minda.JUMAAT: soal hati (2)

| mesrakan soal hati (1) dahulu |


Hati tidak disoal lagi,
ketika mata terkunci mati.

Terkunci mati matanya hati,
sedar ertinya hidup sesudah mati.

Sedar itu dari hati,
tahu itu mata diri.

Mata diri nafsunya tinggi,
tidak dikawal pastinya lari.

Pastinya lari tidak bertepi,
musnah segala tidak terperi.

Tidak terperi tanpanya hati,
ingatlah pesan Saidina Ali.

Saidina Ali pesannya begini,
hidup di dunia semuanya mimpi!

Di dunia semuanya mimpi,
mati nanti baru sedari.

Mati nanti baru sedari,
ambillah sedarnya Imam Shafii!

Sedarnya Imam Shafii,
muda bertongkat tua di hati.

Tua dirinya tersemat di hati,
mencari pandangan mata hati.

Mata hati tepat dan hakiki,
akhiratlah yang pastinya dicari!

| sab2, Jumaat pagi 17 Rejab 1430H |

selsema babi

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA BABI ?


Terdapat berbagai kaedah yang disyorkan oleh pakar perubatan untuk mencegah H1N1 dari merebak. Antaranya ialah :

  • Basuh tangan anda amalkan cara hidup yang sihat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Mengamalkan gaya hidup yang aktif
  • Kendalikan stres secara betul
  • Meminum air yang banyak dan mencukupi
  • Makan makanan yang berkhasiat.
  • Cuba tidak menyentuhi permukaan–permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.
  • Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.
Maklumat berkaitan selsema babi MajalahSains.com DI SINI

Gerhana Matahari 22 Julai 2009 8:23 pagi

|Urutan gerhana yang jelas kelihatan di Assam, India|

Hari ini Rabu 29 Rejab 1430H /22 Julai 2009 - 2 hari selepas peristiwa mukjizat Isra' Mikraj Nabi Muhammad s.a.w - akan berlaku kali kedua gerhana matahari tahun ini.

Kali PERTAMA berlaku pada 26 Januari 2009 lalu - ketika masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina, tahun lembu jantan... di sebelah malamnya 33 tahun lalu saya dijabkabulkan!... dengan Saripah Ahmad.

Agak mendukacitakan tiada maklumat di laman web ANGKASA - agensi angkasa lepas Malaysia - yang hampir "mati"... Kali terakhir menyiarkan gerhana "cincin" Januari lepas!


Semoga Allah melindungi kita dari musibah (seperti yang diwar-warkan). Mari bersolat gerhana matahari, dan panduannya DI SINI

Falsafah Isra' dan Mikraj

Program mingguan Tanyalah Ustaz di TV9 (17-19 Julai) memberi fokus kepada falsafah Isra' dan Mikraj. Baik pengendaliannya kali ini (dengan membataskan panggilan telefon...) - disertai dengan gambar-gambar dari pengalaman sendiri Ustaz Muhammad bin Abdullah.

Saksikan episod-episod tersebut DI SINI

Salah satu pengajaran dari peristiwa Isra' dan Mikraj itu adalah betapa pentingnya pergantungan kita kepada Allah. Berikut adalah beberapa petikan dari blog beliau di Ustaz Amin


Apa yang penting di dalam amalan ini ialah, ia menjadikan kita semakin berharap dan bergantung pada Allah. Dengan itu, Allah akan melindungi hidup kita walau di mana kita berada. Semoga ia memberi kebaikan pada kita semua



و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَى فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْأَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ
وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ
مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا
وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ
وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ

Kisah 'batu tergantung' DI SINI dan banyak lagi catatan kisah-kisah di bumi Isra' di UNIVERSITI KEHIDUPAN

.

minda.JUMAAT: soal hati (1)

Hati itu cerminnya diri,
Tiada pula ia bersendiri.

Tiada ia bersendiri,
Pastinya pada yang hakiki.

Yang hakiki sukar ditemui,
Kerana lazimnya tidak dicari!

