KPI Dashboard
Showing posts with label aeroAngkasa. Show all posts
Showing posts with label aeroAngkasa. Show all posts

Gerhana 16 Jun 2011

Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh  Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh  gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama - Baca lanjut DI SINI

Proses /dan perjalanan gerhana tersebut disiarkan LIVE dari Google /YouTube

Istiqbal Musytari 20/21 Sept 2010

Kemaskini: baca DI SINI

Istiqbal merupakan satu istilah yang merujuk kepada satu kombinasi kedudukan matahari, bumi dan planet-planet di 'belakang' orbit Bumi (seperti Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune).


Apabila istiqbal berlaku, ketiga-tiga objek tersebut akan berada di dalam kedudukan garis lurus, dengan Bumi berada di tengah-tengah.

Di dalam kes kali ini, Musytari, Bumi dan Matahari akan berada di dalam satu garis lurus. Apabila Matahari terbenam ketika maghrib, Musytari akan terbit di ufuk timur.

Selain dari itu, jarak di antara Bumi dan Musytari ketika itu juga adalah yang paling hampir, maka planet tersebut akan dilihat lebih besar daripada biasa (tetapi tak lah sampai sebesar bulan!!!!). Oleh itu, waktu istiqbal kali ini ialah waktu yang paling sesuai untuk mencerap planet Musytari.

TERUSKAN bacaan petikan dari FALAK ONLINE  
Baca juga maklumat berkaitan dari Persatuan Falak Syarie Malaysia dan  NASA Science News

Gerhana bulan 26 Jun

Pada hari ini akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.
Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Butir-butir gerhana bulan hari ini oleh NASA

Gerhana Matahari 22 Julai 2009 8:23 pagi

|Urutan gerhana yang jelas kelihatan di Assam, India|

Hari ini Rabu 29 Rejab 1430H /22 Julai 2009 - 2 hari selepas peristiwa mukjizat Isra' Mikraj Nabi Muhammad s.a.w - akan berlaku kali kedua gerhana matahari tahun ini.

Kali PERTAMA berlaku pada 26 Januari 2009 lalu - ketika masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina, tahun lembu jantan... di sebelah malamnya 33 tahun lalu saya dijabkabulkan!... dengan Saripah Ahmad.

Agak mendukacitakan tiada maklumat di laman web ANGKASA - agensi angkasa lepas Malaysia - yang hampir "mati"... Kali terakhir menyiarkan gerhana "cincin" Januari lepas!


Semoga Allah melindungi kita dari musibah (seperti yang diwar-warkan). Mari bersolat gerhana matahari, dan panduannya DI SINI

gerhana matahari

Dikemaskini: image dari Ezankn.Fotopages

Hari ini 26 Januari 2009, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina, tahun lembu jantan... di sebelah malamnya Hari Ini 33 tahun lalu saya dijabkabulkan!... dengan Saripah Ahmad.

Dan pada hari ini juga Gerhana Matahari Anulus (Cincin) akan berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia.

Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari.

Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan...

Maha Suci Allah, di atas kekuasaanNYA.




Tontoni webcasting ANGKASA hari ini
dari jam 4:30 petang hingga 7:00 malam.
Lintasan Gerhana Matahari Anular
Merentasi Bumi (Warna Merah)


Panduan ringkas Solat Sunat Gerhana Matahari
boleh disemak DI SINI

Sumber: laman web ANGKASA

Jangkaan NASA berlakunya gerhana bulan dan matahari dalam tahun 2009 seperti berikut:
Peristiwa gerhana matahari di malam Nisfu Syaaban 1428H DI SINI

cabaran minda...

Disamping F1, kapalterbang dan jet pejuang juga merupakan 'mainan orang tua' ini... sebab kelajuannya! Dalam proses 'pemulehan rawatan' yang terluang, saya bukakan mainan-mainan tersebut untuk ditonton bersama...

Kehebatan juruterbang Boeing 747 MAS mengambil selekoh maut, untuk mendarat di Hong Kong ...yang terkenal mencabar kecekapan minda juruterbang khusus ketika mendarat


...berbanding juruterbang JAL ketika cuba mendarat dalam angin lintang!


