KPI Dashboard

nasi gunting, asam pedas

Tahun 2007 berbaki hanya 4 jam lagi...

Namun kisah ringkas tetapi signifikan ini dipaparkan sebagai kemuncak cross-entry sejak sumber.INOVASI.intelektual dilahirkan: Sabtu, 9 Jun 2007, jam 1:30 tengahari...

Signifikannya dunia siberku kini...melalui nasi gunting, asam pedas - sebagai contoh... dalam melayari baki-baki hidup yang Allah kurniakan! ...kearah MEMANDAIKAN BANGSA.

Alhamdulillah, Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

jimnastik minda

Selama 3 hari 2 malam bersama sekumpulan 20 orang pengurusan tertinggi sebuah syarikat (pengilang komponen kereta) milik Usahawan (Tulin) Melayu. Kami berkongsi ilmu dan pengalaman dalam merencanakan pelan transformasi bisnesnya bagi 15-30 tahun akan datang... sesi 'jimnastik minda' (management retreat).

Bisnesnya bermula dengan membekalkan kurang dari 10 komponen (bernilai RM13/sebuah kereta) 15 tahun lalu. Kini menjadi pengilang yang disegani yang membekalkan hampir 400 komponen - termasuk dalam bentuk modular.

Apa yang ingin dikongsi di sini adalah kekentalan semangat usahawan tersebut dalam mengharung beberapa tempoh 'pusingan merudum' persekitaran bisnes yang di luar kawalan. Juga, betapa sokongan ahli keluarganya ketika mereka diperlukan. Apa yang jelas beliau benar-benar belajar dari 'kegagalan' yang dialaminya.

Lebih menarik, dalam tempoh 3 tahun yang lalu isteri dan 3 anaknya meninggalkan jawatan eksekutif masing-masing (di syarikat-syarikat gergasi negara dan MNC) demi survival bisnes yang telah dibina di atas keringat yang membawa berkat.... sebagai sebahagiaan dari pengurusan penggantian terancang.

Ditanya apakah matlamat akhir bisnesnya?
Jawapannya mudah dan ringkas... "Mencari keredaan Allah"

[...dan bercita-cita membina sekolah dan hospital yang memberi manfaat kepada pekerjanya dan mereka-mereka yang tidak berkemampuan
]

minda.JUMAAT: adab berdoa

Pastinya telah banyak kita mempelajari atau membaca tentang adab-adab berdoa.

Namum, yang paling asasnya Allah telah mewahyukan seperti berikut:

"...Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas;

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya..."

Petikan maksud dari Surah Al-A'raf [7:55-56].

Nota: Lihatlah betapa hebatnya susun atur kalimah Tuhan dalam menggariskan 'DOs & DON'Ts'. Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar!

gerai asam pedas...

Kemudahan googleEarth dapat membantu kita menunjukkan lokasi melalui satelit... seperti juga fungsi GPS pada telefon bimbit.

Contoh di atas adalah imej satelit kedudukan Lot 85 (bukannya Gerai 38), Durian Daun Melaka - dari kedudukan Masjid Negeri...khusus untuk Prof Kamil dan semua peminat asam pedas Melaka (paling enak jika daging tetel yang kaya dengan kolestrol itu...)

Edisi kemaskini (31 Disember 2007):
...baca, baca dan bacalah!
Betapa 'kisah nasi gunting' menjadi penghubung dan ikatan kasih sesama insan yang ikhlas...
Betapa anugerah dunia siber dan kemudahanya mendidik hati-hati insan kamil...

laut biru lagi...

Sejak akhir-akhir ini strategi laut biru (BOS) menarik perhatian banyak pihak. Yang paling menarik ianya juga 'digilai' pihak sektor perkhidmatan awam...

Dua Profesor daripada INSEAD itu memperkenalkan BOS dalam tahun 2005, melalui penerbit Harvard Business School sebagai strategi pemasarannya... Dua konsep yang diperkenalkan mereka adalah:
a. How to create UNCONTESTED market space
[Bagaimana mengwujudkan pasaran TANPA SAINGAN]
b. Make the competition IRRELEVANT
[Jadikan saingan TIDAK RELEVAN]

Tertarik dengan entri Puan Sifu PTS tentang Nabi Muhammad dan BOS Ikuti juga ulasan-ulasan dari entri strategi laut biru Ahad lalu.

manifestasi haji

Jemaah Haji di Perhimpunan Arafah, Selasa 9 Zulhijjah 1428H [Foto: Reuters]

Ingin berkongsi intipati ilmu dari kuliah subuh Ahad lalu...

"...berkasih sayang kerana Allah,
benci kerana Allah; dan
memberi kerana Allah,
tidak memberi kerana Allah;
itu adalah tanda-tanda kesempurnaan iman..."

Pengorbanan Nabi Ibrahim adalah manisfestasi kehebatan kasih sayang kepada Allah. Justeru itu, ibadat haji merupakan suatu proses ingatan di atas kejayaan ujian besar baginda menentang syaitan laknatullah.

Larian Safa dan Maruah Siti Hajar adalah kekuatan dalam menjayakan misi suaminya. Hijr Ismail, lokasi Siti Hajar dimakamkan sebagai mercu tanda kehebatan seorang ibu mendidik anaknya.

Dan peristiwa korban itu adalah kisah kejayaan suatu institusi keluarga, yang mencernakan kecemerlangan dalam BERSEGERA dan KESUNGGUHAN untuk melaksanakan perintah Allah.

menuju Arafah

Esok 9 Zulhijjah, Hari Arafah (kalender Hijrah Malaysia 8 Zulhijjah)... perhimpunan tahunan terbesar di muka bumi! Sesiapa yang pernah ke sana, pasti ianya akan menjadi satu hari yang sentiasa menjadi ingatan dalam hidupnya... Filem minda di Arafah pasti menjadi filem book office esok.

Sama ada seseorang itu dijelmakan sebagai seorang insan kamil atau tidak banyak bergantung kepada episod-episod Hari Arafahnya... terlalu banyak untuk diceritakan! Namun, kisah-kisah Bab 27 hingga 32 yang dipaparkan Prof Kamil di Travelog Hajinya sudah pasti mengetuk pintu hati... walaupun telah 16 tahun berlalu...

Begitulah keajaiban kurniaan Allah. AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar!

Saksikan perjalanan jemaah haji menuju ke Arafah melalui GoogleEarth... Subhanallah!

strategi laut biru

Minggu lalu bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, berpeluang berkongsi sedikit ilmu bersama 33 pegawai kanan daripada sektor awam yang rata-rata berlatar belakangkan pengajian ilmu-ilmu Islam.

Di majlis penutup program, Tuan Pengarah ILIM di antara lainnya menekankan betapa perlunya ilmu pengurusan strategik dipelajari dan didalami. Ianya perlu agar penjawat- penjawat awam yang bertanggungjawab dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan Islam tidak 'perlekehkan'... Satu kenyataan yang terus dan telus!

Program tiga hari itu telah menjalin pengalaman baru berkaitan Pengurusan Strategik dan Kepimpinan, dari perspektif Islam dengan merujuk kepada model-model pengurusan barat. Apa yang membuatkan saya teruja adalah keinginan peserta untuk memahami tentang Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy).

