KPI Dashboard

salam.DUBAI 3: inflasi, penginapan dan sengSARAHIDUP...

Dubai kota metropolis yang semuanya adaaa... Semuanya akan mengukir rekod TER-tinggi, -besar, -mahal, -pelik.... dan sebut apa sahaja yang tempat lagi sudah TER akan adalah penasihat Tok Shiekh beri cadangan... maklumlah, selagi kantongnya masih lagi berbilion-bilion dirham!

Selepas dua minggu di sini, ingin dibawakan pula pengkisahan yang menghimpit kehidupan disebalik kehebatan pembangunan Dubai itu. Ada yang membawa 'derita' kepada kebanyakan orang luar dan yang pastinya 'bencana' kepada rakyat tempatannya (yang dibuai kemewahan rezeki Allah kurniakan) dalam tempoh jangka panjang.

Dari lapuran yang dikeluarkan, sewa hartanah khususnya sewa rumah telah meningkat lebih 300% untuk tempoh 6 tahun yang lalu.... [Nota: Perlu diingatkan di Emirate, minda bisnes tuanpunya hartanah (juga polisi Kerajaan) memang bijak... sebelum masuk rumahnya, sewanya perlu dibayar untuk setahun terlebih dahulu!... dan sering terdengar kes di mana penyewa 'diarah kosongkan rumah' jika tidak berkenan dengan penyewa... atau ada peluang fulus lebih baik lagi!...]

Kelmarin, sempatlah mengelilingi 'batang' The Palm Jumeira (jalan masuk utama) yang mana menempatkan apartmen mewah (Dh2-5 juta seunit) yang mula diduduki pembeli /penyewanya... mungkin itu tidak sampai pun 10% pembangunan 'keajaiban dunia ke-8' itu. Terlintas di kepala ....'bagaimana gambaran lokasi indah ini apabila diusik sunami?'.....

Dua hari lalu, Gulf News menghimpunkan bahan-bahan berkaitan kos sara dan keluhan-keluhan hidup... pastinya non-Emirati. [Cuba teka: Berapakah nisbah non-Emirati dengan rakyat tempatan di Dubai?]Kesesakan jalanraya di Dubai? ...di waktu puncak, Sheikh Zayeed Road lebuhraya utamanya (4-6 lorong setiap hala) samalah dengan Federal Highway di KL... Tetapi, dek 'faham' dengan "dalam setiap kesulitan itu ada kebaikan (peluang, mengikut sistem kapitalis...atau teori-teori yang sewaktu dengan)" tentu sekali penasihat oportunis Tok Sheikh telah mencadangkan:

Pertama: Sebahagian laluan menghala ke Sarjah dan Abu Dhabi (2 emirate jiran yang menghubungkan Dubai) dikenakan tol sejak Jun lepas... Konsep tolnya lebih canggih dari uncleSami - beli stiker 'salik'...tidak payah pakai penghadang /pondok tol... lalu sahaja! Kalau tidak ada 'salik' tu, saman akan ekori...macam saman ekor PDRMlah!

Kedua: Apabila disesakkan lebuhraya... maka peluang bisnes 'airTaxi' (gambar atas) pun diwujudkan!... dilancarkan sempena Dubai Airshow ke-10 bermula esok.