Tidak dicari pengilapnya hati,
Tidak jua ia dijual beli.

Tidak dijual tidak dibeli,
Hanya pinta hadirkan diri.

Hadirkan diri subuhnya hari,
Bermula langkah dini hari.

Dini hari langkah imani,
KepadaNYA mohon kuatkan hati.

Kuatnya hati milik Illahi,
Pastinya itu soal hati.

Soalan hati jangan berhenti,
Berhentinya bila mati.

Bila mati,
Tiada lagi soal hati...

| sab2 - Jumaat pagi 17 Rejab 1430H |

minda.JUMAAT: Kisah Natrah dan murtad

Natrah dan kisah berdarahnya akibat dari keputusan mahkamah di Singapura 12 Disember 1950 sewajarnya diimbas kembali - betapa tingginya sensitiviti umat Islam ketika itu - bangun menentang ke atas isu Natrah dimurtadkan...

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Awal pagi tadi berita-berita kematianya tersebar, dan sekali gus kisah berdarah itu disingkap kembali.


Maria Hertogh Atau Natrah Meninggal Dunia Pada Usia 72 Tahun di Huijbergen, Belanda - lapur BERNAMA

Banyak entri di blog-blog hari ini mengimbau kembali kisah berdarahnya. Saya petik catatan menarik daripada Mohd Sayuti Omar DI SINI juga di BuanaINI

Apa yang ingin saya lontarkan di minda.JUMAAT kali ini adalah - dalam ribuan kes murtad umat Islam (yang didakwa berlaku di Malaysia) kebelakangan ini...

...andai kata kesemua mereka yang terlibat dalam rusuhan tahun 1950 itu masih hidup, apa agaknya jeritan mereka kepada umat Islam di Malaysia sekarang?

Nota kemaskini (12 Julai 2009)
Lagi catatan terperinci (n3 8 Nov 2006) 'Tragedi Natrah' DI SINI atau DI SINI

indeks pencemaran bahasa (IPB)

IPB (Indeks Pencemaran Bahasa) yang terus meningkat - apabila martabat bahasa sesuatu bangsa itu terus terusan dipinggiran... Pemurnian budaya bangsa pastinya menjadi kalut kerananya! - jika tiada langkah-langkah kawalan.

Ikutilah 'dendangan rakyat' berikut yang telah tercemar...kedua-duanya - aspek bahasa dan budayanya!


wahabi

Sesungguhnya tidak ada yang misteri pada kalimat Wahabi. Ia hanyalah satu usaha defensif yang sia-sia. Kita telah lama mengetahui perangai wahabi. al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir telah mengajar kita, tulis Allahyarham:

“Pada abad-abad yang berikutnya tokoh yang paling banyak membicarakan supaya umat Islam kembali kepada aqidah salaf ialah Ibnu Taimiyah. Dilanjutkan oleh muridnya Ibnul Qaiyim al-Jauziyah. Kemudian dilanjutkan dengan Muhammad bin Abdul Wahab, daripada beliau inilah dinisbahkan istilah kaum wahabi oleh golongan yang tidak menyetujui fahamannya.

Dalam proses yang begitu lama golongan yang tersebut memang ditolak oleh ulama sedunia dari semua mazhab termasuk juga ulama dunia Melayu kerana yang disebarkan oleh mereka adalah dianggap bertentangan dengan ahlus sunnah wal jamaah.


Hal tersebut, baik ulama dunia luar atau pun ulama dunia Melayu, bukannya menolak aliran salafi akan tetapi yang tidak meyakinkan ialah fahaman yang diajarkan oleh mereka itu belum tentu sesuai dengan ajaran salaf yang sebenarnya.”

Sila rujuk lanjut al marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1999.

SEMOGA ADA MANFAATNYA SANTAPAN MINDA INI.

Justeru, bacalah SELANJUTNYA komen Faisal Tehrani - sebagai respon kepada tulisan Dr Mohd Asri (bekas Mufti Perlis) DI SINI

minda.JUMAAT: keberkatan rezeki

Dalam proses mendidik hati yang tenang, tazkirah subuh adalah salah satu saluran komunikasi yang berkesan...

