KPI Dashboard

minda.JUMAAT: keberkatan rezeki

Dalam proses mendidik hati yang tenang, tazkirah subuh adalah salah satu saluran komunikasi yang berkesan...

Tazkirah subuh sebenarnya mampu kita ikuti setiap pagi. Berkesempatan atau tidak sahaja yang mungkin jadi pemisahnya. Sebagai contoh, slot-slot dalam 'kesibukan' pagi berikut wajar dijadikan temannya:
  • 6:30 pagi - 6:45 pagi |Isnin-Jumaat| : Siri tafsir al-Quran di Radio IKIM.fm*
  • 6:45 pagi - 7:00 pagi |Isnin-Jumaat| : Siri al-Zikrah di Radio KL.fm |Lembah Klang sahaja|
  • 7:00 pagi - 8:00 pagi |Jumaat-Ahad| : Siri Tanyalah Ustaz di TV9
disamping (kebanyakan Masjid /Surau menganjurkan) kuliah-kuliah Subuh mingguan (Sabtu dan Ahad).
|* Tafsir harian diulang siarannya jam 8:00 malam|

Kali ini ingin dikongsi catatan tafsir ayat terakhir (Ayat 34) dari Surah Luqman yang telah memasuki siri ke 92 hari ini. Program dikendalikan dengan baiknya oleh Ustaz Zahazan Mohamed (Pensyarah UIA) . Ayat tersebut menekankan LIMA ILMU Allah berbanding pengetahuan manusia tentang - sebagai bukti kekuasaanNYA:
  • bila berlakunya Qiamat;
  • bila dan tempat turunnya hujan;
  • apa yang ada dalam rahim (ibu);
  • usaha dan rezeki untuk hambanya; dan
  • bila dan di mana manusia menemui ajalnya.
Kupasan yang menarik berserta dalil-dalilnya telah dikongsi sejak minggu lepas...

Dalam usaha kita mencari rezeki yang HALAL dan BERKAT, di antara senarai semak yang perlu kita lakukan adalah:
  1. Sejauh mana kemampuan kita memohon keampunanNYA (istighfar dan taubat)?
  2. Ditahap mana pula taqwa kita? |Amatilah ayat 1000 dinar yang digantung di dinding rumah /premis perniagaan|
  3. Bagaimana sifat tawakkal mengiringi usaha-usaha kita itu? |Contoh terbaik: lihatlah burung yang keluar pagi mencari makanan, petangnya balik dalam kekenyangan...|
  4. Adakah kita fokus ke atas ibadat (contoh solat pada waktunya) dalam kesibukan mencari rezeki?
  5. Dalam keupayaan rezeki yang ada, sudahkan kita lakukan haji dan umrah - guna menghilangkan kefakiran dan dosa?
  6. Bagaimana pula agaknya jalinan silaturrahim kita (dengan anak-anak buah di tempat kerja dan jiran serta ahli keluarga)?
  7. Pantaskah kita dalam pelaburan (infaq) di jalan Allah?
  8. Pernahkan kita hulurkan bantuan kepada penuntut-penuntut ilmu (agama) ?
  9. Adakah nasihat kita hanya sekadar bercakap atau dalam tulisan semata (dan tidak dizahirkan)? |Awas!... pakar-pakar motivasi|
  10. Adakah bibir dan hati sentiasa berzikir kepadaNYA pagi, petang dan setiap kali selepas solat?; dan
  11. Bagaimana pula penerokaan kita dalam mempelbagaikan sumber rezeki yang baru (konsep HIJRAH)?
....IKUTILAH SIRI-SIRI AKHIR tafsir Surah Luqman selanjutnya - untuk mengetahui senarai semak dalam pencarian rezeki yang halal dan berkat, InsyaAllah.

|Nota kemaskini: Tafsir Surah Luqman di IKIM.fm berakhir 10 Rejab 1430, sebanyak 92 siri (kalau tidak silap saya). Mulai Isnin 6 Julai 2009, bermulalah tafsir Surah At-Tahriim (Mengharamkan) - surah yang memberi panduan hidup bersuami isteri, khususnya isteri-isteri|