...dan terbaru bagaimana Airbus A380 pula bergaya di lapangan terbang Kai Tak (Hong Kong) itu.


Lihat pula beberapa pendaratan berani dalam cuaca tidak menentu di Heathrow:


Ini pula 10 pendaratan angin-lintang yang menakutkan!


NOTA
...bukan apa, dulu sudah dapat tawaran (1971) untuk jadi juruterbang... tetapi allahyarham datuk menghalangnya... "Tinggi sangat, nanti kau jantuh (kena tembak)!"

gerai asam pedas...

Kemudahan googleEarth dapat membantu kita menunjukkan lokasi melalui satelit... seperti juga fungsi GPS pada telefon bimbit.

Contoh di atas adalah imej satelit kedudukan Lot 85 (bukannya Gerai 38), Durian Daun Melaka - dari kedudukan Masjid Negeri...khusus untuk Prof Kamil dan semua peminat asam pedas Melaka (paling enak jika daging tetel yang kaya dengan kolestrol itu...)

Edisi kemaskini (31 Disember 2007):
...baca, baca dan bacalah!
Betapa 'kisah nasi gunting' menjadi penghubung dan ikatan kasih sesama insan yang ikhlas...
Betapa anugerah dunia siber dan kemudahanya mendidik hati-hati insan kamil...

Dr SMS ke Bumi 6.37 petang ini


Daripada: METRA SYAHRIL MOHAMED

MOSCOW 20 Okt. – Esok, seluruh perhatian rakyat Malaysia akan tertumpu di Kazakhstan dan Rusia bagi mengikuti laporan kepulangan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi selepas berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari.

Adalah menjadi harapan semua agar cosmonaut negara itu selamat pulang ke Bumi bersama dua angkasawan lain iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov melalui kapsul Soyuz TMA-10.

Kesihatan beliau ketika ini dilaporkan stabil dan baik serta sudah pun melakukan persiapan untuk menanti detik berlepas pulang ke Bumi.

Segala penyelidikan yang diamanahkan juga telah dilaksanakan dengan sempurna namun ada dua lagi kajian iaitu pengkristalan protein, sel tulang dan sel radangan akan ditamatkan menjelang pukul 4 pagi esok waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia).

Penyelaras Sains Hayat program penyelidikan untuk Program Angkasawan Negara, Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal berkata, Sheikh Muszaphar juga telah menyempurnakan penyelidikan hasil kerjasama Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Eksplorasi Angkasa Jepun (JAXA).

‘‘Kami, pasukan penyelidik termasuk pihak Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) dan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang memantau aktiviti Sheikh Muszaphar di ISS amat berpuas hati dengan pencapaian serta keupayaannya melakukan penyelidikan di angkasa.

‘‘Segalanya dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Sekalung tahniah untuk beliau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

A. Rahman berkata, sebagai angkasawan muda, kemampuan beliau melaksanakan penyelidikan di ISS dengan jayanya amat mengagumkan.

Sementara itu, di Moscow ketika ini, delegasi Malaysia termasuk pasukan penyelidik, kejuruteraan aeroangkasa dan perubatan sudah pun bersedia untuk menyambut kepulangan Sheikh Muszaphar.

Kapsul Soyuz dijangka mendarat ke Bumi pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia).
----------------------------
Berita pendaratan: contoh liputan Berita Harian 22 Oktober 2007

perjalanan Dr SMS ke ISS...


Dr SMS dan krew Soyuz TMA-II selamat ke orbit....10.10.07 @ 2121, Alhamdulliah.


Tontonilah webcast /Astro 588 secara langsung perjalanan ke ISS sehingga 28 Oktober 2007

Malaysia ke ISS...hari ini


BAIKONUR (KAZAKHSTAN), 9 Okt (Bernama) -- Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35, dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Russia (ROSCOSMOS) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas esok.

Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang berasal dari Seremban itu akan berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Jamaludin Jarjis berkata pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada ROSCOSMOS yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.

Selain itu jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Russia.... [Berita lanjut]

Lagi berita di Berita Harian ...dan bandingkan berita terkini NASA mengenai Ekspedisi ISS ke XVI... Lapuran Khas di Utusan Malaysia dan theStar dan fakta-fakta Ekspedisi XVI Soyuz TMA-II dari persfektif RosCosMos (Russia).

