KPI Dashboard

minda.DUBAI 6: berfikiran besar...


Kelmarin sempat ke Dubai Airshow 2007 - pamiran industri aeroangkasa ke-3 terbesar di Dunia... (akan sertakan beberapa video dan gambar kemudian). Namun beberapa maklumat yang menjadi headlines 2-3 hari lepas bolih diikuti di sini.

Airod adalah satu-satunya wakil Malaysia di situ. Satu lagi yang ada 'konten Malaysia' adalah di Roskosmos. Rasa amat teruja apabila mengunjungi pavilion tersebut, tetapi..... (akan beri tahu di N3 selanjutnya)

Apa yang menarik, adalah 'kerakusan' syarikat-syarikat penerbangan Timur Tengah dalam tempahan Airbus dan Boeing. Emirates yang kini syarikat penerbangan ke-7 terbesar di dunia (dan yang paling untung bisnesnya) dari aspek penumpangnya telah membuat komitmen pembelian lebih USD39 bilion di hari pertama lagi. Satu perkara yang amat ketara adalah sentimen 'politik serantau' amat mempengaruhi tempahan.... misalnya dari jumlah USD39 bilion itu hanya 10% dapat kepada Boeing! Boeing pun tidak ada pamirkan pesawat 'dreamliner' nya di situ. Mengapa?

Emirates mensasarkan untuk menduduki tempat pertama dalam tahun 2015.

Di hari ke-2, Dubai Aerospace Enterprise (melalui DAE Capital), entiti bisnes yang baru diwujudkan tahun lalu telah menempah 100 pesawat komersial Boeing dan fasiliti MRO (maintenance, repair & overhaul) untuk tujuan sewaan... bernilai USD13.7 bilion.

DAE juga adalah pengajur Dubai Airshow.... yang juga telah merangka dan melancarkan strategi untuk Dubai Airshow 2009 sebagai terbesar di dunia, selaras dengan penjenamaan semula Dubai World Central Aviation City - Al-Makhtom International Airport, 6-runway dan terbesar di dunia!

Begitulah sedikit gambaran dan semangat Dubai-TER... Mengapa dalam tempoh yang 'singkat' perkara-perkara seperti itu dapat direalisasikan? Renung-renungkanlah ungkapan jenaka yang menggambarkan 3 emirate utama di UAE berikut, yang mungkin ada kebenaranya:

"...Dubai = got money and got brain ...Abu Dhabi = got money but no brain? ...Sarjah = no money as well no brain!..."

Sab2: Setiap emirate ada polisi masing-masing (demi kedaulatan wilayah). Sebenarnya... tentang baik buruknya warga dan wilayah /emirate masing-masing. Akan disentuh dalam salam.Dubai N3 episod-episod terakhir di Dubai - agar pengunjung /pembaca blog ini dapat menajamkan lagi minda masing-masing...baca pemikiran Tok Sheikh di laman webnya

Buat permulaan, mungkin sudah tahu siapakah CEO Emirates, DWC, DAE.... rata-rata semuanya matSaleh: kerjanya beri idea-idea yang TER-...dan belanja!