KPI Dashboard

berjaya.gagal

Dalam ruang masa yang agak terbatas, ingin saya berkongsi lagi rahsia (daripada) minda usahawan (MINDApreneur) yang telah berjaya...

Sebelum ini, telah dibawakan aspek 'pelanggan platinum'. Pelanggan platinum ditemui setelah usahawan itu sendiri bertaraf platinum. Jadi apakah sebenarnya rahsia menjadi usahawan platinum itu?

Jawapan ringkas yang diberikan adalah "berjaya.GAGAL!"

Tanyalah mana-mana usahawan yang telah meraih kejayaan ke puncak, apa yang pasti salah satu dari resipinya adalah kejayaan mereka menguruskan kegagalan. Kejayaan tanpa kegagalan itu hilang manisnya. Kejayaan tanpa (sebarang) kegagalan juga memberi petanda awal sedang menuju kegagalan yang tidak mungkin dapat diselamatkan lagi!

Kejayaan sebenar (yang kekal) adalah berapa kali seseorang itu bangkit dari kegagalan yang membawanya ke puncak kejayaan. Setiap kali itu berlaku, akan bertambah kukuh dan mantap jiwa keusahawanannya...

Bangkit dari kegagalan itu memberikan tenaga yang diperbaharui semula!

GO.blog...


Raja Petra BLOG promo RTM1


Raja Petra @RTM1 Bahagian 1/3


Raja Petra @RTM1 Bahagian 2/3


Raja Petra @RTM1 Bahagian 3/3

pelanggan platinum

Dalam keletihan sempat juga menonton siri ke-4 F1.2008 malam tadi - F1 de Catalunya secara langsung dari Sepanyol. Perlumbaan kali ini agak membosankan kerana insiden-insiden Safety Car yang 'mengganggu' momentum perlumbaan!


F1 itu sekadar selingan sahaja...

Lanjutan dari n3 semalam (pewaris bisnes) mungkin ada baiknya saya catatkan satu 'pengajaran' untuk dikongsi bersama - khususnya yang bergiat dalam bidang keusahawanan.

Ianya berkaitan dengan 'PELANGGAN PLATINUM'.

Proton adalah 'pelanggan platinum' kepada bisnes kawan saya itu. Cuba bayangkan betapa hebatnya komitmen pelanggannya hadir sama di sesi tersebut... dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari (hari Ahad pula itu). Bukan sekadar untuk 'merasmikan' majlis tetapi beliau (orang paling penting dalam pembangunan vendor Proton) memberikan ceramah motivasi, berkongsi maklumat bisnes semasa dan arahtuju bisnes automotif negara dan pasaran global...

Mengapa beliau begitu komited dalam membimbing vendornya? Jawapannya sama... Syarikat yang dilantik sebagai vendornya itu juga bertaraf 'platinum'! Ya, syarikat pembuat komponen kereta itu adalah salah satu dari sembilan 'Vendor Terpilih' (preferred vendor) dari sekumpulan 197 syarikat /vendor yang dikategorikan semula oleh Proton. Ianya berdasarkan kepada komitmen pengurusan, kecekapan operasi dan kualiti produk yang tinggi. Dan bukannya kerana saiz (besar atau kecil operasi pengilang itu).

Apakah status preferred vendor itu? Dari aspek bisnes ia membawa maksud: "...bisnes (pesanan bernilai) jutaan Ringgit telah tersedia!" Tugasnya hanya memenuhi terma penghantaran pesanan kontrak sahaja... Apa jua masaalah akan dibantu Proton, untuk mengatasinya - termasuk kenaikan harga bahan-bahan, demi menjamin keuntungan dan survival industri itu sendiri.

Dalam membangunkan usahawan (khususnya Melayu), komitmen tersebut bagi saya adalah sesuatu yang melangkaui tugasan biasa sebagai pelanggan. Komitmen luar biasa!
Tabik (pegawai) Proton tersebut!

Nota
1. Saya terlibat secara langsung (era tahun 1996/97) dalam merangka dasar /dan polisi program pembangunan usahawan TNB, Telekom dan Petronas.

pewaris bisnes

InsyaAllah, esok saya akan memudahcarakan Management Retreat syarikat kawan lama saya - untuk lebih kurang 25 orang pasukan pengurusan. Kawan saya orang Kelantan itu telah meninggalkan perkhidmatan 'makan gaji' lebih 10 tahun yang lalu...