50 tahun penerokaan angkasa lepas


4 Oktober 2007 merupakan ualangtahun ke 50 penerokaan angkasa lepas. Perlumbaan penerokaan angkasa di antara USA dan bekas Soviet Union bermula dengan perlancaran roket Sputnik 50 tahun lalu [klik INTERACTIVE FEATURES - 50th Anniversary of the Space Age]
Jelas kini kehebatan Russia dalam penerokaan angkasa yang disifatkan sebagai 'propaganda negara'. Penerokaan angkasa kini tidak lagi inisitif sesebuah negara secara persendirian - kerana kos yang teramat tinggi! Kewujudan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah bukti kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan sains angkasa sejagat.
Apa yang menarik, Malaysia selepas mencapai 50 tahun kemerdekaan memulakan langkah awal - yang jika ingin menjadi salah satu negara pemain di dalam bidang kajian sains angkasa mungkin terpaksa melalui proses pembangunannya 100 tahun lagi?.... Kenyataan ini mungkin menggembirakan beberapa pihak... perkataan 'spaceflight participant' kepada 'astronaut'
[Oct. 1, 2007: NASA astronaut Peggy Whitson, the first female commander of the International Space Station, prepares for an Oct. 10 launch with her Expedition 16 crewmate Yuri Malenchenko and Malaysia's first astronaut Sheikh Muszaphar Shukor. Whitson, and NASA's second female shuttle commander Pamela Melroy, will command a joint space station construction mission in late October].

Perlu di ingat, China selaku 'kuasa besar' baru masih lagi 'tidak dibenarkan' menyertai penerokaan ISS - akibat dari diskriminasi politik dan momok-momok USA dan sekutu-sekutu Baratnya!

Cuba banyangkan penglibatan Malaysia di dalam era penerokaan angkasa dalam tempoh 100 tahun dari sekarang? Ikuti jejak-jejak penerokaan 50 tahun angkasa lepas - kisah kejayaan dan tragedi dalam 'kerakusan' manusia menakluki angkasa raya.
Foto kredit: NASA, Space.com

indahnya ANGKAsaRAYA...









Hari ini masuk hari ke 19 kita berpuasa. Malam nanti tarawih yang ke 20... dan masuklah kita ke fasa ke 3 bulan Ramadhan. Permohonan setiap yang telah mendapat Rahmat dan KeampunanNya, pasti pula inginkan dilepaskan dari azab api Neraka Allah!... Namun, di fasa ke 3 inilah ramai di antara kita yang tewas... tewas kerana angka hari untuk beraya semakin hampir.
Kali ini kita bicara pula betapa indahnya ANGKAsaRAYA, buka pasal raya... Program angkasa lepas yang di kendalikan Agensi Angkasa Persekutuan Russia, dalam bahasa mereka di panggil Roskosmos (RKA) - samalah seperti NASA bagi Amerika Syarikat - adalah program jangka panjang.
Tertarik dengan program mereka menanamkan minat kanak-kanak dengan sains angkasa lepas... yang mereka sifatkan sebagai satu 'propaganda' Negara. Dan di Gagarin Cosmonaut Training Centre (GCTC) Star City, berhampiran Moscow ada program "GCTC for Kids" - yang dengan tagline bermaksud "Relay for Stars".
Lihat dua imej di bawah itu: proses memantapkan minda dengan melihat keajaiban alam dan kreativiti minda dalam logo "surat untuk krew ISS"...
kuizMINDA ISS XVI ke2:
a. apakah falsafah Program Angkasawan Negara (PAN)?
b. mengapa Russia meletakkan program angkasanya sebagai satu propaganda?
c. PAN itu projek penanda aras (benchmarking) kearah Visi2020 atau politik?

kuizMINDA misi ISS XVI - Siri I

Berikut adalah jawapan kepada kuizMINDA semalam:

a. Ya, seperti gambar di atas, krew Malaysia yang dikategorikan sebagai spaceflight participant membawa misi 'Malaysia Boleh'... yang akan berada di ISS untuk tempoh 12-21 Oktober 2007. Sedangkan 5 krew lain dari Russia dan USA akan berada di ISS untuk tempoh lebih 6 bulan - termasuk aktiviti berjalan di ruang angkasa, bagi tujuan pemasangan modular ISS selanjutnya.