Itu satu perkembangan yang amat baik [?]. Malah, ada pihak yang bertanggungjawab di sebuah negeri telah menekankan supaya semua penjawat awam negeri tersebut dibekalkan dengan ilmu BOS itu... al kisahnya.

Apa dia sebenarnya BOS itu? Bagi saya ianya merupakan suatu 'penemuan baru' keatas ilmu pengurusan lama... yang diperbaharui semula!

Dalam konteks pengurusan organisasi khususnya, ada beberapa kaedah dan model pengurusan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH digunapakai. Pilihan itu bergantung kepada persekitaran dan bisnes masing-masing. Justeru itu, apa yang penting adalah untuk memahami konsep ilmu itu sendiri... supaya tidak terperangkap dengan 'penjual surat khabar lama'!

Untuk kita faham BOS, kita juga perlu faham apa dia Red Ocean Strategy (ROS) dan beberapa model pengurusan strategik yang lain. Kepada yang berminat, kunjungi entri lalu DI SINI.

Ikuti juga kritik terhadap BOS Ocean Strategy, Red or Blue, belongs in the Dead Sea! ...untuk memantapkan kefahaman. Sebenarnya dalam pengurusan, tidak ada konsep atau model yang 'salah' atau 'betul'. Ianya bergantung kepada apa matlamat organisasi dan persekitaran bisnesnya, seperti yang dinyatakan di atas.

minda.JUMAAT: cahayaMU...

Baru sahaja selesai mengikuti ulasan buku secara live Prof Kamil di radio IKIM.fm... seperti biasa, slot 45 minit terakhirnya (9:15-10:00 malam) yang diberikan kepada Prof Selebriti kita itu dimanfaatkan sepenuhnya. Penuh perasaan, ketulusan dan semangat untuk berkongsi hasil tulisan Travelog Haji nya... yang sedang meletup letup tu!... minda.Jumaat pernah membuat ulasan khasnya; yang juga merupakan intisari perbualannya tadi... dan catatan selebriti itu pula di SINI.

Kali ini dibawakan kisah kejayaan seorang usahawan wanita, yang menjadikan doa sebagai teras keusahawaannya; dipetik dari buku ke-2 Puan Norlela Zubir. Beliau yang dimaksudkan adalah Puan Hajah Faizah Bawimi Sayed Ahmad tauke 'Beras Faiza' yang sinomim dengan program realiti TV3 Bersamamu.

Apabila selesai sahaja solat dhuha, yang dilakukan hampir setiap hari beliau akan berdoa:

"...Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktuMU,
Cahayanya adalah cahayaMU,
Kekuatannya adalah kekuatanMU,

Ya Allah, sekiranya rezekiku di langit, turunkanlah;
Sekiranya rezekiku berada di dalam bumi, keluarkanlah;
Apabila ia jauh, dekatkanlah;
Apabila ia dekat, permudahkanlah!

Dengan kebenaran dhuhaMU, cahayaMU, kekuatanMU dan kesucianMU!..."

PENGAJARAN: ...doa sahaja tanpa mengabdikan diri kepadaNYA mungkin tidak cukup.

PERADUAN senyum minda...

Setelah seseorang menasihati, di atas perasaan bertanggung jawab untuk tidak 'menjenakan' sesuatu bangsa (dalam bentuk apa sekali pun) dan selaras dengan aspirasi blog ini untuk MEMANDAIKAN BANGSA:... dukacita diumumkan bahawa:

PERADUAN senyum minda... dengan ini ditarik balik, berkutkuasa jam 6.00 petang tadi.
MOHON MAAF

Saya dengan ini berterima kasih kepada rakan-rakan pengunjung yang memberikan respon yang menggalakkan dalam tempoh 12 jam ia dibuka. Dirasakan bukan kerana tawaran tiket AirAsia itu...tetapi di atas dasar ingin menceriakan lagi kunjungan di sumber.INOVASI.intelektual.

Terima kasih khas kepada Puan Sifu dan Prof MKI, juri peraduan... Juga kepada rakan istimewa KS dan uncleJ... yang telah mempromosikan PERADUAN senyum minda...

Namun, tawaran 4 tiket AirAsia itu masih disimpan (sehingga 10 Disember 2007) jika KS dan uncleJ dapat mengadakan peraduan yang sesuai untuknya?

hari-hari jadi...

Redza, cucu pertama kini sudah 5.5 tahun...siang malam dengan legonya! Aishah, cucu ke 2 bercuti di Gold Cost di harijadinya yang ke-5 16 November 2007 lalu...Hari ini pula harijadi Hana yang ke-3, cucu ke-3. Lihatlah 'kenakalan' nya berebut laptop dengan atuknya. Perhatikan ekor rambutnya kerinting...

Tengah hari tadi bila berbual telefon, dikemukakan soalan "...atuk kat where?..." Sebenarnya dia masih beranggapan yang kami masih keluar pergi shopping di Dubai lagi...


26 November pula, harijadi emaknya sementara 11 Disember akan datang pula bapanya... jadi sebelum balik hari itu dijamakkan semuanya...

minda.JUMAAT: permudah urusan

Dalam entri Jumaat pertama November, sedikit amalan harian telah dikongsikan. Sebagai Jumaat penutupnya, komponen utama doa itu dikongsi kali ini...

"...Ya Allah, kurniakanlah kami nikmat iman, nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan masa!

...Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami (hari ini dan hari-hari mendatang) dalam mencari keredhaanMu. Lindungilah kami dengan kesabaran. Lindungilah kami dari segala bisikan dan kejahatan manusia serta bisikan dan kejahatan syaitan. Lindungilah juga kami dari fitnah dunia dan fitnah akhirat..."

Nabi s.a.w. mengajar kita supaya mengamalkan satu perkara yang mudah - "Jika kamu mempunyai sesuatu urusan, bersegeralah melakukannya pada pagi hari Khamis..."

Dan mulakan langkah untuk tujuan tersebut dengan membaca:
a. ayat akhir Surah Ali Imran (3:200);
b. Surah Al Qadr (97: 1-5); dan
c. Surah Al Fatihah (1:1-5).

InsyaAllah.

ringkas

Dalam kesempatan yang ada, ingin diulang rujuk dua entri dari Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan... Nasi Gunting dan Kata Mereka & TQ Prof Kamil di sini...

di mana kita?

Gambar di bawah juga ada kaitannya dengan teka-teki 'dubai vs iabud'...

dubai vs iabud...

Alhamdulillah, awal pagi tadi sampai semula di Subang Jaya...meninggalkan Dubai dan dua orang cucu yang mungkin akan tercari-cari atuk dan neneknya (seperti lazimnya) untuk beberapa hari ini... Gambarannya seperti gambar di atas: Dubai yang dilanda kabus (fog) musim sejuknya, beberapa hari terakhir di sana. Dalam kesempatan yang ada, telah dibawakan beberapa N3 minda.DUBAI dan salam.DUBAI. dan kemuncak kepada 'kegilaan' untuk Dubai-TER itu, dipaparkan gambar 'grand finale' kepada Dubai Airshow 2007 yang telah mencatatkan penjualan USD100 bilion... meletakkannya pada kedudukan No 1... yang telah pun memulakan kempen 2009 di lokasi barunya - Dubai World Centre (lapangan terbang 6 runway, dan terbesar di dunia... 2x luas Singapura).

