KPI Dashboard

minda.JUMAAT: sempit rezeki...


Dua siri minda.JUMAAT yang lalu dibicarakan tentang ilmu - aspek menuntut atau memilikinya dan sifat rendah diri kerana ilmu yang ada.

Kali ini ingin dibawakan juga perkara yang sama, khususnya dalam menangani keresahan dan 'kesempitan rezeki' di benak sebahagian besar kita.

Puncanya harga petrol naik 40% - dari RM1.92 ke paras RM2.70!... heboh diluahkan di alam realiti dan juga alam maya...

Mari kita renungkan maksud ayat 131 Surah Al-A'raaf:

Kemudian apabila datang kepada mereka
kemakmuran,
mereka berkata:
"Ini adalah kerana (usaha) kami".


Dan jika mereka ditimpa kesusahan,
mereka lemparkan sebab 'kesialan' itu kepada
Musa dan orang-orang yang beserta dengannya.


Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu
adalah ketetapan dari Allah,
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
.


Ayat sebelum itu (ayat 130) telah menceritakan betapa Fir'aun dan kaumnya telah dihukum dengan kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran... semacam era kekurangan makanan global sekarang ini?

Salah satu dari nama-nama Allah (AsmaulHusna) adalah Al-Qabidh, iaitu Yang Maha Menyempitkan. Itu adalah hak mutlak Allah... untuk menahan atau menghalang atau menyempitkan rezeki seseorang!

Perlu kita imani bahawa dalam setiap kesempitan yang diturunkan, hakikatnya ia pasti mengandungi kebaikan kepada manusia. Apabila Allah menghukum, itu pertanda amanah telah disalahgunakan! Hukuman itu untuk dijadikan pengajaran dan iktibar.

Dalam sejarah tamadun manusia telah banyak ditunjukkan kemusnahan sesuatu tempat atau aibnya bangsa itu kerana kezaliman pemimpinnya... terbaharu di Myanmar dan China, yang pernah dibawakan sebelum ini.

Justeru itu, Al-Qabidh adalah sumber orang yang beriman meningkatkan sifat redanya kepada Allah. Sifat yang menjadikan supaya manusia tidak mudah berputus harap kepada Penciptanya. Akan lebih yakin kepada dirinya, lantas memiliki harga diri dan berdikari.

Jadikanlah Al-Qabidh sebagai zikir harian... ketika dilanda kesempitan, InsyaAllah ada jalan keluarnya.

NOTA (kemaskini 7 Jun)
1. Baca juga lontaran idea Nisah Haron di SINI...