KPI Dashboard

Dubai banjir...

Hujan merengek sejak malam tadi hingga ke saat ini (3:00 petang) menyebabkan beberapa kawasan di Dubai banjir kilat... dan pastinya kesesakan jalanraya yang melampau!

Semasa menuju ke Mall of Emirate (hendak 'melepak' di Borders sekejap) pemandu teksi mendapat panggilan dari base station... cuti lagi (separuh) hari ini!... begitu 'gaya hidup' di sini... yang penuh dengan 'keselesaan'!

Nota (kemaskini 08:00 pagi, 16 Jan):
1. Semalam apabila cucu balik sekolah memaklumkan "esok cikgu cakap sekolah cuti, kalau hujan lagi sambung lagi cuti!"... betul juga - Jumaat dan Sabtu sekolah memang cuti!

2.
Banjir di sini bermaksud jalan raya ditenggelami air (walau pun setakat tenggelam buku lali sahaja... yang sememangnya mudah sekali berlaku! Perkataan banjir dan peparitan agak asing bagi mereka di padang pasir...

3. Terpaksa beratur 2 jam untuk mendapatkan teksi untuk balik ke rumah dari MoE - teksi terperangkap dalam kesesakan jalanraya, manusia pula dalam mall...dan tentu sekali kesejukan winter dalam hujan yang semakin lebat!

rugi Dh432juta...kerana Bush

Semalam warga Dubai kena 'tahanan rumah' (5.00 pagi sampai 5.00 petang)... gara-gara (atau angkara) lawatan Bush. Akibatnya, sektor ekonominya dianggar mengalami kerugian ketara lebih Dh432 juta (RM100=Dh111)... Baca DI SINI dan DI SINI

Namun, kesempatan itu kami ambil untuk ke Sharjah (selepas 5.15 petang) untuk ke Expo Malaysia.... aduhhh seronoknya! Perjalanan tidak sampai 30 minit dan tidak pernah dialami jika memandu dari Dubai ke sana.

Saya ke expo, sementara isteri, anak dan cucu menjelajah Sharjah Central Souq. Seperti dijangka, suasana di dewan pamiran agak lengang... Mengikut penganjur, jika pamiran itu dikendalikan di Dubai, lagi teruk kesannya - terpaksa ditutup! Di sana sempat juga bertemu kawan-kawan dari TNB (peserta pamiran) yang bertugas.

Sharjah kini tidak seperti yang saya saksikan 3-4 tahun lalu...saksikan Sharjah LIVE DI SINI. Pemerintahnya kini bijak mengambil kesempatan di atas kepesatan pembangunan ekonomi Dubai... menyediakan infrastruktur untuk tujuan penginapan. Agressive sekali nampaknya!

Sharjah juga merupakan venue perlumbaan Formula F1 Botlaju (F1H2O) - yang ini, khas untuk Kasawari...

Nota
: Beberapa imej Sarjah akan di upload kemudian...