KPI Dashboard

buku.buku..buku...

Sempat menjenguk-jenguk ke Plaza Senayan /Senayan City, salah satu kompleks membeli-belah (5*) yang tidak kurang hebatnya. Matlamat utama adalah untuk mencari makan (tengahari) dan membelek-belek buku, buku, buku... (Sesuatu yang menjadi amalan apabila ke luar Negara)

Kedai buku Kinokuniya meliputi hampir separuh ruang di tingkat 5 kompleks Sogo. Fokus adalah di bahagian buku-buku Indonesia. Dari jauh nampak jelas apa yang dipamirkan... tajuk-tajuk 'best seller' (bahasa Inggeris)! Apabila membeleknya... rupa-rupanya buku terjemahan ke dalam bahasa Indonesia. Banyak sekali buku-buku bentuk itu - tetapi amat kurang (dalam Bahasa Melayu) di tempat kita...

Disebabkan kesuntukan masa, tidak dapat 'mengulat buku' lama di situ. Capai 5 buah... Rp250,000 sahaja (agak murah berbanding di Malaysia) - 2 buah darinya untuk Sifu PTS :

1. Barack Obama - Menerjang Harapan: Dari Jakarta Menuju Gedung Putih [The #1 New York Times Bestseller]
2. Habiburrahman El Shirazy - Di atas Sajadah Cinta [sudah 18 kali diulang cetak!]

...Al-Fatihah

Hilangnya sebutir permata yang
memperjuangkan kebenaran Illahi...

SHAH ALAM 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas hampir 21 jam dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim berkata, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.50 petang akibat pendarahan dalam kepala. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.

Sumber: Maklumat didapati Di Sini dan DI SINI

30108=32

32 tahun lalu, jam 10:00 malam hari Jumaat di Kampung Krubung Melaka kami diijabkabulkan...Hari itu adalah
Tahun Baru Cina 1976
Alhamdulillah, kini daripada zuriat kami - Izzah (suami Remee), Azzam (isteri Liza), Azlin (suami Hafiz) dan Idayu; kami dikurniakan 3 orang cucu - Redza, Aisyah dan Hana.
Idayu baru sahaja memulakan kerjaya
dengan IBM sejak tahun lepas.

SEMOGA KEHIDUPAN KAMI DAN ZURIAT KAMI
DIBERKATI ALLAH
- di dunia dan di akhirat, isyaAllah

Nota
1. Kek ulangtahun di atas merupakan 'surprise' sebelum kami ke Airport Dubai untuk balik ke Malaysia tempoh hari.

2. Kenangan paling manis adalah ketika ulangtahun ke-30 - disambut bersama semua anak cucu di Jumeira Beach Hotel, Dubai.

3. Secara kebetulan, ulangtahun kali ini kami 'jejaki alami' menerusi salam.Jakarta - penerbangan percuma AirAsia...

air gunung berapi

Lari ke Bandung (2H1M) sebenarnya sebagai memenuhi impian... untuk melihat kawah gunung berapi yang masih aktif (dari dekat) dan berendam di dalam air gunung berapi!Kami ke Gunung Tangkuban Parahu (Perahu Karam dalam dialet Sunda). Menginap di Sari Ater Hot Spring Resort, Ciater Subang (10km di kaki gunung)... tak sangka pula 'balik' ke Subang... Sistem bekalan airnya dari sumber alami ...sejuk dan panas (belerang).

Tangkuban Parahu itu ada kaitannya dengan lagenda purba Sasakala Sangkuriang...(versi Indonesia)
Selepas subuh (05:00) kami berdua (sahaja ketika itu) 'berendam' sepuas-puasnya di pancuran dan air terjun... Suhu di antara 39-42 deg C.

nasi sunda...

Jam 09:00, selepas jenazah Pak Harto diterbangkan ke Solo untuk diberi kehormatan terakhir seorang Negarawan, kami pula menuju Bandung... (hendak cari air batu bandung!)