Beliau bermula dengan projek-projek pembinaan sekolah. Ketika itu industri pembinaan pesat membangun. Masa itu juga bermula rancaknya kebanjiran pekerja-pekerja Indon dan Bangla di Malaysia.

Kini bank tanahnya (yang sedia untuk dibangunkan, apabila tiba masa yang sesuai) melebihi RM15 juta... Apa yang menarik, sektor pembinaan itu kini mewakili 1.0% sahaja dari portfolio bisnesnya... apakah bisnes lainnya?

Ringkasnya: 80% sektor pembuatan, 14% perdagangan (eksport), 1% pembinaan dan 5% perkhidmatan (kejuruteraan - sektor elektrik, minyak dan gas), dari aspek pendapatan tahunannya. Sasaran pendapatan tahun 2008 adalah RM60 juta... dan RM100 juta dalam tahun 2011. Asetnya kini melebihi RM30 juta. Pekerja tetap lebih 300 orang...

Apakah produk yang dikeluarkan? Komponen kereta Proton dan Perodua, komponen pembinaan bangunan (kunci pintu dan seumpama dengannya), meter elektrik dan meter air... Bayangkan'keberanian' beliau itu yang dahulunya seorang pengurus sumber manusia!

Itu aspek bisnesnya. Tetapi apa yang ingin saya tonjolkan di sini adalah proses 'bimbingan dan penyerahan' bisnes yang telah dibangunkan kepada pewaris-pewaris beliau. Kini keempat-empat anaknya yang berkelulusan dalam bidang pengurusan bisnes (universiti luar negara, tajaan sendiri) telah mula 'menguasai' sektor tertentu masing-masing.

Mengapa diadakan 'retreat' itu? Di antara lain untuk merangka dan membangunkan Peta Strategi bisnes kumpulannya bagi tempoh 10-25 tahun akan datang!

InsyaAllah, jika berkesempatan saya akan berkongsi cerita tentang 'keberanian' usahawan tulin Melayu itu di masa-masa akan datang.

Nota
1. Mungkin Puan Norlela Zubir berminat dengan 'keberanian' usahawan tersebut (yang sering 'merendah diri').

minda.JUMAAT: RQ

minda.JUMAAT ingin meneruskan lagi entri sebelum ini dalam memperkatakan keCERDASan dan keMANTAPan minda...

Kehebatan seseorang itu sering dikaitkan dengan tahap IQnya. IQ iaitu singkatan kepada Intellingence Quotient atau Kecerdasan Intelektual adalah kayu pengukur atau kecerdasan minda. Ianya adalah suatu kurniaan Allah kepada setiap insan.

Namun, kehebatan manusia itu bukan hanya terletak kepada IQnya sahaja - baik di dunia, apatah lagi kedudukannya di sisi Allah. Berapa ramai manusia yang hebat IQnya terjebak dengan kerja-kerja mungkar terhadap Penciptanya!

Justeru itu, kehebatan IQ manusia itu perlu dipandu dan diintegrasikan dengan kemahiran yang berlandaskan kepada nilai-nilai dan kemantapan keagaman atau spritual, emosi, sosial, semangat juang dan keupayaan memotivasikan dirinya sendiri.

Apa yang pasti, nilai dan kecerdasan agamalah (RQ) yang memantapkan kehebatan seseorang itu!

Ringkasnya,
IQ perlu berpaksikan kepada (R.E.S.A.M)Q

di mana,
R=Religous (agama/spiritual),
E=Emotional (emosi),
S=Social (sosial),
A=Adversity ('semangat juang') dan
M=Motivation (motivasi diri) adalah kecerdasan-kecerdasan yang perlu dipelajari.

Nota
1. 'Formula' di atas disusun semula berdasarkan siri-siri ceramah motivasi Dato' Dr Fadilah Kamsah, slot 7:30 pagi Khamis di Radio I (3-5 tahun lalu). Saya pernah berbincang dengan DFK mengenainya suatu ketika dahulu... untuk digunakan ketika membangunkan Nilai-Nilai Bersama di tempat saya berkhidmat dahulu.

kematangan emosi

Dalam coaching EQ selalunya di rujuk sebagai kematangan emosi. Kematangan emosi merujuk kepada keupayaan seseorang coach itu menterjemahkan emosi, memahami keluhan emosi dan juga menghidar atau meleraikannya dari meruntun coacheenya (jika perlu).

