KPI Dashboard

jimnastik minda

Selama 3 hari 2 malam bersama sekumpulan 20 orang pengurusan tertinggi sebuah syarikat (pengilang komponen kereta) milik Usahawan (Tulin) Melayu. Kami berkongsi ilmu dan pengalaman dalam merencanakan pelan transformasi bisnesnya bagi 15-30 tahun akan datang... sesi 'jimnastik minda' (management retreat).

Bisnesnya bermula dengan membekalkan kurang dari 10 komponen (bernilai RM13/sebuah kereta) 15 tahun lalu. Kini menjadi pengilang yang disegani yang membekalkan hampir 400 komponen - termasuk dalam bentuk modular.

Apa yang ingin dikongsi di sini adalah kekentalan semangat usahawan tersebut dalam mengharung beberapa tempoh 'pusingan merudum' persekitaran bisnes yang di luar kawalan. Juga, betapa sokongan ahli keluarganya ketika mereka diperlukan. Apa yang jelas beliau benar-benar belajar dari 'kegagalan' yang dialaminya.

Lebih menarik, dalam tempoh 3 tahun yang lalu isteri dan 3 anaknya meninggalkan jawatan eksekutif masing-masing (di syarikat-syarikat gergasi negara dan MNC) demi survival bisnes yang telah dibina di atas keringat yang membawa berkat.... sebagai sebahagiaan dari pengurusan penggantian terancang.

Ditanya apakah matlamat akhir bisnesnya?
Jawapannya mudah dan ringkas... "Mencari keredaan Allah"

[...dan bercita-cita membina sekolah dan hospital yang memberi manfaat kepada pekerjanya dan mereka-mereka yang tidak berkemampuan
]