Melalui lebuhraya Jakarta-Bandung, perjalanan 200km itu selalunya mengambil masa paling cepat 2 jam. Namun (supir baru) dengan Kijangnya (...Toyota Inova) 1.5 jam sudah melewati Bandaraya Bandung!... terpaksalah cuit Mem untuk kenakan tali pinggang (kami duduk di seat belakang)... serta berzikir sepanjang perjalanan!

Pemandangan kehijauan sawah padi amat melegakan. Tanah pertanian subur menuju Bandung itu kehitam-hitaman (berbanding kemerah-merahan ke Bogor).

Kali ini 'jalan-jalan cari makan' (makan tengahari) menikmati pula hidangan Sunda 'asli' di Laksana...yang terkenal itu.

Di antara menu specialnya: Sup Buntut Sapi (...sup ekor sapi...pertama kali merasa sapi), ikan sungai (semacam ikan talapiah) bakar berempah - dihidang bersama cecahan cili api... bukan sahaja berpeluh, tetapi cucuran air mata kepedasan!

Perhatikan konsep sajiannya: duduk sahaja segala yang ada di kedai itu terhidang. Cuma pilih yang mana berkenan seleranya...

detik 13:10

Selepas makan tengahari di Podok Laguna (No 45, Jln Batu Tulis Raya, Jakarta Pusat) kami dimaklumkan Pak Harto telah meninggal dunia... jam 13:10 (waktu Indonesia Bahagian Barat). Hanya Al-Fatihah yang diiringkan.

Keenakan ikan laguna special tadi rasanya berlalu begitu sahaja...

Sejak saat itu bermulalah liputan mengenai kehebatan jasa-jasa dan kebaikan Pak Harto. Semua stesen radio (yang dapat diikuti dalam kereta) melapurkan berita yang sama. Begitu juga semua stesen TV... semalaman boleh dikatakan tiada siaran lain.

Indonesia berkabung selama seminggu, namun urusan harian seperti biasa.

Nota:
al-kisahnya lumrah dunia... kehebatan seseorang (pemimpin) itu rupa-rupa tertutup kok kesilapan yang dilakukan semasa hayatnya, tetapi tertutup kesilapan itu apabila tiada lagi?

Ikuti salah satu liputan TV DI SINI

damai minda

Semalam seharian di Bogor...mencari damai minda. Perjalanan melalui lebuhraya 3-lorongnya itu mangambil masa hampir 2 jam dari Jakarta. Bogor (nama Belandanya Buitenzorg) adalah wilayah yang subur tanah pertaniannya. Pisang, ubi kayu, keledek dan jagung manis ada di mana-mana. Segar mata memandang kehijauan tanaman tersebut di sepanjang perjalanan.

Destinasi utama adalah Kebun Raya Bogor (KRB, botanical gardens), bersebelahan Istana Bogor (1745) yang banyak sejarah silamnya. Keluasannya hampir 90 hektar. Taman itu bermula dengan tanaman pokok-pokok Canarium Vulgare. Kini berusia 190 tahun. Kami dipandu-arah oleh Pak Djenudin petugas berpengalaman di KRB. Maklumat lain baca DI SINI

Selepas 2.5 jam berjalan dan menjelajahinya, apa yang dapat digambarkan adalah kebenaran ayat "...many world class exhibits" (seperti yang dinyatakan di dalam buku panduan KRB). Kehebatan penciptaan Illahi dapat disaksikan di situ... Itu baru satu benda, iaitu pokok!

Mengapa saya suka dengan pokok? (sehingga 'bersusah payah' ke Bogor). Sebenarnya pokoklah yang menjadi sumber inspirasi (dan menjadikannya sebagai anologi) dalam memahamkan kumpulan sasar /khalayak, ketika berkongsi ilmu dan pengalaman tentang konsep Balanced Scorecard (BSC).

BSC adalah alat pengurusan digunakan untuk merealisasi dan melaksanakan strategi secara berkesan. Selalunya di akhir program, salah satu soalan yang akan ditanya adalah "Apa dia BSC?" ...dan jika jawapan mereka adalah "POKOK" - saya menarik nafas lega dan melafazkan Alhamdulillah!