Dalam lain perkataan, kematangan emosi sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita melayari kehidupan ini. Ia juga menggambarkan betapa kita sebagai seorang insan mentadbir dunia ini, selaras dengan fungsinya sebagai khalifah di muka bumi.

Kematangan emosi (atau ketidakmatangannya) selalunya dizahirkan melalui perangai atau mood, dan juga tingkahlaku seseorang.

Seperti yang dijelaskan di entri yang lepas, EQ atau kematangan emosi merangkumi dua aspek penting - kematangan diri (peribadi) dan juga kematangan sosialnya.

Kematangan diri merujuk kepada keupayaan 'mengenali diri' dan keupayaan 'mengawal diri' sendiri. Sedangkan kematangan sosialnya pula berkait rapat dengan keupayaan seseorang itu 'memahami orang lain' dan keupayaan 'menguruskan perhubungan' tersebut.

Apa pula SQ?...kod penerbangan Singapore Airlines?
... tunggu di entri berikutnya.

Nota (kemaskini 24 April 2008, 8:00 pagi)
1. EQ = EI = emotional INTELLIGENCE, atau boleh diterjemahkan sebagai KECERDASAN emosi.

2. Adakah KECERDASAN dan KEMATANGAN itu membawa maksud yang sama? TIDAK! Mengapa?... ikuti entri-entri akan datang.

EQ

Ramai di antara kita biasa mendengar akan ungkapan EQ (Emotional Quotient, selalunya dikenali sebagai Emotional Intellegence) . Apa dia sebenarnya EQ?

EQ atau Kecerdasan Emosi adalah merujuk kepada kemampuan seseorang mengendali perasaan. Perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain. Kemampuan memotivasikan diri sendiri dan kemampuan mengendalikan emosi secara tepat dan betul.

EQ dan IQ (Kecerdasan Kepandaian) saling lengkap melengkapi. Namun, ianya tidak semestinya wujud pada sesuatu masa yang sama. Yang amat ketara adalah seseorang yang hebat IQnya tidak semestinya hebat juga EQnya!

Kes-kes kanak-kanak genius seperti yang pernah dipaparkan membuktikan kebenaran kenyataan tersebut. Rujuk entri intelektual seimbang, jika terlepas pandang sebelum ini.

IQ anugerah Illahi, sedangkan EQ kemahirnan yang perlu dipelajari - dalam membina kecekapan mengendalikan emosi peribadi dan juga sosial. Kita sambung di entri akan datang, insyaAllah.

minda.JUMAAT: riak

minda.JUMAAT kali ini membawakan secara ringkas intipati dari kuliah subuh yang dihadiri sebulan yang lalu...

Riak. Ia merupakan satu sifat atau naluri manusia yang dikurniakan Allah. Namun, ianya merupakan salah satu peralatan hidup yang dibekalkan untuk menjalani kehidupan di dunia yang bersifat sementara ini. Untuk apa? Untuk menguji tahap keimanan manusia!

Apakah perkara-perkara yang BERUPAYA menjerumuskan manusia ke kancah RIAK itu? Di antara lain punca-puncanya adalah melalui:

melakukan ibadat kepada Allah,
penonjolan ilmu dimiliki,
amalan sosio-ekonomi seharian,
suara dan tutur-kata,
tubuh badan dan paras rupa,
harta, pangkat, pencapaian, kebolehan...
dan juga BERPUAK-PUAK!

Semoga kita dijauhkan Allah agar tidak terjerumus dengan sifat-sifat riak di dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.

reliabiliti

Saya berada di Melaka sekarang. 17-19 April 2008 berkongsi ilmu dan pengalamanan bersama sekumpulan anggota kerja sebuah syarikat agensi Kerajaan Negeri. Program tersebut merupakan tindakan susulan kepada bengkel sehari yang dihadiri kumpulan yang sama tiga minggu lalu.

Aspek utama yang dibincangkan adalah berkaitan membina reliabiliti sistem penyampaian perkhidmatan Syarikat.