Kita tunggu LIMA 2007 pula...

Tertarik dengan komen Lee Kuan Yew: "..kehebatan Dubai membina aviation hub dengan tenaga dan kepakaran terbaik dunia (yang 'disewa' dengan duit minyaknya)... tetapi Singapura dibangunkan dengan 'bertulang belakangkan' kepakaran anak tempatan (yang bertaraf dunia)..."

Baca lanjut minda Menteri Mentor itu di sini... untuk pembayang maksud "dubai vs iabud" yang cuba diketengahkan kali ini.

zeroPhobia

Lebih seminggu tidak ada N3 baru di sini... maaf kepada pengunjung setia. Terdapat sedikit gangguan pada sistem Etisalat ISP (2x5 juga dengan Streamyx) di kawasan tempat tinggal (khususnya di Jumeirah). Juga adalah sedikit 'komitmen' peribadi di sini. Beberapa entri yang di rangka akan di 'back-dated' mengikut turutannya kemudian... kerana masih tidak bolih upload gambar.

Sementara itu, ingin dikongsi satu perkara yang hangat di muka bumi sekarang... 'harga minyak yang pasti melepasi paras USD100'...

Mengapa paras USD100 itu menjadi 'ketakutan' atau fobia?

Masih ingat dengan YTK?... Year 2000 (bukannya, YES to Keadilan tuuu)... iaitu 'momokan komersial' kepada sistem ICT dalam proses peralehan dari 31 Disember 1999, 23:59:59 ke 00:00:01, 1 Januari 2000 . Momokan berbilion USD!

Tentu ada rasionalnya mengapa supermaket menandakan harga: RM1.99 /RM9.99 /RM99.99?
Mengapa pembeli merasakan harga RM9.99 itu lebih murah dari RM10.00?

Namun, dalam kehidupan kita angka 10 atau 100 itulah tanda 'cukup sifat' (perfection)... Tetapi mengapa dalam 'kuasa membayar' kita selalunya takut dengan 100? Setakat semalam, harga minyak dunia sudah pun mencapai USD99.29 ...tetapi apa yang pasti akan lari semula dari duduk ke paras 100!

Mengapa? Mungkin tulisan ringkas yang dipetik mengenai zerophobia ada logiknya dari perspektif psikologi. Bacalah, untuk tajam-tajamkan minda.

minda.DUBAI 6: berfikiran besar...


Kelmarin sempat ke Dubai Airshow 2007 - pamiran industri aeroangkasa ke-3 terbesar di Dunia... (akan sertakan beberapa video dan gambar kemudian). Namun beberapa maklumat yang menjadi headlines 2-3 hari lepas bolih diikuti di sini.

Airod adalah satu-satunya wakil Malaysia di situ. Satu lagi yang ada 'konten Malaysia' adalah di Roskosmos. Rasa amat teruja apabila mengunjungi pavilion tersebut, tetapi..... (akan beri tahu di N3 selanjutnya)

Apa yang menarik, adalah 'kerakusan' syarikat-syarikat penerbangan Timur Tengah dalam tempahan Airbus dan Boeing. Emirates yang kini syarikat penerbangan ke-7 terbesar di dunia (dan yang paling untung bisnesnya) dari aspek penumpangnya telah membuat komitmen pembelian lebih USD39 bilion di hari pertama lagi. Satu perkara yang amat ketara adalah sentimen 'politik serantau' amat mempengaruhi tempahan.... misalnya dari jumlah USD39 bilion itu hanya 10% dapat kepada Boeing! Boeing pun tidak ada pamirkan pesawat 'dreamliner' nya di situ. Mengapa?

Emirates mensasarkan untuk menduduki tempat pertama dalam tahun 2015.

Di hari ke-2, Dubai Aerospace Enterprise (melalui DAE Capital), entiti bisnes yang baru diwujudkan tahun lalu telah menempah 100 pesawat komersial Boeing dan fasiliti MRO (maintenance, repair & overhaul) untuk tujuan sewaan... bernilai USD13.7 bilion.

DAE juga adalah pengajur Dubai Airshow.... yang juga telah merangka dan melancarkan strategi untuk Dubai Airshow 2009 sebagai terbesar di dunia, selaras dengan penjenamaan semula Dubai World Central Aviation City - Al-Makhtom International Airport, 6-runway dan terbesar di dunia!

Begitulah sedikit gambaran dan semangat Dubai-TER... Mengapa dalam tempoh yang 'singkat' perkara-perkara seperti itu dapat direalisasikan? Renung-renungkanlah ungkapan jenaka yang menggambarkan 3 emirate utama di UAE berikut, yang mungkin ada kebenaranya:

"...Dubai = got money and got brain ...Abu Dhabi = got money but no brain? ...Sarjah = no money as well no brain!..."

Sab2: Setiap emirate ada polisi masing-masing (demi kedaulatan wilayah). Sebenarnya... tentang baik buruknya warga dan wilayah /emirate masing-masing. Akan disentuh dalam salam.Dubai N3 episod-episod terakhir di Dubai - agar pengunjung /pembaca blog ini dapat menajamkan lagi minda masing-masing...baca pemikiran Tok Sheikh di laman webnya

Buat permulaan, mungkin sudah tahu siapakah CEO Emirates, DWC, DAE.... rata-rata semuanya matSaleh: kerjanya beri idea-idea yang TER-...dan belanja!

salam.DUBAI 4: negara sendiri di negara orang...

Setelah 2 minggu berada di sini, barulah ada berita tentang Malaysia di akhbar-akbar harian UAE... dari Gulf News yang hariannya meliputi berita-berita serantau dan antarabangsa yang 'seimbang' hinggalah ke akbar harian percuma 7Days (yang amat terhad lapuran luar negaranya)...

Tentu sekali tentang perhimpuan 'Kuning Bersih' di DM yang tersekat... Di sertakan lapuran-lapuran versi UAE hari ini (Ahad):

Gulf News: Malaysian Polis turns water canon ...

7Days: Elections protest..

salam.DUBAI 3: inflasi, penginapan dan sengSARAHIDUP...

Dubai kota metropolis yang semuanya adaaa... Semuanya akan mengukir rekod TER-tinggi, -besar, -mahal, -pelik.... dan sebut apa sahaja yang tempat lagi sudah TER akan adalah penasihat Tok Shiekh beri cadangan... maklumlah, selagi kantongnya masih lagi berbilion-bilion dirham!

Selepas dua minggu di sini, ingin dibawakan pula pengkisahan yang menghimpit kehidupan disebalik kehebatan pembangunan Dubai itu. Ada yang membawa 'derita' kepada kebanyakan orang luar dan yang pastinya 'bencana' kepada rakyat tempatannya (yang dibuai kemewahan rezeki Allah kurniakan) dalam tempoh jangka panjang.

