KPI Dashboard

virus fikiran

Ketika menyediakan 'lesson plan' Asas Pemikiran Strategik untuk pegawai-pegawai PTD di Awana minggu hadapan (selepas penaman calon PRU12), terlintas pula untuk membawakan ringkasan bagaimana 'penyakit minda' boleh menyerang seseorang!... sebagai santai minda di hujung minggu.

Dalam kajian ilmu NLP (neuro-linguistic programming), dikatakan ada tiga cara manusia itu berfikir; iaitu

Visual - kita membuat gambar dalam fikiran,

Auditori - kita melakukan dialog di hati kecil, dan

Kinestetik - kita melibatkan perasaan atau emolsi.

Jika otak manusia itu seumpama CPU dalam komputer kita, ketiga-tiga cara berfikir itu adalah proses programming fikiran. Kita kenalkan sebagai pF. [Ingatan: Perbandingan ini bukan perbandingan mutlak, kerana penciptaan Allah itu tiada bandingannya!]

pF merangkumi suatu urutan peristiwa atau kronologi pengalaman deria dalaman dan luaran yang melibatkan visual, auditori dan kinestetik yang kita lalui; yang akhirnya berlakulah pembentukan emosi (emotional state) - Contoh: takut, kecewa, gelisah, hilang konfiden dan sebagainya. [Nota: pf adalah 'power factor', jika membicarakan aspek-aspek kualiti bekalan elektrik...]

Sebagai contoh, cuba sorot kembali satu peristiwa silam di mana kita 'melambat-lambatkan' mengambil tindakan (yang amat penting dalam hidup kita)... akibatnya telah meninggalkan suatu pembentukan emosi yang parah!

Pembentukan emosi serupa itu menghasilkan virus fikiran dalam minda kita. Kesannya samalah seperti virus HIV, H5N1 dan virus-virus lain yang ditakuti manusia kini.

Didoakan semoga hujung minggu yang memberikan seribu satu RahmatNYA... [insyaAllah, kami balik Melaka hingga Isnin... menjenguk di SAMB]

Nota (kemaskini 23Feb, 17:55)
Puan Sifu PTS dalam Khutbah Jumaat PTS, menyentuh tentang menulis dan BERFIKIR DALAM BAHASA IBUNDA.