Apa yang menarik perhatian adalah kepekaan peserta dalam menangani hakikat sebenar atau 'realiti hidup' isu berkaitan. Reliabiliti (atau berdaya harap) amat bergantung kepada sistem pengurusan data operasi dan bisnes.

Data yang tidak bolih diharap
akan memusnahkan harapan pelanggan!



Justeru itu, kerangka transformasi data ke dalam bentuk maklumat yang berfaedah amat perlu dititiberatkan - apabila berbicara tentang sistem reliabiliti.

projek buku...

Seorang rakan blogger drBubbles yang bergiat dalam kerja-kerja kemasyarakatan, kini mengusahakan Projek Buku untuk perpustakaan rumah anak yatim.

Mari kita memberikan sokongan kepada usaha tersebut. Tabik! Saudara Iskandar, drBubbles

sahabat

A Rahman Tompang adalah sahabat sepermainan zaman kanak-kanak di kampung. Kami ke sekolah rendah dan menengah yang sama. Semasa di Tingkatan II kami berkayuh basikal ke Bandar Melaka, 25 km dari kampung.

Apabila memasuki tingkatan IV kami berpisah (kerana saya menyambung persekolahan di Kuala Lumpur).

Lebih 35 tahun kami tidak berjumpa mesra... sehinggalah bertemu semula di majlis kenduri kahwin anak bongsunya tengahari tadi!... di Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Beliau baru sebulan bersara dari perkhidmatan Polis. Walau pun sedikit uzur, beliau kelihatan begitu ceria menerima tetamu dan menantu keduanya... seorang pegawai Polis.

Di majlis itulah kali pertama saya menyaksikan 'perarakan pengantin Polis'...

Entah mengapa hati ini agak sayu dan terasa sangat dakapan seorang sahabat, ketika memohon meninggalkan majlisnya. Sepanjang perjalanan balik ke Subang Jaya, bisikan "engkaulah saudaraku..." beliau itu bermain-main di fikiran...

Ya Allah! Kurniakan nikmat kesihatan yang berterusan kepada sahabat ku itu, Amin.

minda kreatif




minda kreatif diterjemahkan melalui kerja tangan...

mindaJUMAAT: bahaya sekularisme

minda.JUMAAT kali ini ingin berkongsi intisari kuliah Maghrib Ahad lalu. Ianya adalah kuliah bulanan bersiri yang menarik - "Ancaman Bahaya Sekularisme" yang dihujahkan Ustaz Zulkifli Hj Ismail.

Sekularisme adalah fahaman politik dan kehidupan yang menolak dan menentang penghayatan Islam sebagai satu peraturan hidup yang lengkap...

Dalam mengupas sikap dan konsep pendakwah yang 'berdolak-dalik' dalam mentaati perintah Allah, perkara-perkara berikut perlu difahami:

a. Sikap buruk pendakwah yang mempertahankan peribadi seseorang demi sanjungan manusia, sehingga mereka terlena dengannya;

b. Pendakwah yang sebenar dapat dilihat pada amalannya dan menyerlahkan kebenaran Allah. Pendakwah palsu hidup dengan kata-kata dan sumpah sebagai perisainya. Rujuk tempelakan Allah keatas golongan tersebut dalam Ayat 53, Surah an-Nuur.

c. Kemenangan Islam itu apabila ianya tidak dipinggirkan lagi. Sesungguhnya tiada jalan pintas dalam membentuk penghayatan Islam. Cabaran utama adalah 'penjara minda sekular' yang dibina sendiri.

Nota
1. Contoh-contoh 'penjara minda sekular': "...masyarakat majmuk dan apa jua alasan strategik atau kepentingan politik digunakan untuk menghalalkan penangguhan perlaksanaan hukum atau syariat Allah..."

2. Tidak yakin (dalam melaksanakan hukum Allah) adalah minda strategik sekular!

3. Kuliah Ustaz Zulkifli itu berpandukan buku terbitan dan edaran beliau sendiri bertajuk "Ancaman Bahaya Sekularisme" (Baitul Quraa', 2002)

makan beradab...

Hari ini dan esok berkampung seharian di Maktab PDRM Kuala Lumpur...

Terlibat mengendalikan program 'Kemahiran Berfikir Strategik" dan berkongsi pengalaman bersama sekumpulan 30 orang Pegawai Kanan PDRM. Program tersebut diurusetiakan oleh Pusat Pengajian Sains Perisikan & Strategik.