b. Eksperimen yang akan lakukan di ISS di antaranya:
i. sains kehidupan... C-Elegans
ii. sains fizikal... penyinaran
iii. teknologi makanan... food tray in space (FTS)
iv. perubatan angkasa... kesan biologi

c. Krew Malaysia dijangka terlibat dengan aktiviti-aktiviti di atas (untuk tempoh 10 hari pertama sahaja...), juga... macam-macamlah: nak main gasinglah, nak teh tariklah, Malaysia boLEH katakan! (bab ni kita tunggu apa sebenarnya berlaku)


Bacalah Kenangan Terindah Sarah, penuntut perubatan tahun akhir di Moscow bersama krew dan saintis Malaysia...yang datang berbuka puasa di asramanya tiga hari lalu.

Stesen Angkasa Antarabangsa: misi ke XVI


Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mengelilingi orbit 330km dari aras bumi. Kini menjadi pelantar penyelidikan angkasa sejagat - yang dipelopuri USA, Russia, Jepun, EU, Perancis, Canada. Stesen tersebut dibangunkan secara modular, bermula 20 November 1998. Terakhir adalah 8 Ogos lalu melalui misi ke XV yang telah berada di sana sejak 19 April 2007 - dijangka kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007. ISS telah berada di orbit lebih 3236 hari (setakat hari ini).


Klik di sini untuk profil krew misi ke XVI yang akan menaiki roket pelancar Russia Soyuz TMA-II ke ISS dijadualkan pada 10 Oktober nanti.


kuizMINDA Misi XVI
a. Cuba amati logo didada kanan krew... Apa perbezaannya
b. Apakah aktiviti-aktiviti dan penyelidikan utama misi XVI
c. Apakah aktiviti-aktiviti krew dari Malaysia semasa berada di ISS untuk tempoh 10 hari itu

Nota: Krew dari Malaysia akan mengiringi krew misi ke XV balik ke bumi nanti...

ANGKASAWAN I & II..?


Rasmi: Dr Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Malaysia Pertama
untuk ke ISS dengan kapal angkasa Soyuz TMA-II yang dijadual dilancarkan pada 10 Oktober 2007 dan membuat docking di ISS pada 12 Oktober 2007
Namun, Kapten Dr Faiz Khaleed sebagai Angkasawan 'kedua'..
Pengumuman PM di Putrajaya sebentar tadi - dipetik dari berita TV dan Bernama... Ikuti berita-berita utama Berita Harian dan Utusan
Aktiviti-aktiviti dan maklumat Misi ISS ke XVI ini akan dikemaskini disini, insyaAllah.

AngkaSAWAN Pertama: PM umum hari ini



Cuba teka siapakah ANGKASAWAN Malaysia yang akan menyertai misi Ekpedisi XVI ke ISS, 10 Oktober ini...

Jawapannya di gambar sebelah.... KANAN! dan juga di SINI ...Ya, Dr SMS..?

Bacalah kenyataan / persidangan akhbar NASA 23 Julai 2007

Perlu diingat ekpedisi ke 16 itu buat pertama kalinya Commandernya adalah wanita USA Peggy Whitson dan Flight Engineer Soyuz pula Yuri Malenchenko orang Russia. Dan Dr SMS kita itu dikategorikan sebagai "spaceflight participant"... al-kisahnya.
Namun, sekurang-kurangnya ada juga catatan sejarah anak Melayu ke angkasalepas!

Jejakilah imej Dr SMS ketika sidang akhbar tersebut... Segaknya Dr SMS dengan pakaian angkasalepas

dan bacalah entri menarik TINGGAL KENANGAN ini dari Moscow.

Namun, kita tunggulah pengumuman rasmi PM pada hari ini jam 12.00 tengahari di Putrajaya.

kebesaran Ilahi




Diaturkan perjalanan sistem solar alam semesta bersempena Malam Nisfu Syaaban 1428H.

Baca dan lihat lanjut keajaiban alam ciptaan Ilahi ...NASA

Kemaskini: Lihat pula Gerhana Matahari Cincin 26 Januari 2009 DI SINI