Dari lapuran yang dikeluarkan, sewa hartanah khususnya sewa rumah telah meningkat lebih 300% untuk tempoh 6 tahun yang lalu.... [Nota: Perlu diingatkan di Emirate, minda bisnes tuanpunya hartanah (juga polisi Kerajaan) memang bijak... sebelum masuk rumahnya, sewanya perlu dibayar untuk setahun terlebih dahulu!... dan sering terdengar kes di mana penyewa 'diarah kosongkan rumah' jika tidak berkenan dengan penyewa... atau ada peluang fulus lebih baik lagi!...]

Kelmarin, sempatlah mengelilingi 'batang' The Palm Jumeira (jalan masuk utama) yang mana menempatkan apartmen mewah (Dh2-5 juta seunit) yang mula diduduki pembeli /penyewanya... mungkin itu tidak sampai pun 10% pembangunan 'keajaiban dunia ke-8' itu. Terlintas di kepala ....'bagaimana gambaran lokasi indah ini apabila diusik sunami?'.....

Dua hari lalu, Gulf News menghimpunkan bahan-bahan berkaitan kos sara dan keluhan-keluhan hidup... pastinya non-Emirati. [Cuba teka: Berapakah nisbah non-Emirati dengan rakyat tempatan di Dubai?]Kesesakan jalanraya di Dubai? ...di waktu puncak, Sheikh Zayeed Road lebuhraya utamanya (4-6 lorong setiap hala) samalah dengan Federal Highway di KL... Tetapi, dek 'faham' dengan "dalam setiap kesulitan itu ada kebaikan (peluang, mengikut sistem kapitalis...atau teori-teori yang sewaktu dengan)" tentu sekali penasihat oportunis Tok Sheikh telah mencadangkan:

Pertama: Sebahagian laluan menghala ke Sarjah dan Abu Dhabi (2 emirate jiran yang menghubungkan Dubai) dikenakan tol sejak Jun lepas... Konsep tolnya lebih canggih dari uncleSami - beli stiker 'salik'...tidak payah pakai penghadang /pondok tol... lalu sahaja! Kalau tidak ada 'salik' tu, saman akan ekori...macam saman ekor PDRMlah!

Kedua: Apabila disesakkan lebuhraya... maka peluang bisnes 'airTaxi' (gambar atas) pun diwujudkan!... dilancarkan sempena Dubai Airshow ke-10 bermula esok.

minda.JUMAAT: bangunan tinggi akhiri zaman...

Jemaah Haji Malaysia kini telah mula berangkat ke tanah suci. Maka mulalah kesibukan dirasai penduduk di sekitar Kompleks Haji, Kelana Jaya...

Melihat bangunan-bangunan tinggi yang pelbagai rekaciptanya di sekitar Dubai teringat akan hadis yang berkaitan dengannya dan senario di sekitar Masjidil Haram, Mekah kini. Ikuti petikan entri berikut, yang mungkin ada manfaatnya kepada bakal-bakal haji dan hajjah (bukan setakat yang pergi tahun ini, tetapi yang telah menanamkan hasrat untuknya...).

Salah satu diantara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk bertemasya (melancung), bisnes, riya' atau mengemis...

"...Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya (melancung), orang yang berpunya untuk kepentingan bisnes, orang bijak untuk bermegah-megah (riya' dan menunjuk-nunjuk) dan orang miskin untuk mengemis..." [ Diriwayatkan oleh Anas r.a. ]

Justeru itu, berdoalah agar kita dihindarkan dari tergolong dalam tiga golongan itu. Bacalah buku nukilan santai Prof Kamil, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman sebagai panduan tambahan yang amat berguna sekali.

Dan kepada yang pertama kali /dan yang belum lagi ke tanah suci; jangan pula terperanjat dengan persekitaran Masjidil Haram sekarang...

Tidak ada (hari) pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan. [ Diriwayatkan oleh Abu Hurairoh r.a. ] . As-sa'ah (Hari Kiamat) tidak akan tiba – hingga manusia berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi [H.R. Bukhari]

Lihatlah bangunan-bangunan tinggi sekitar Majidil Haram yang telah siap dan yang sedang giat dibangunkan.

minda.DUBAI 5: banyak kegilaan...

Melawat Dubai ibarat pengembaraan cerita-cerita 1001 malam yang pernah digambarkan... Sektor pelancungan merupakan 30% ekonominya dan elemen ekonomi yang utama. Unjuran pertumbuhan ekonominya
11% tahun ini. Sasaran GDPnya pula (2015) adalah USD112 bilion.... Jadi tidak hairanlah kewujudan The Palm Jumeirah (yang ingin dikasifikasikan sebagai 'keajaiban ke-8 dunia')... yang di ikuti 4-5 projek tambak laut raksaksa yang lain semata-mata menyediakan prasarana sektor hartanah yang gila-gila!!!

Dubai kini menyediakan lebih 40,862 bilik dari 302 hotel dan 111 serviced apartment (maklumat setakat Dec 2006). Dan menjangkakan akan menarik 15 juta pelancung menjelang 2015... Apakah faktor tarikannya? ...Dubai, macam-macam adaaa!

Jika berkelapangan, lihat-lihatlah pasaran hartanah yang penuh dengan kegilaan itu di sini... bayangkan akhbar harian Gulf News itu diiringi 3 naskah tabloit hartatanah setiap hari (3x lebih tebal dari berita!)

Lihatlah salah tarikan pelancung yang unik, dalam pembinaan: Hydropolis

Renungan Firasat: Apakah penyakit yang utama datang menyerang tamadun manusia apabila PERLANCUNGAN menjadi keutamaan?

minda.DUBAI 4: jangkauan impian

Apabila dikatakan Tok Sheikh itu main ilmu 'kun-faya-kun' dalam membangunkan infrastruktur Dubai, ia bukanlah tanpa strategi yang kukuh... Sebagai contoh untuk adunan konsep persyarikatan berkesan, reformasi sektor awam telah dimulakan seawal 2000an. Bermula dengan bantuan kepakaran UNDP...

Satu perkara yang mungkin ramai di antara kita tidak sedari... Diplomat UNDP yang dipertanggungjawabkan itu adalah seorang rakyat Malaysia! Beliau adalah Dr Mohammad Emir dari Ampang.

Secara kebetulan berkenalan dengan Dr Emir di ruang siber 3 tahun lalu, ketika berkongsi pengalaman berkenaan BPR (business process reengineering). Dan semasa berada di Dubai tahun 2005 dijemput ke pejabatnya di Kementerian Kewangan dan Industri (MoFI) UAE. Selepas itu beberapa kali 'bertemu' di KLIA... insyaAllah, jika berkesempatan dalam minggu ini akan berjumpa beliau di pejabat.

Kini beliau berkhidmat sepenuh masa sebagai Penasihat kepada kerajaan UAE dalam aspek-aspek reformasi sektor awam.

Mungkin Burj Dubai merupakan jangkauan impian Tok Sheikh... Masih segar di ingatan apabila Dr M (ketika itu baru bersara) diberi penghormatan untuk 'meninjau' model Burj Dubai... liputan muka hadapan semua akhbar tempatan UAE. Setiap kali menaiki teksi di Dubai dan apabila tahu kita orang Malaysia, pemandunya akan tanya: "... do you know Dr Mahathir?..."