Dan hari ini juga menjadi 'tetamu' di majlis makan tengahari bersama Komandan Maktab. Suatu pengalaman baru di majlis "Makan Beradab" Maktab PDRM... Tabik (springgg) Tuan Komandan!

Nota
1. Dalam perjalanan ke dewan, sempat juga berbisik dengan Pegawai yang 'mengiringi' ..."makan beradab itu bukan macam 'pengantin main suap-suap'. Pegawai tersebut cuba 'menenangkan' saya.

11 judul


Setelah dua kali rancangan ke Pesta Buku 'tergendala', akhirnya kami dapat juga ke sana petang tadi...

Tujuan utama adalah ke ruang pamiran PTS - kerana ada beberapa judul buku baru yang ingin dimiliki. Dan kebetulan sesi bersama Penulis (Dr Umi Kalthum Ngah) "Puteri Salsabila" telah mula mengambil tempatnya.

Setelah mencapai tiga judul, saya serah kepada isteri untuk dibayar sama dengan lima judul pilihannya... ditambah sebuah judul percuma! (selepas berjaya menjawab 'soalan mudah').

Sempat juga ke WiraBukit untuk mendapatkan tandatangan Pak Samad di muka depan "68 Soneta Pohon Ginkgo" yang baru dilancarkan. Tertarik juga dengan edisi komemoratif (terbitan 2004) "Dirgahayu Dr Mahathir dan kepada Pemimpin Yang Itu" - dua puisi penting peralihan kuasa... berdasarkan kepada kemelut politik semasa.

Nota: Puisi berbentuk soneta
- Lazimya mengandungi empat larik bagi setiap rangkap yang disudahi dengan dua larik bagi rangkap akhirnya. Kesemuanya 14 baris. Selain itu, setiap larik mengandungi 10 suku kata dengan rima pada setiap selang pengakhir larik.

Pesta Buku 2008

Nota kemaskini
KLIBf 2008 mencatatkan sejarah tersendiri, khususnya dalam penerbitan buku-buku Melayu apabila m-Book diperkenalkan kepada umum secara rasmi semalam.

Dan PTS pantas menerajuinya, bersama pembekal teknologi Metamobile. Tahniah kepada mereka-mereka yang menjuarai inisiatif yang strategik itu - dalam memertabatkan Bahasa Melayu. Bahasa itu Bangsa!

Kini dengan RM5.00 buku idaman dimuat-turun terus ke telefon bimbit anda!
Promo KLIBf2008 di TV.PTS...
4-13 April 2008. Jom ke sana!

intelektual seimbang...

Membaca kisah-kisah Sufiah Yusuf, kanak-kanak pintar (ibunya Melayu dari Muar) yang diterima masuk Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun (sepuluh tahun lalu) agak memilukan...

Lantas terbayang di benak kita beberapa kes kanak-kanak genius di Malaysia, khususnya daripada keluarga Melayu dalam tempoh 30 tahun yang lalu. Seingat saya hampir semuanya (berdasarkan maklumat media yang ada) di akhiri dengan episod-episod malang!

Amat tertarik dengan tulisan hebat AbuSaif yang menyorot kembali beberapa kisah hidup kanak-kanak genius di N3nya "Sukarnya Menjadi Genius" - yang di antara lain menyentuh kisah Hadafi, Sufiah dan terkini Adi Putra.

Saya petik juga 2N3 uncleJ DI SANA dan DI SINI, untuk memudahkan pengunjung mengumpulkan maklumat berkaitan Sufiah Yusuf.

Justeru, saya tidak bercadang untuk melanjutkan ulasan berkaitan paparan-paparan tersebut.

Cuma sekadar mengulangi semula pesanan Ibrahim Adham di N3 lepas "minda.JUMAAT : minda.Akal" sebagai sempadan; dalam membantu anak /cucu membangunkan intelektual seimbang masing-masing:


"...Jika berpegang kepada AKAL semata-mata,
akan SESATlah dia!

Jika berpegang kepada HARTA,
akan BERKURANGANlah jadinya!

Jika berpegang kepada KEMEGAHAN manusia,
dia menghampiri KEHINAAN!"...

