KPI Dashboard

minda.JUMAAT: soal hati (2)

| mesrakan soal hati (1) dahulu |


Hati tidak disoal lagi,
ketika mata terkunci mati.

Terkunci mati matanya hati,
sedar ertinya hidup sesudah mati.

Sedar itu dari hati,
tahu itu mata diri.

Mata diri nafsunya tinggi,
tidak dikawal pastinya lari.

Pastinya lari tidak bertepi,
musnah segala tidak terperi.

Tidak terperi tanpanya hati,
ingatlah pesan Saidina Ali.

Saidina Ali pesannya begini,
hidup di dunia semuanya mimpi!

Di dunia semuanya mimpi,
mati nanti baru sedari.

Mati nanti baru sedari,
ambillah sedarnya Imam Shafii!

Sedarnya Imam Shafii,
muda bertongkat tua di hati.

Tua dirinya tersemat di hati,
mencari pandangan mata hati.

Mata hati tepat dan hakiki,
akhiratlah yang pastinya dicari!

| sab2, Jumaat pagi 17 Rejab 1430H |