Mungkin pengunjung /pembaca boleh buat kesimpulan sendiri apa yang tersirat di entri kali ini, khususnya perenggan akhir di atas?

salam.DUBAI 2: kuatnya kuasa undang-undang...

Kita sering mendengar betapa 'tidak berdisiplinnya' orang-orang Arab dalam banyak hal? Tetapi lain pula di UAE, khususnya Dubai. Jangan main-main...

Cuba renung-renungkan sekilas catatan berikut:

Ambil contoh hukum jual rokok yang bakal di kuatkuasakan. Menjual rokok kepada mereka di bawah 18 tahun adalah suatu kesalahan. Jika sabit, denda Dh5,000 hingga Dh10,000! Kalau di tempat kita, itu mungkin hanya hiasan akta semata?...

Pernah dengar kisah seorang Akauntan dari Malaysia merengkok dalam tahanan polis /lockup, sejak sebelum puasa lalu hingga selepas raya lepas? Kesalahannya cuma tandatangan 'cek tendang' syarikat tempat dia bertugas sahaja! Baca disini untuk sebahagian kisahnya...

Kesalahan terafik di sini pun hukumnya penjara!... Dia orang ni tak main dengan Ops Sikap 1 ...10. Buat habis bohgeh je! (membuka ruang-ruang rasuah lebih luas lagi, mungkin).

Cuba buat begini: Didapai bersalah? Jail aje... Itu ubatnya!....

salam.DUBAI 1: permata hati...


Hari ini genap seminggu kami sampai di Dubai... ketibaan yang tidak dirancang! Perancangan Allah mengatasi segala. Dan selepas beberapa entri tentang Tok Sheikh dan mindanya, rasanya teringin pula bercerita tentang dua orang cucu dan persekitarannya.

Kali ini kisah Redza, 5 tahun. Cucu pertama. Dia baru masuk darjah 1 (Grade I) Jun lalu, di Emirates International School ...2 tahun lebih awal (kerana dia lulus peperiksaan untuk Grade tersebut). Dialah yang paling muda dalam kelasnya.

Rabu dan Khamis lalu, dalam sesi perjumpaan ibu bapa dan guru-gurunya, mendapat maklum balas yang amat menggalakkan. Cuma guru kelasnya, Ms Kotak (disebut 'kota' - dalam gambar bawah) beri tahu dialah yang paling 'bising' dalam kelas!... Mula-mula semeja dengan kawan-kawan lelakinya. Kemudian diletakkan dengan budak-budak perempuan. Serupa juga!... (nampaknya filem lebih 48 tahun lalu diulang-tayang... kisah datuknya!) Apatah lagi rupanya juga zerox datuknya...

Apa yang terlalu ketara, Redza itu lurus bendul budaknya! Jadi makanan adiknya sahaja... Sejak berumur dalam 2-3 tahun minat dengan lukisan /colouring... di tadika memang dapat 'bintang memanjang'. Tekun, kemas dan teliti.

Bila berumur 4 tahun minatnya pergi ke 'lego' pula... cepat sangat dia menyiapkan sesuatu objeknya. Kelmarin kami test dia dengan 4 jenis permainan/ lego ...termasuk untuk peringkat umur 14 tahun... disiapkan tidak sampai satu jam, sebelum tidur! (satu perangainya: tidak akan tidur selagi 'kerjanya' tidak siap) ...Lihat pada objek itu, rasa-rasanya kalau beri atuknya, belum tentu jadi!

Sejak lahir lagi kami sudah war-warkan dia sebagai Dr Redza... (datuknya kepunan dulu!). Di kesempatan akan datang akan bercerita tentang Hana (3 tahun). Kami panggil dia 'mem Arab'... hendak tahu? Ikuti entri salam.Dubai 3 nanti, insyaAllah.

Nota: Gambar atas sekali dirakamkan selepas Subuh, hari Sabtu - dari bumbung rumah... Burj Dubai (kiri) dan Burj Al-Arab (kanan).

minda.DUBAI 3: internetCity

Dubai Internet City (DIC) samalah konsepnya dengan Cyberjaya kita di Malaysia... yang lebih kurang sebaya. Dilancarkan dalam tahun 2000, kini DIC telah berjaya menghimpunkan lebih 1000 komuniti ICT tersohor di dunia... sebut aje, adalah mereka tu di Dubai: Microsoft, Cisco Systems, IBM, HP, Dell, Seimens, Sun Microsystems.... Sony Ericsson.Turut sama membangun adalah SME dari kalangan usahawan luar dan tempatan. Syarikat-syarikat tersebut diklusterkan mengikut sektor: Pembangunan Sofwer, Perkhidmatan Bisnes, Web, e-Dagang, Perundingan, Jualan & Pemasaran dan Perkhidmatan Sokongan (back offices).

Apa yang menarik dengan Dubai Internet City adalah persekitaran terancangnya - sama ada telah wujud atau sedang dibangunkan... Knowledge Village, Dubai Media City, Burj Al-Arab, The Palm-Jumeirah, Jebel Ali Port dan Dubai World Central International Airport (bukan sekadar menempatkan airport terbesar di dunia, tetapi dilengkapi dengan keperluan bisnes dan penginapan yang strategik...membangunkan 'Airport City' secara bersepadu). DWC akan dihubungkan dengan DIA melalui LRT /keretapi laju dari Jepun yang dijangka beroperasi September 2008.

Saya petik kata-kata Tok Sheikh, untuk gambaran mudahnya....


The mission of Dubai Internet City is to create an infrastructure, environment and

attitude that will enable Information and Communications Technology (ICT)

enterprises to operate locally, regionally and globally, from Dubai,

with significant competitive advantage.

"The 'attitude' dimension in our mission is vitally important.

It means approaching our customers and business partners with

a view to solving their problems."

HH General Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum,

minda.JUMAAT: doa harian ku..

Al-Quran, puasa dan solat adalah di antara amalan-amalan utama yang menghiasi (dan mengawal) persekitaran kita di alam kubur nanti...

semasa menunaikan fardu haji 16 tahun lalu, di hadapan kaabah terpacul ungkapan doa ini...

".... Ya Allah, jadikanlah Al-Quran temanku di alam barzah, penolongku di padang Mahshar dan pemimpinku di titian Syirat (yang menuju ke SyugaMu);

Kurniakan daku dengannya penawar dari segala penyakit rohani dan jasmani;

Kurniakan daku dengannya ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat; dan

Kurniakan juga daku dengannya hikmah dan wasillah dalam menjalani hidup ini....

Ya Allah, kurniakanlah kami dan zuriat kami darjat yang tinggi di sisi Mu dunia dan akhirat! (ulang 3x)..."

minda.DUBAI 2: kendalian enterprise

Resipi di sebalik kepesatan pembangunan infrastruktur di Dubai adalah konsep pengendaliannya. Emirate kecil itu dikendalikan sebagai sebuah enterprise atau unit bisnes - walaupun rata-rata kuasa eksekutifnya berkisar di kalangan kerabat Tok Sheikh.

