KPI Dashboard

minda.JUMAAT: minda hati

Pagi ini berpeluang menonton kuliah /rutin mingguan "Tanyalah Ustaz TV9" (secara langsung setiap Jumaat-Ahad, 7.00-8.00 pagi), Alhamdulillah.

Topik minggu ini adalah 'Shubahah', dikendalikan secara interaktif oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah. Fokusnya tentang 15 ciri-ciri pencarian, pemilikan dan pembelanjaan harta /sumber rezeki yang haram... pagi ini hanya sempat beliau kupas ciri pertama sahaja - kerana ramai pemanggil dan email. Yang menarik slot pagi tadi disulami soalan-soalan 'berkualiti' untuk dikongsi bersama.

Sambil menonton TV itu, teringat saya akan pesanan bestari...

"Jika ingin menyelami MINDA HATI kawan...
libatkanlah dirinya sebagai rakan kongsi bisnes!"

Pertama kali saya mendengarnya beberapa tahun lalu ianya semacam ungkapan biasa sahaja. Namun, beberapa interaksi penonton dengan Ustaz mengingatkan kembali peristiwa beberapa bulan lalu...

Betapa seorang kawan yang nampaknya bersungguh-sungguh untuk menjadi rakan bisnes - di atas sedikit kepakaran dan pengalaman yang saya miliki - terpaksa 'menghilangkan' diri apabila saya cuba lakukan 'ujian' bestari itu!...

Ujian itu dengan ungkapan mudah sahaja kepada beliau...

"...saya lebih suka kita bergaduh sekarang, dari kita bermusuhan apabila duit di hadapan mata nanti!..."

Tujuan ungkapan itu adalah untuk memperincikan terma-terma perkongsian yang dirancang. Mencari ketelusan. Merisik kebenaran. Menyelam hati budinya sebagai seorang kawan...

Tetapi dalam beberapa pertemuan jelas sekali beliau cuba lari dari topik itu...dan mempamirkan ciri-ciri untuk menipu (bahasa badan si penipu)... Ujian saya berjaya! Alhamdulillah.

Di akhir program Tanyalah Ustaz pagi tadi
beberapa kali Ustaz berpesan

" Benar, ikhlas itu di HATI...
TULIS itu mengelak pertelingkahan! "