Nota: Gambar di atas adalah salah satu contoh dari beberapa papan tanda motivasi minda yang dipasang di dalam kawasan KRB (yang sengaja dipaparkan di tepi tasik buatan, di belakang Istana Bogor)... fikir-fikirkanlah!

Betapa air-mata dan mata-air itu saling tangis-tangisan menghadapi dilema "pemanasan global" hasil dari kekejaman manusia...

salam.Jakarta: intro...

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta bermulanya suatu pengalaman baru... Ia mengambil masa 55 minit untuk tiba di 'Golden Triangle' Jakarta. Hotel kami hampir dengan Kedutaan Malaysia (sengaja dipilih ke situ)...

Pemandangannya hampir serupa dengan kebanyakan tempat kita - di mana ramai pekerja-pekerja Indonesia tinggal... Kota metropolitan yang sesak - dengan manusia, kenderaan di jalanraya dan pencemaran udara yang agak ketara...

Dicelah-celah kehidupan rakyat 'marhaen' itulah terasa betapa bertuahnya kita hidup di Malaysia! Alhamdulillah.

Nota:
1. Tiba-tiba impian menjadi jutawan 'termakbul'!... (hah hahhh! - apabila sampai ke Indonesia forexnya Rp1Juta=RM355). Ketika ke Medan dahulu 'tidak begitu terasa'...

2. Untuk memastikan tidak 'hilang' dari kunjungan siber, saya gunakan sahaja kemudahan IBB (internet broadband) langsung dari bilik hotelnya: Rp70,000/jam atau Rp115,000/24 jam... jauh lebih 'murah' dari tercari-cari cybercafe!

minda.JUMAAT: nilai ilmu

Dipanjangkan intisari kuliah Maghrib di masjid kari'ah saya. Kali ini daripada Ustaz Rozaiman.

Beliau mengupas beberapa perkara yang insyaAllah dapat membantu kita di alam kubur nanti.... Di antaranya amal (jariah), ilmu yang disumbangkan (selaku orang alim) dan doa (serta perbuatan) daripada anak-anak yang solih...

Dikisahkan, anak murid kepada seorang alim (mufti) bermimpi perihal gurunya didatangi malaikat (di malam pengkebumian gurunya)...

Malaikat: "Siapa tuhan kamu?" (soalan bocor yang semua orang telah tahu)
Mufti: Lidahnya kelu, tidak dapat jawab (walhal perkara itu yang tidak putus-putus diajarnya)
Malaikat: "Siapa tuhan kamu?"
Mufti: Tetap tidak dapat menjawab!
Malaikat: "Siapa tuhan kamu?" [..dan telah bersedia untuk melakukan siksaan kubur ke atas mufti itu!]

Tiba-tiba muncul seorang pemuda, sepantas kilat menjawab... jawapan yang sentiasa kita semua dengar (dan diajarkan) setiap kali imam membaca talkin di kubur...

Malaikat: Pantas beredar dari situ kerana malu dengan kepetahan pemuda itu menjawab!
Mufti: "Wahai orang muda, siapakah gerangannya engkau?"
Pemuda: "Akulah segala amalan dan kebaikan kamu semasa di dunia dahulu!"
Mufti: "MasyaAllah! Mengapa lambat sangat engkau sampai?"
Pemuda: Dengan rasa serba salah (dan mohon maaf terlebih dahulu) menjawab...
"Amalan kebaikan yang kamu lakukan itu adalah kerana bayaran (yang kamu tuntut)!"


Nota:
1. Memang besar amanah dan mulianya tanggungjawab keatas orang-orang yang berilmu menyampaikan ilmu yang ada, khususnya ilmu-ilmu agama.

