strategi laut biru

Minggu lalu bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, berpeluang berkongsi sedikit ilmu bersama 33 pegawai kanan daripada sektor awam yang rata-rata berlatar belakangkan pengajian ilmu-ilmu Islam.

Di majlis penutup program, Tuan Pengarah ILIM di antara lainnya menekankan betapa perlunya ilmu pengurusan strategik dipelajari dan didalami. Ianya perlu agar penjawat- penjawat awam yang bertanggungjawab dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan Islam tidak 'perlekehkan'... Satu kenyataan yang terus dan telus!

Program tiga hari itu telah menjalin pengalaman baru berkaitan Pengurusan Strategik dan Kepimpinan, dari perspektif Islam dengan merujuk kepada model-model pengurusan barat. Apa yang membuatkan saya teruja adalah keinginan peserta untuk memahami tentang Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy).

Itu satu perkembangan yang amat baik [?]. Malah, ada pihak yang bertanggungjawab di sebuah negeri telah menekankan supaya semua penjawat awam negeri tersebut dibekalkan dengan ilmu BOS itu... al kisahnya.

Apa dia sebenarnya BOS itu? Bagi saya ianya merupakan suatu 'penemuan baru' keatas ilmu pengurusan lama... yang diperbaharui semula!

Dalam konteks pengurusan organisasi khususnya, ada beberapa kaedah dan model pengurusan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH digunapakai. Pilihan itu bergantung kepada persekitaran dan bisnes masing-masing. Justeru itu, apa yang penting adalah untuk memahami konsep ilmu itu sendiri... supaya tidak terperangkap dengan 'penjual surat khabar lama'!

Untuk kita faham BOS, kita juga perlu faham apa dia Red Ocean Strategy (ROS) dan beberapa model pengurusan strategik yang lain. Kepada yang berminat, kunjungi entri lalu DI SINI.

Ikuti juga kritik terhadap BOS Ocean Strategy, Red or Blue, belongs in the Dead Sea! ...untuk memantapkan kefahaman. Sebenarnya dalam pengurusan, tidak ada konsep atau model yang 'salah' atau 'betul'. Ianya bergantung kepada apa matlamat organisasi dan persekitaran bisnesnya, seperti yang dinyatakan di atas.