9 Dzulhijjah

Hari ini 9 Dzulhijjah 1429H... Masih jelas dalam ingatan betapa perjalanan menuju ke Arafah 18 tahun lalu bersama isteri tersayang... bagaikan misi berbulan madu bertemu kasihNYA.

Allahuakbar!

Ya, jutaan umat Islam yang menjadi Tetamu Allah tahun ini telah berada di satu perhimpunan maha agung dalam tamaddun manusia. Segala bentuk kesulitan yang berbeza tahapnya pasti dialami semua. Pastinya menjadi ingatan sepanjang hayat.

Yang berbedza mungkin sejauh mana diambil iktibar dari paparan 'petunjuk-petunjuk utama' masing-masing ketika di Arafah.

Imbas kembali sejarah dan falsafah haji ...1420 tahun lalu:

Di tahun ke-10 Hijrah, di Padang Arafah ketika Nabi Muhammad s.a.w menunai haji pertama dan terakhir Baginda (terkenal dengan Haji Selamat Tinggal) telah meninggal pesan kepada yang berhimpun di situ

"...berpegang teguhlah dengan perintah Allah (Al-Quran) dan Sunnah ku (al-Hadis), untuk selamat di dunia dan juga selamat di akhirat!"


Apakah signifikannya intipati pesanan itu dalam kehidupan kita, khususnya yang pernah berhimpun di Arafah?

Jawapan awalnya boleh disingkap dari Travelog Haji dan Travelog Dakwah Prof Kamil DI SINI