2. Dilema mereka-mereka yang memiliki ilmu agama dapat dipetik dari cerita di atas. Namun tentu ada jalan penyelesaiannya! ...amatilah contoh berikut:

Sebagai seorang suami (dan ketua keluarga, dari segi hukumnya), adalah menjadi tanggungjawab untuknya memberi didikan agama kepada isteri dan anak-anak (termasuk diri sendiri, jika masih lagi merasa kekurangan). Namun di atas sebab-sebab tertentu (selalunya dari segi ilmu dan kesempatan) tanggungjawab itu 'disub-kontrakkan' kepada seorang ustaz (yang datang ke rumah)...

Apakah adab penyelesaian (yang diajar Islam) dalam situasi sedemikian?
a. Ustaz tersebut seharusnya TIDAK 'meletakkan' harganya (sebagai upah mengajar ilmu-ilmu agama tersebut);
DAN
b. Si suami pula perlu sensitif ke atas 'upah yang perlu dibayar' kepada Ustaz tersebut, TANPA bertanya berapakah upahnya (kepada Ustaz).

Moga-moga menjadi panduan bersama, insyaAllah.

tiada tanah rata...

Hari ini, ungkapan 'peluang sama rata' (a level playing field) hanya tinggal dalam bentuk perkataan sahaja...baik dalam politik, bisnes atau pun organisasi. Setiap detik hidup dan persekitaran kita dihambat perubahan... dan jika tidak mahu akur dengannya, pasti "dipaksa" untuknya - dalam berbagai-bagai bentuk!

Sering terdengar bijak pandai berkata: "Yang kekal hanyalah (perkataan) PERUBAHAN (change) itu sahaja!"

Justeru itu, dalam menangani isu persaingan khususnya dalam bisnes banyak telah diperkatakan tentang penerokaan di laut biru. Strategi laut biru adalah pendekatan di mana kitalah satu-satunya pemain tunggal yang 'menikmati' kebebasan penerokaan. Tiada pesaing! Realitinya adakah itu wujud? Jawapannya tidak!

Hakikatnya adalah bagaimana keupayaan kita untuk "menyendengkan" ketidaksamarataan itu... yang akhinya pasti menyebelahi di pihak kita! Proses itu dinamakan sebagai inovasi.

Untuk mudah faham, lihat sahaja penerokaan PTS di dalam M-book /Fonovela DI SINI Tabik Puan Sifu PTS!

Kita sambung di pertemuan akan datang, InsyaAllah.

epelijau, darah tinggi...

Membaca kisah epel hijau di blog Prof MKI, teringat tentang soalan beliau hampir dua minggu lepas... Bagaimana menguruskan tekanan darah tinggi, berdasarkan entri 08108 saya.

Secara ringkas, berikut adalah amalan otai yang sudah 5-series ni:

1. Disiplinkan diri dengan sarapan pagi sebelum keluar rumah - walaupun segelas air suam!... Mem saya tu 'staff nurse' yang garang (dan amat penyayang!);

2. Mulakan sarapan pagi dengan buah-buahan: pisang adalah kegemaran saya... kerana itulah buah yang termampu dibelikan arwah datuk semasa sekolah rendah dahulu... (pisang 'longgok-longgok' ...uncleJ tanya: apa dia pisang longgok-longgok tu? Ia adalah baki-baki pisang dari tandan /sisih yang 'nilai komersialnya' hampir tiada lagi!...yang dijual secara 'longgok ' sahaja...bahasa sekarang disebut "best buy". Itulah di antara beberapa kebahagian dalam kemiskinan zaman kanak-kanak dahulu);

3. Sarapan pagi pilihan: Quaker Oat dicampur sereal yang tinggi fibernya (paling kurang 5 pagi seminggu!);

4. Sesudu madu campur beberapa titik minyak zaitun (extra virgin olive oil keluaran Syria lebih baik) sebelum tidur... tip ini didapati daripada seorang kawan dari Syria dua tahun lalu (fungsinya: melarutkan 'kerak' kolestrol dalam saluran darah dan kolestrol makanan) - cara lain adalah dengan titiskan minyak itu di atas sayuran-sayuran yang dimakan fresh /ulam; dan

5. ...sekali-sekali makanlah epel hijau (serious ni!..) - dalam bentuk jus atau makan begitu sahaja - dan jus epal hijau susu paling menyegarkan!


