minda.JUMAAT: riak

minda.JUMAAT kali ini membawakan secara ringkas intipati dari kuliah subuh yang dihadiri sebulan yang lalu...

Riak. Ia merupakan satu sifat atau naluri manusia yang dikurniakan Allah. Namun, ianya merupakan salah satu peralatan hidup yang dibekalkan untuk menjalani kehidupan di dunia yang bersifat sementara ini. Untuk apa? Untuk menguji tahap keimanan manusia!

Apakah perkara-perkara yang BERUPAYA menjerumuskan manusia ke kancah RIAK itu? Di antara lain punca-puncanya adalah melalui:

melakukan ibadat kepada Allah,
penonjolan ilmu dimiliki,
amalan sosio-ekonomi seharian,
suara dan tutur-kata,
tubuh badan dan paras rupa,
harta, pangkat, pencapaian, kebolehan...
dan juga BERPUAK-PUAK!

Semoga kita dijauhkan Allah agar tidak terjerumus dengan sifat-sifat riak di dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.