KPI Dashboard

pelanggan platinum

Dalam keletihan sempat juga menonton siri ke-4 F1.2008 malam tadi - F1 de Catalunya secara langsung dari Sepanyol. Perlumbaan kali ini agak membosankan kerana insiden-insiden Safety Car yang 'mengganggu' momentum perlumbaan!


F1 itu sekadar selingan sahaja...

Lanjutan dari n3 semalam (pewaris bisnes) mungkin ada baiknya saya catatkan satu 'pengajaran' untuk dikongsi bersama - khususnya yang bergiat dalam bidang keusahawanan.

Ianya berkaitan dengan 'PELANGGAN PLATINUM'.

Proton adalah 'pelanggan platinum' kepada bisnes kawan saya itu. Cuba bayangkan betapa hebatnya komitmen pelanggannya hadir sama di sesi tersebut... dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari (hari Ahad pula itu). Bukan sekadar untuk 'merasmikan' majlis tetapi beliau (orang paling penting dalam pembangunan vendor Proton) memberikan ceramah motivasi, berkongsi maklumat bisnes semasa dan arahtuju bisnes automotif negara dan pasaran global...

Mengapa beliau begitu komited dalam membimbing vendornya? Jawapannya sama... Syarikat yang dilantik sebagai vendornya itu juga bertaraf 'platinum'! Ya, syarikat pembuat komponen kereta itu adalah salah satu dari sembilan 'Vendor Terpilih' (preferred vendor) dari sekumpulan 197 syarikat /vendor yang dikategorikan semula oleh Proton. Ianya berdasarkan kepada komitmen pengurusan, kecekapan operasi dan kualiti produk yang tinggi. Dan bukannya kerana saiz (besar atau kecil operasi pengilang itu).

Apakah status preferred vendor itu? Dari aspek bisnes ia membawa maksud: "...bisnes (pesanan bernilai) jutaan Ringgit telah tersedia!" Tugasnya hanya memenuhi terma penghantaran pesanan kontrak sahaja... Apa jua masaalah akan dibantu Proton, untuk mengatasinya - termasuk kenaikan harga bahan-bahan, demi menjamin keuntungan dan survival industri itu sendiri.

Dalam membangunkan usahawan (khususnya Melayu), komitmen tersebut bagi saya adalah sesuatu yang melangkaui tugasan biasa sebagai pelanggan. Komitmen luar biasa!
Tabik (pegawai) Proton tersebut!

Nota
1. Saya terlibat secara langsung (era tahun 1996/97) dalam merangka dasar /dan polisi program pembangunan usahawan TNB, Telekom dan Petronas.