kematangan emosi

Dalam coaching EQ selalunya di rujuk sebagai kematangan emosi. Kematangan emosi merujuk kepada keupayaan seseorang coach itu menterjemahkan emosi, memahami keluhan emosi dan juga menghidar atau meleraikannya dari meruntun coacheenya (jika perlu).

Dalam lain perkataan, kematangan emosi sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita melayari kehidupan ini. Ia juga menggambarkan betapa kita sebagai seorang insan mentadbir dunia ini, selaras dengan fungsinya sebagai khalifah di muka bumi.

Kematangan emosi (atau ketidakmatangannya) selalunya dizahirkan melalui perangai atau mood, dan juga tingkahlaku seseorang.

Seperti yang dijelaskan di entri yang lepas, EQ atau kematangan emosi merangkumi dua aspek penting - kematangan diri (peribadi) dan juga kematangan sosialnya.

Kematangan diri merujuk kepada keupayaan 'mengenali diri' dan keupayaan 'mengawal diri' sendiri. Sedangkan kematangan sosialnya pula berkait rapat dengan keupayaan seseorang itu 'memahami orang lain' dan keupayaan 'menguruskan perhubungan' tersebut.

Apa pula SQ?...kod penerbangan Singapore Airlines?
... tunggu di entri berikutnya.

Nota (kemaskini 24 April 2008, 8:00 pagi)
1. EQ = EI = emotional INTELLIGENCE, atau boleh diterjemahkan sebagai KECERDASAN emosi.

2. Adakah KECERDASAN dan KEMATANGAN itu membawa maksud yang sama? TIDAK! Mengapa?... ikuti entri-entri akan datang.