hashim... berasaskan tajuk bukunya.

Beliau merupakan keynote speaker di Seminar MS1900:2005, piawaian berkaitan sistem pengurusan kualiti berteraskan Islam yang saya hadiri sebulan lalu.

BISNES satu cabang JIHAD yang dibudayakan di JCorp itu sebenarnya pembudayaan bisnes untuk survival!

Banyak 'sarjana' telah dihasilkan oleh University of Stress, Suffering and Indignity (USSI) - milik penuh JCorp, ...di mana Penderitaan, Kesengsaraan dan Kehinaan adalah tiga fakulti utamanya!

Tertarik dengan "Doa Usahawan Entreprenuer"
...doa minda survival!

Aku pohonkan Kekuatan...
Allah berikan Derita dan Sengsara
- untuk ku bina daya ketahanan!

Aku pohon Keberanian dan Kegagahan...
Allah berikan Cabaran demi Cabaran
- untuk ku atasi segala kelemahan!

Aku pohon Hikmah dan Kebijaksanaan...
Allah berikan kegagalan dan Ujian
- untuk aku tajamkan kebolehan!

Aku pohon Kejayaan dan Kekayaan...
Allah telah berikan Akal Fikiran dan Upaya
- supaya aku gigih berusaha!

Aku pohon Limpahan Rezeki dan Kelebihan...
Allah berikan Peluang dan Kesempatan
- untuk ku manfaatkan!

Aku pohon Belas Kasihan dan Perlindungan...
Allah berikan Insan yang lebih Daif dariku
- untuk ku bimbing dan bantu!

Aku pohonkan Pembelaan...
Allah Perintahkan aku membaharui
- sebelum nasib diriku diperbaiki!

Seolah-olah tiada suatu apa pun
yang ku minta dimakbulkan...

NAMUN SESUNGGUHNYA
TELAH ALLAH KURNIAKAN
SEGALA APA YANG AKU PERLUKAN!


Rujuk muka 60, Bisnes satu cabang Jihad (2007)
-Tan Sri Muhammad Ali Hj Hashim