Carta di atas menceritakan betapa polisi 'padang pasir terbuka' yang dibawakannya. Baca berita Emirates Today selanjutnya.

minda.DUBAI 1: survival Dunia Arab

Ramai di antara kita yang tahu tentang kepesatan pembangunan infrastruktur Dubai.

Dubai di awal 70an hanyalah sebuah lapangan terbang di tengah-tengah padang pasir yang popular, kerana untuk mengisi minyak... [masih teringat, ketika dalam perjalanan ke London Sept 1976 - muka dan badan berlumuran debu pasir ketika menuju ke bangunan terminalnya... ribut padang pasir!]

Mungkin tidak ramai di antara kita yang tahu tentang pembangunan pesat Dubai pula tidak tahu tentang siapakah arkitek megaCity itu!

Beliau adalah Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum - Naib Presiden dan Perdana Menteri, Emirates Arab Bersatu (UAE). Beliau juga adalah Raja (Pemerintah) Dubai...untuk tujuan n3, selepas ini dipanggil 'Tok Sheikh'.

Justeru itu, dalam kesempatan berada di Dubai untuk 3-4 minggu akan datang, minda.Dubai cuba membawakan aspek-aspek kekuatan pemikiran dan strategi Tok Sheikh.

Sebagai pembuka tirai, ikuti minda Tok Sheikh seperti paparan di atas. Baca lanjut di EmiratesToday

emergency: terpaksa ke Dubai...


Lebih 40 minit, berbaring ...tak boleh lelap. Macam ada yang tak kena...biasanya 5 minit dah belayar!...

Jam 12.10 pagi terima panggilan daripada anak sulung, Izzah di Dubai... keguguran kandungan anak ke tiganya... kini dalam perjalanan ke hospital....

Begitulah takdir Allah. Kami belum tiba masanya lagi untuk menerima cucu ke 4 (dijangka Mei 2008)

Segera ke komputer...cari tiket MAS, Emirates, Qatar... habis semuanya (sampai 2 Nov)!.. lari ke SIA: ada, tetapi 'terpaksa' ambil apa yang ada! Alhamdulillah.

Jadi, KLIA-Spore: 21:45 dan Spore-Dubai: dep 23:35 arr 02:55 (Ahad).

Nota: Sampai di DIA 2.23 pagi, Ahad. Jam 8.30 pagi ke Hospital... Izzah masih lagi boleh 'tersenyum' sebelum ditolak ke OT jam 11.00pagi.

minda.JUMAAT: jangan kalau berkalau...

Dalam satu hadis sahih yang diiwayatkan Muslim, Nabi s.a.w. mengajar kita dengan sabdanya yang bermaksud:

"Allah sudah mentakdirkan sesuatu, dan Dia berbuat mengikut apa yang dikehendakiNya".

Ketentuan Allah dalam sunnah kejadian adalah hebat. Terdapat berbagai-bagai rahsia dan hikmah di sebalik ketentuanNya. Apakah pengajaran dari hadis tersebut?

Kita diajar supaya tidak berpenyakit 'kalau berkalau'...

"Kalau aku buat macam ini, tentu tidak jadi macam itu..." Perlu dingat bahawa andaian-andaian selepas kejadian itu boleh mengundang dan membuka ruang untuk kita bersekongkol dengan syaitan di atas ketidakselesaan diri, yang ditimpa sesuatu perkara yang 'tidak diingini'. Astaghfirullah! Allahu Akbar!

Buku panduan ringkas 101 Doa dari Hadis-Hadis Sahih dan Al-Quran susunan Ust Zahazan Mohammed ini patut dimiliki sebagai panduan amalan harian kita.

Tafsir Al-Quran beliau setiap 6.30 pagi /diulang siar jam 7.30 malam (Isnin-Jumaat) di Radio IKIM.fM amat mudah dan membantu kita dalam memahami kandungan kitab suci itu.

Semoga maklumat yang dikongsi telah mendapat sedikit panduan, InsyaAllah.

tiru macam Prof Kamil...

Tabik! Prof Kamil.

Kalau sudah hebat, apa buat pun beliau kekalkan kehebatannya. Dan kalau anda sudah membaca Travelog Hajinya, tentu sekali petikan berikut ini tiada asing lagi... tentu miliknya!

...."Pada penghujung Ramadan, saya bangun di sekitar pukul 2.20 pagi dan berada di Masjid pada pukul 2.40 pagi. Sudah ada yang awal tiba meskipun ia tidak sampai sebelah jari. Saya melalui pengalaman tersebut dengan seribu pengajaran. Pada satu masa yang lain akan saya tulis pengalaman dan pengajaran ini yang mungkin tidak pernah diceritakan di dalam mana-mana buku agama. Khusus untuk mereka yang jahil, fakir dan tercari-cari jalan pulang".

"Saya bertanya kepada diri sendiri - apakah amalan yang menyeronokkan ini hanya khusus pada bulan ramadan semata-mata? Atau secara lebih spesifik: adakah hanya untuk 10 malam terakhir ramadan?"...

Bacalah Kemenangan beliau seterusnya.

Sebagai 'akujanji' ketika menerima TH-MSI di hari pelancarannya, awal pagi kelmarin sempat meninggalkan sedikit catatan dalam inboxnya... yang kemudiannya menjadi sebahagian dari entri-entri Travelog Haji beliau... dan di sini.

Itulah Prof Kamil!

Puan Ainon PTS telah 'mewartakan' beliau sebagai 'Profesor yang lain daripada yang lain'... Jadi, tirulah macam Prof Kamil - dalam penulisan santai...

Dr SMS ke Bumi 6.37 petang ini


Daripada: METRA SYAHRIL MOHAMED

MOSCOW 20 Okt. – Esok, seluruh perhatian rakyat Malaysia akan tertumpu di Kazakhstan dan Rusia bagi mengikuti laporan kepulangan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi selepas berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari.

Adalah menjadi harapan semua agar cosmonaut negara itu selamat pulang ke Bumi bersama dua angkasawan lain iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov melalui kapsul Soyuz TMA-10.

Kesihatan beliau ketika ini dilaporkan stabil dan baik serta sudah pun melakukan persiapan untuk menanti detik berlepas pulang ke Bumi.

Segala penyelidikan yang diamanahkan juga telah dilaksanakan dengan sempurna namun ada dua lagi kajian iaitu pengkristalan protein, sel tulang dan sel radangan akan ditamatkan menjelang pukul 4 pagi esok waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia).

Penyelaras Sains Hayat program penyelidikan untuk Program Angkasawan Negara, Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal berkata, Sheikh Muszaphar juga telah menyempurnakan penyelidikan hasil kerjasama Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Eksplorasi Angkasa Jepun (JAXA).

‘‘Kami, pasukan penyelidik termasuk pihak Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) dan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang memantau aktiviti Sheikh Muszaphar di ISS amat berpuas hati dengan pencapaian serta keupayaannya melakukan penyelidikan di angkasa.

‘‘Segalanya dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Sekalung tahniah untuk beliau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

A. Rahman berkata, sebagai angkasawan muda, kemampuan beliau melaksanakan penyelidikan di ISS dengan jayanya amat mengagumkan.

