Ya Allah,
kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu,dan cinta kepada orang yang mengasihiMu,
dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cintaMu!
Ya Allah,
jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan,
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu,
dan cinta orang yang mencintaaiMu,
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu!
Ya Allah,
apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.
Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai!