Sebagai menghargai kunjungan rakan-rakan blogger ke sini
saya ingin menawarkan perkhidmatan
BIMBINGAN (COACHING) PERCUMA!
Sebagai sebahagian dari proses untuk mendapatkan pentauliahan Professional Coach, saya memerlukan di antara 150-250 jam dalam mengendalikan bimbingan eksklusif (one-on-one) ... secara 'real'. Rujuk N3 sebelum ini dan lawatilah blog khususnya my.COACHING.space untuk maklumat berkaitan.saya ingin menawarkan perkhidmatan
BIMBINGAN (COACHING) PERCUMA!
Bidang-bidang coaching utama yang ingin dikendalikan adalah seperti berikut:
a. Corporate Coaching - keperluan membangunkan kehebatan minda di organisasi anda;
b. Business Coaching - kesedaran kekompetenan dalam pengendalian bisnes; dan
c. Personal Development Coaching - menyingkap kehebatan potensi diri.
Saya akan menggunakan pendekatan konsep PEMIKIRAN STRATEGIK ketika mengendalikan coaching tersebut. Tempoh minimum yang diperlukan (contact hours) adalah 10 jam bagi setip coachee. Komitmen yang diperlukan adalah di antara dua (2) hingga sepuloh (10) minggu - bergantung kepada kesesuaian masa kedua-dua belah pihak.
Di akhir program, setiap klien/ coachee akan memiliki PETA STRATEGI masing-masing. Peta strategi tersebut akan menjadi asas untuk merealisasikan impian! InsyaAllah.
Rebutlah peluang ini dengan mengemukakan hasrat masing-masing melalui email ke
i. Pengenalan diri (Nama, No. K/P, Alamat lengkap, No. telefon yang mudah dihubungi);
ii. Kerjaya sekarang (Nyatakan nama majikan, tempoh perkhidmatan /pengalaman - jika berkaitan);
iii. Nyatakan bidang coaching yang diperlukan (a /b /c di atas); dan
iv. Matlamat akhir menyertai program ini (jika perlu dinyatakan).
Nota
1. Disamping mendapatkan coaching contact hours yang diperlukan, pengalaman pengendalian tersebut akan dijadikan sebahagian dari bahan kepada buku yang kini sedang diusahakan bersama PTS (Belajar Befikiran Strategik).
2. Maklumat diri dan semua bahan yang dihasilkan adalah dirahsiakan, kecuali untuk tujuan pentauliahan Professional Coach sahaja.
3. Sesi akan dikendalikan dalam bahasa yang yang disenangi klien /coachee.