Tazkirah subuh sebenarnya mampu kita ikuti setiap pagi. Berkesempatan atau tidak sahaja yang mungkin jadi pemisahnya. Sebagai contoh, slot-slot dalam 'kesibukan' pagi berikut wajar dijadikan temannya:
  • 6:30 pagi - 6:45 pagi |Isnin-Jumaat| : Siri tafsir al-Quran di Radio IKIM.fm*
  • 6:45 pagi - 7:00 pagi |Isnin-Jumaat| : Siri al-Zikrah di Radio KL.fm |Lembah Klang sahaja|
  • 7:00 pagi - 8:00 pagi |Jumaat-Ahad| : Siri Tanyalah Ustaz di TV9
disamping (kebanyakan Masjid /Surau menganjurkan) kuliah-kuliah Subuh mingguan (Sabtu dan Ahad).
|* Tafsir harian diulang siarannya jam 8:00 malam|

Kali ini ingin dikongsi catatan tafsir ayat terakhir (Ayat 34) dari Surah Luqman yang telah memasuki siri ke 92 hari ini. Program dikendalikan dengan baiknya oleh Ustaz Zahazan Mohamed (Pensyarah UIA) . Ayat tersebut menekankan LIMA ILMU Allah berbanding pengetahuan manusia tentang - sebagai bukti kekuasaanNYA:
  • bila berlakunya Qiamat;
  • bila dan tempat turunnya hujan;
  • apa yang ada dalam rahim (ibu);
  • usaha dan rezeki untuk hambanya; dan
  • bila dan di mana manusia menemui ajalnya.
Kupasan yang menarik berserta dalil-dalilnya telah dikongsi sejak minggu lepas...

Dalam usaha kita mencari rezeki yang HALAL dan BERKAT, di antara senarai semak yang perlu kita lakukan adalah:
  1. Sejauh mana kemampuan kita memohon keampunanNYA (istighfar dan taubat)?
  2. Ditahap mana pula taqwa kita? |Amatilah ayat 1000 dinar yang digantung di dinding rumah /premis perniagaan|
  3. Bagaimana sifat tawakkal mengiringi usaha-usaha kita itu? |Contoh terbaik: lihatlah burung yang keluar pagi mencari makanan, petangnya balik dalam kekenyangan...|
  4. Adakah kita fokus ke atas ibadat (contoh solat pada waktunya) dalam kesibukan mencari rezeki?
  5. Dalam keupayaan rezeki yang ada, sudahkan kita lakukan haji dan umrah - guna menghilangkan kefakiran dan dosa?
  6. Bagaimana pula agaknya jalinan silaturrahim kita (dengan anak-anak buah di tempat kerja dan jiran serta ahli keluarga)?
  7. Pantaskah kita dalam pelaburan (infaq) di jalan Allah?
  8. Pernahkan kita hulurkan bantuan kepada penuntut-penuntut ilmu (agama) ?
  9. Adakah nasihat kita hanya sekadar bercakap atau dalam tulisan semata (dan tidak dizahirkan)? |Awas!... pakar-pakar motivasi|
  10. Adakah bibir dan hati sentiasa berzikir kepadaNYA pagi, petang dan setiap kali selepas solat?; dan
  11. Bagaimana pula penerokaan kita dalam mempelbagaikan sumber rezeki yang baru (konsep HIJRAH)?
....IKUTILAH SIRI-SIRI AKHIR tafsir Surah Luqman selanjutnya - untuk mengetahui senarai semak dalam pencarian rezeki yang halal dan berkat, InsyaAllah.

|Nota kemaskini: Tafsir Surah Luqman di IKIM.fm berakhir 10 Rejab 1430, sebanyak 92 siri (kalau tidak silap saya). Mulai Isnin 6 Julai 2009, bermulalah tafsir Surah At-Tahriim (Mengharamkan) - surah yang memberi panduan hidup bersuami isteri, khususnya isteri-isteri|