berjaya.gagal

Dalam ruang masa yang agak terbatas, ingin saya berkongsi lagi rahsia (daripada) minda usahawan (MINDApreneur) yang telah berjaya...

Sebelum ini, telah dibawakan aspek 'pelanggan platinum'. Pelanggan platinum ditemui setelah usahawan itu sendiri bertaraf platinum. Jadi apakah sebenarnya rahsia menjadi usahawan platinum itu?

Jawapan ringkas yang diberikan adalah "berjaya.GAGAL!"

Tanyalah mana-mana usahawan yang telah meraih kejayaan ke puncak, apa yang pasti salah satu dari resipinya adalah kejayaan mereka menguruskan kegagalan. Kejayaan tanpa kegagalan itu hilang manisnya. Kejayaan tanpa (sebarang) kegagalan juga memberi petanda awal sedang menuju kegagalan yang tidak mungkin dapat diselamatkan lagi!

Kejayaan sebenar (yang kekal) adalah berapa kali seseorang itu bangkit dari kegagalan yang membawanya ke puncak kejayaan. Setiap kali itu berlaku, akan bertambah kukuh dan mantap jiwa keusahawanannya...

Bangkit dari kegagalan itu memberikan tenaga yang diperbaharui semula!