Sementara itu, di Moscow ketika ini, delegasi Malaysia termasuk pasukan penyelidik, kejuruteraan aeroangkasa dan perubatan sudah pun bersedia untuk menyambut kepulangan Sheikh Muszaphar.

Kapsul Soyuz dijangka mendarat ke Bumi pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia).
----------------------------
Berita pendaratan: contoh liputan Berita Harian 22 Oktober 2007

minda.JUMAAT: kelompok soleh


Untuk memulakan entri setelah seminggu 'berehat', minda.JUMAAT membawakan kepentingan dalam mendapatkan ilmu. Ilmu itu makanan rohani dan amalannya menjadi makanan jasmani. Apabila memiliki ilmu, amalan yang benar dapat dilakukan.

Ayat 83-85 dari Surah al-Syu'ara' Allah telah mengajar kita berdoa untuk tergolong dalam kelompok atau golongan yang soleh:

" Wahai Tuhanku, berilah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.

Dan jadikanlah daku daripada orang-orang yang mewarisi syurga Janatun-Naim."

Justeru itu, mendapatkan ilmu agama (ilmu yang baik) adalah permulaan kepada proses asas untuk mewarisi syurga Allah - setelah melaksanakan amalan terpuji di sisiNya; insyaAllah.

minda.JUMAAT: Allah terlalu hampir

Alhamdulillah, hari ini hari terakhir kita berpuasa. Genap 30 hari bagi tahun 1428H. minda.JUMAAT kali ini ingin bawakan kisah benar kaifiat amalan berdoa!

Selasa lalu 27 Ramadhan 1428 (9 Oktober 2007) turut serta meraikan pelancaran buku Prof Kamil di UiTM - "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" (TH-msi)...

Suasana sepi dan sebak menyelubungi Dewan Annexe UiTM, ketika Prof Kamil 'mendeklamasikan' Bab 31 bukunya: "Jamratul 'Aqabah - Mengubah Segalanya!" ... Sungguh menusuk kalbu. Terpancar ketulusan. Penuh kesungguhan!

Ia benar-benar menjadi pemangkin kepada persempadanan semula iman - bukan sahaja pengarang, tetapi setiap yang telah /dan akan mengalami pengalaman yang sama, atau hampir-hampir sama waktu dengannya... dan yang pasti juga tetamu lain di dalam dewan ketika itu.

Ada dua elemen penting yang telah berjaya dikongsi Pengarang TH-msi:

Pertama AMALAN BERDOA kepada Pencipta - Allah Yang Maha Mendengar, yang TERLALU HAMPIR dengan semua hambaNya. Yang menjadi benteng pemisah hanyalah sama ada 'nak atau tak nak' berdoa!

Elemen kedua menjadi pemacu kepada yang pertama. Ianya adalah kalimah peringatan yang diulang-ulangi Allah 31 kali di dalam Surah Al-Rahman: "Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?"

Kedua-dua elemen itulah adunan kimia yang mantap dan dibawakan secara santai dalam perkongsiaan pengalaman dan pembelajaran beliau di fardhu haji musim 1427H yang lalu...

Nabi Muhammad s.a.w telah secara jelas bersabda dan mengingatkan umatnya: "Doa itu senjata bagi Mukmin". Dan itulah yang digunakan Prof Kamil dalam merobah sempadan masa dan imannya!

Buku travelog haji (pertama serupanya dalam Bahasa Melayu) perlu dimiliki semua. Jadi, beli dan bacalah buku TH-msi... untuk mengetahui kandungannya.

Baca jugalah tulisan Mufti Perlis.... tentang konsep berdoa: "Allah itu terlalu hampir..."

Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk - surah al-Baqarah: 186.

perjalanan Dr SMS ke ISS...


Dr SMS dan krew Soyuz TMA-II selamat ke orbit....10.10.07 @ 2121, Alhamdulliah.


Tontonilah webcast /Astro 588 secara langsung perjalanan ke ISS sehingga 28 Oktober 2007

Malaysia ke ISS...hari ini


BAIKONUR (KAZAKHSTAN), 9 Okt (Bernama) -- Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35, dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Russia (ROSCOSMOS) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas esok.

Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang berasal dari Seremban itu akan berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Jamaludin Jarjis berkata pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada ROSCOSMOS yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.

Selain itu jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Russia.... [Berita lanjut]

Lagi berita di Berita Harian ...dan bandingkan berita terkini NASA mengenai Ekspedisi ISS ke XVI... Lapuran Khas di Utusan Malaysia dan theStar dan fakta-fakta Ekspedisi XVI Soyuz TMA-II dari persfektif RosCosMos (Russia).

salam Aidilfitri...

Ramadhan, yang telah melimpahkan
keberkatan dan keampunanNya;


Bagaimana kebebasan dari Api NerakaNya?
sedangkan tekanan, ujian dan cabaran...
Syawal, kini menghimpit sisa-sisa amalan!!!

Ya Allah, bebaskan kami dari azab api Neraka Mu!

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebagai tanda KEJAYAAN menempuh Ramadhan... Maafkan kami, jika ada tulisan yang mungkin menghiris MINDA

Gambar: Sab2 dan isteri Saripah, bersama cucu-cucu Hana, Redza dan Aishah... Diabadikan ketika diraikan semua anak-menantu sempena ulangtahun perkahwinan ke-30 di 'tepian' Burj al-Arab Dubai 30 Januari 2006.

50 tahun penerokaan angkasa lepas


4 Oktober 2007 merupakan ualangtahun ke 50 penerokaan angkasa lepas. Perlumbaan penerokaan angkasa di antara USA dan bekas Soviet Union bermula dengan perlancaran roket Sputnik 50 tahun lalu [klik INTERACTIVE FEATURES - 50th Anniversary of the Space Age]
Jelas kini kehebatan Russia dalam penerokaan angkasa yang disifatkan sebagai 'propaganda negara'. Penerokaan angkasa kini tidak lagi inisitif sesebuah negara secara persendirian - kerana kos yang teramat tinggi! Kewujudan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah bukti kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan sains angkasa sejagat.
Apa yang menarik, Malaysia selepas mencapai 50 tahun kemerdekaan memulakan langkah awal - yang jika ingin menjadi salah satu negara pemain di dalam bidang kajian sains angkasa mungkin terpaksa melalui proses pembangunannya 100 tahun lagi?.... Kenyataan ini mungkin menggembirakan beberapa pihak... perkataan 'spaceflight participant' kepada 'astronaut'
[Oct. 1, 2007: NASA astronaut Peggy Whitson, the first female commander of the International Space Station, prepares for an Oct. 10 launch with her Expedition 16 crewmate Yuri Malenchenko and Malaysia's first astronaut Sheikh Muszaphar Shukor. Whitson, and NASA's second female shuttle commander Pamela Melroy, will command a joint space station construction mission in late October].

Perlu di ingat, China selaku 'kuasa besar' baru masih lagi 'tidak dibenarkan' menyertai penerokaan ISS - akibat dari diskriminasi politik dan momok-momok USA dan sekutu-sekutu Baratnya!