Nota kemaskini (7 April 2008): Bacalah kenyataan Sufiah (jika benar itulah luahan orangnya yang sebenar) yang berbangga dengan tugasannya DI SINI...


Nota
1. Kisah Hadafi, Sufiah dan kini Adi Putra perlu dijadikan pengajaran - jika ada di antara kita yang dianugerah Illahi anak-anak atau cucu-cucu yang mirip kepada mereka bertiga.

2. Semoga tiga cucu (3-5 tahun) saya yang kini sedang membina kehebatan IQ masing-masing dilindungi Allah dan dikurniakan dengan 'intelektual seimbang', InsyaAllah.

minda.JUMAAT: nikmat kelapangan...

Nikmat kelapangan masa, merupakan suatu nikmat yang ramai di antara kita lalai atau tidak tahu menghargai dan bersyukur di atas nikmat tersebut.

Rasulullah telah bersabda:

Dua nikmat di antara nikmat-nikmat Allah
yang kebanyakan manusia kaburi mata melihatnya;
iaitu MASA SIHAT dan MASA LAPANG.

Kelapangan masa bermaksud tidak sibuk dengan urusan atau aktiviti di dunia, sehinggakan menghalang seseorang itu melakukan amalan akhirat - walaupun mencari rezeki itu adalah suatu keperluan hidup yang juga dituntut.

Seseorang yang beraqal baligh diumpamakan seperti seorang peniaga. Kesihatan dan kelapangan adalah modal perniagaannya. Yang membezakan kejayaan dan keuntungan perniagaanya itu adalah pilihannya sahaja - mentaati perintah Allah atau syaitan!

Justeru itu, berdoalah setiap kali selepas solat:

Ya Allah, kurniakanlah kami
nikmat IMAN, nikmat KESIHATAN
dan nikmat KELAPANGAN MASA;
dalam kami mencari keredaanMu Ya Allah. Amin.

semantik

NLP bukan sahaja menjelaskan kepentingan dan kesinambungan neuro, linguistik dan programming bahkan memberi penekanan terhadap pentingnya pengaruh semantik dalam menguruskan manusia.

Semantik ialah caragaya bahasa yang membolehkan seseorang mengungkapkan perasaan, perlakuan, pemikiran dan keperibadian. Perbendaharaan kata yang digunakan oleh seseorang itu boleh dianalisis untuk menjalinkan komunikasi. (Lihat contoh DI SINI)

Pengaruh semantik merupakan kaedah di mana seseorang mampu menguraikan idea dan emosi - semakin banyak kata /perbendaharaan yang dikuasai, semakin mudahlah seseorang itu meluahkan apa yang tersirat.

Kredit /Sumber
Dr Ismail Alias & Raja Kamariah Raja Haji Mohd Khalid
- Aura Intusi NLP /2006 ITS

fitnah dunia...

Filem 'Fitna' yang didalangi Geert Wilders (angsa liar gamaknya!) kini merupakan fitnah dunia terkini... Siapa sebenarnya GW itu? Beliau adalah keturunan Yahudi Belanda!

Amatilah kenyataan manusia laknatullah itu:
"...Take a walk down the street and see where this is going. You no longer feel like you are living in your own country. There is a battle going on and we have to defend ourselves. Before you know it there will be more mosques than churches!"

Lebih sedekat lalu, Salman Rushdie (yang masih ditahan kematiannya) pernah menimbulkan fitnah yang sama - menghina Islam!

Filem Fitna kini ditonton jutaan manusia melalui youTube. Itulah yang memulakan fitnahnya!

Mungkin dengan membaca entri Abu.Saif dan ENTRI INI akan membina kewarasan minda kita.

Nota
1. Paparan negatif ini bukan untuk mempromosikan filem tersebut, tetapi untuk sama-sama kita mengingati Allah (Yang Maha Mengetahui akan apa yang berlaku) dan menginsafi akan fitnah-finah di akhir zaman yang digambarkan Rasulullah S.A.W.

2. Provokasi yang menyerupai filem fitna itu telah dan akan terus berlaku... Dan yang pasti Islamlah yang akhirnya dimenangkan Allah (sebelum kiamat melanda)! Tanda-tanda Eropah akan diIslamkan adalah jelas kini. Itulah ketakutan Yahudi, kerana mereka amat arif tentangnya.