KPI Dashboard

tambah ilmu...

Akhirnya berkesempatan menghadiri worksyop kendalian Irfan Khairi... setelah beberapa kali 'terlepas peluang', kerana komitmen luar jangka pada tarikh-tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

Inilah sesi 'formal' dalam menambah sedikit ilmu membangunkan laman web. Sebelum ini hanyalah 'memandai-mandai sahaja'... melalui kemudahan blogger.com /blogspot.

InsyaAllah, bersempena ulang tahun pertama blog sumber.INOVASI.intelektual ini nanti akan membawakan penampilan barunya...

Berbalik kepada worksyop hari ini, ingin saya berkongsi tiga perkara utama:

1. Pengendaliannya yang bersahaja dan santai membuatkan ia amat mudah difahami dan diaplikasikan;

2. Laman web yang dibangunkan dengan ciri-ciri dan ketelitiannya pasti mampu membina keyakinan pengunjung, apatah lagi sekiranya ia ingin berfungsi sebagai e-Dagang; dan

3. Tip-tip yang dikongsi oleh Irfan Khairi adalah berdasarkan kepada pengalaman kejayaannya!