Cuba banyangkan penglibatan Malaysia di dalam era penerokaan angkasa dalam tempoh 100 tahun dari sekarang? Ikuti jejak-jejak penerokaan 50 tahun angkasa lepas - kisah kejayaan dan tragedi dalam 'kerakusan' manusia menakluki angkasa raya.
Foto kredit: NASA, Space.com

minda.JUMAAT: hamba yang BERSYUKUR

Alhamdulillah, berjumpa semula, setelah tiga hari tidak berupaya memberikan entri baru... Dan di penghujung Ramadhan kita disarankan untuk memanjatkan doa kepada Allah, Yang Maha Mendengar doa hamba-hambanya!

Untuk menghindar diri dari kufur nikmat (yang mana kita akan terjebak dari tidak bersyukur ke atas nikmatNya), kita diajar untuk meneladani dan beriltizam dengan doa para Anbi'a. Salah satu contoh doa yang berkaitan adalah seperti berikut:

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku; dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu kedalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

Doa Nabi Sulaiman, yang diabadikan dalam Surah al-Naml - Ayat 19

indahnya ANGKAsaRAYA...









Hari ini masuk hari ke 19 kita berpuasa. Malam nanti tarawih yang ke 20... dan masuklah kita ke fasa ke 3 bulan Ramadhan. Permohonan setiap yang telah mendapat Rahmat dan KeampunanNya, pasti pula inginkan dilepaskan dari azab api Neraka Allah!... Namun, di fasa ke 3 inilah ramai di antara kita yang tewas... tewas kerana angka hari untuk beraya semakin hampir.
Kali ini kita bicara pula betapa indahnya ANGKAsaRAYA, buka pasal raya... Program angkasa lepas yang di kendalikan Agensi Angkasa Persekutuan Russia, dalam bahasa mereka di panggil Roskosmos (RKA) - samalah seperti NASA bagi Amerika Syarikat - adalah program jangka panjang.
Tertarik dengan program mereka menanamkan minat kanak-kanak dengan sains angkasa lepas... yang mereka sifatkan sebagai satu 'propaganda' Negara. Dan di Gagarin Cosmonaut Training Centre (GCTC) Star City, berhampiran Moscow ada program "GCTC for Kids" - yang dengan tagline bermaksud "Relay for Stars".
Lihat dua imej di bawah itu: proses memantapkan minda dengan melihat keajaiban alam dan kreativiti minda dalam logo "surat untuk krew ISS"...
kuizMINDA ISS XVI ke2:
a. apakah falsafah Program Angkasawan Negara (PAN)?
b. mengapa Russia meletakkan program angkasanya sebagai satu propaganda?
c. PAN itu projek penanda aras (benchmarking) kearah Visi2020 atau politik?

kuizMINDA misi ISS XVI - Siri I

Berikut adalah jawapan kepada kuizMINDA semalam:

a. Ya, seperti gambar di atas, krew Malaysia yang dikategorikan sebagai spaceflight participant membawa misi 'Malaysia Boleh'... yang akan berada di ISS untuk tempoh 12-21 Oktober 2007. Sedangkan 5 krew lain dari Russia dan USA akan berada di ISS untuk tempoh lebih 6 bulan - termasuk aktiviti berjalan di ruang angkasa, bagi tujuan pemasangan modular ISS selanjutnya.

b. Eksperimen yang akan lakukan di ISS di antaranya:
i. sains kehidupan... C-Elegans
ii. sains fizikal... penyinaran
iii. teknologi makanan... food tray in space (FTS)
iv. perubatan angkasa... kesan biologi

c. Krew Malaysia dijangka terlibat dengan aktiviti-aktiviti di atas (untuk tempoh 10 hari pertama sahaja...), juga... macam-macamlah: nak main gasinglah, nak teh tariklah, Malaysia boLEH katakan! (bab ni kita tunggu apa sebenarnya berlaku)


Bacalah Kenangan Terindah Sarah, penuntut perubatan tahun akhir di Moscow bersama krew dan saintis Malaysia...yang datang berbuka puasa di asramanya tiga hari lalu.

Stesen Angkasa Antarabangsa: misi ke XVI


Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mengelilingi orbit 330km dari aras bumi. Kini menjadi pelantar penyelidikan angkasa sejagat - yang dipelopuri USA, Russia, Jepun, EU, Perancis, Canada. Stesen tersebut dibangunkan secara modular, bermula 20 November 1998. Terakhir adalah 8 Ogos lalu melalui misi ke XV yang telah berada di sana sejak 19 April 2007 - dijangka kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007. ISS telah berada di orbit lebih 3236 hari (setakat hari ini).


Klik di sini untuk profil krew misi ke XVI yang akan menaiki roket pelancar Russia Soyuz TMA-II ke ISS dijadualkan pada 10 Oktober nanti.


kuizMINDA Misi XVI
a. Cuba amati logo didada kanan krew... Apa perbezaannya
b. Apakah aktiviti-aktiviti dan penyelidikan utama misi XVI
c. Apakah aktiviti-aktiviti krew dari Malaysia semasa berada di ISS untuk tempoh 10 hari itu

Nota: Krew dari Malaysia akan mengiringi krew misi ke XV balik ke bumi nanti...

minda.JUMAAT: doa para NABI


Jika diamati, Al-Quran menunjukkan kepada kita pendekatan dan adab-adab berdoa para Nabi. Mereka membuka dan menutup doa masing-masing dengan pujian terhadap segala SIFAT KESEMPURNAAN Allah.

Pujian yang dilakukan itu mempunyai kaitan dengan bentuk permohonan yang dihajatkan. Ada juga pujian-pujian tersebut diletakkan di pertengahan doa mereka.

Kita lihat betapa indahnya doa Nabi Ibrahim a.s. yang diukir Allah di dalam Surah Ibrahim (14:38-41), yang maksudnya seperti berikut:

"Wahai Tuhan kami! Sememangnya Kamu mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan. Tidak tersembunyi pada Kamu sesuatu pun di bumi dan di langit.

"Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan padaku, di kala ku sudah tua, Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar doa.

"Wahai Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan solat, juga di kalangan zuriatku, wahai Tuhan kami, terimalah doa.

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah aku, dan dosa kedua ibu bapaku dan dosa-dosa orang beriman pada hari Hisab".

cara berfikir: AKAN DATANG bermula HARI INI

Bicara minda.STRATEGIK telah menyentuh agak panjang berkaitan 'Persekitaran Yang Sentiasa Berubah' (pYSB), iaitu komponen luaran dalam model sistem berfikir yang ditunjukkan semula di bawah ini. Telah disentuh juga di antara lainnya analisis persekitaran makro PEST - Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi.

Telah dijelaskan betapa PEST mempengaruh dan memacu kekuatan pemikiran strategik - fikir perkara-perkara yang tidak terfikir - idaman masa akan datang. Apa yang pasti proses pemikiran bermula berdasarkan apa yang di hadapan mata hari ini. Ingatkan ungkapan ini: Akan datang bermula hari ini!... Ini asaslah berfikir secara strategik.
Hari ini adalah input. Akan datang adalah output. Input itulah kerangka proses pembangunan berbagai-bagai STRATEGI. Kepelbagaiannya adalah hasil dari pYSB...

Entri-entri akan datang akan memberi fokus kepada aspek-aspek strategi.