Pagi ini terjumpa blog milik Impian Kasih khusus memberi maklumat tentang menguruskan tekanan darah tinggi. Beberapa jenis buah-buahan dan jusnya ada DI SINI.

SELAMAT MENCUBA! (....khususnya kepada epelijau)

Nota: Kita disarankankan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis... tentu ada khasiat yang amat besar dari amalan tersebut: dari aspek kesihatan berpuasa itu telah banyak dibincang dan dijournalkan. Namun ada rahsia disebalik amalan itu, khususnya ketika berbuka...DAHULUKAN DENGAN MEMAKAN BEBERAPA BIJI KURMA - itulah sebenarnya di antara beberapa 'terapi' menurunkan tekanan darah. Subhanallah!

minda.JUMAAT: 10 Muharram

Sekadar ingat-mengingatkan, hari ini Jumaat 9 Muharram 1429H dan esok 10 Muharram (tetapi di Timur Tengah, Eropah dan rantau Balkan - hari Jumaat sudah 10 Muharram...).

Salah satu dari berbagai amalan sunat yang disarankan Nabi Muhammad s.a.w adalah berpuasa sunat di hari 10 Muharram - yang juga
dipanggil hari 'ASYURA.

Aisyah telah berkata : pada hari 'Asyura orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda: "Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" (Riwayat: Bukhari & Muslim).

Baca entri Faisal Tehrani mengenai sejarah 'ASYURA, yang dipetik dari Persatuan Ulama' Malaysia, serta fadilatnya yang diusahakan Kassim Selamat

Nota: Salah satu tanggapan 'salah' bagi orang-orang kita (Melayu) khususnya tentang amalan SUNAT adalah "...alah itu sunat jer, buat dapat pahala - tak buat tak mengapa!" Ianya sewajarnya digantikan dengan kalimah "...amalan sunat apabila dilakukan ganjarannya PAHALA, jika ditinggalkan RUGILAH jadinya!"... - hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

nostalgia

Catatan di bawah ini dipetik dari email-group Kelab xllN, yang rata-rata sudah menjangkau umur emas mereka... Diulang-siar (kerana mungkin pernah terbaca sebelum) ke sini untuk tatapan mereka yang tergolong dalam kategori yang dimaksudkan (lahir dalam tahun-tahun 1940an-60an).

Juga, nostalgia tersebut untuk dibayangkan oleh mereka-mereka yang berusia di bawah 30an... seperti juga bayangan filem-filem hidustan yang kini melanda blog di antaranya uncleJ, Kasawari dan Kassim Selamat...
___________________________
Those Were The Days,

TO ALL THOSE CHAMPIONS WHO WERE BORN IN THE 1940's, 1950's, 1960's and maybe some who were born in the early 1970's, Happy and Blessed 2008

First, we survived with our mothers who had no maids to help around. They cooked /cleaned while taking care of us at the same time.

They took aspirins, candy floss, fizzy drinks, shaved ice with syrup and diabetes was rare.
Salt added to Pepsi or Coke was remedy for fever.

We had no childproof lids on medicine bottles, doors or cabinets and when we rode our bikes, we had no helmets.

As children, we would ride with our parents on bicycles/ motorcycles – often the whole family of 4 or 5 people would go on one motorcycle alone.
Richer ones in cars with no seat belts or air bags.

Riding in the back of a private taxi was a special treat.
Our taxi had not air-condition and so riding with windows open is just pure fun – wind in our hairs

We drank water from the tap and NOT from a bottle.

When it rained, we had our free shower. We had bathed with well water and we felt really well.

When it flooded, we helped push stalled cars for money.

We would spend hours on the fields under bright sunlight flying our kites, hitting each other with small hard ball, without worrying about UV rays which never seem to affect us.

We went into the jungle to catch spiders without worries of mosquitoes or malaria.

With merely 5 pebbles (stones), we had endless fun playing. Later we made our own 5 triangular tiny bags to play.

With a rubber ball (tennis ball best) we boys would run like crazy for hours (game called choppin).

We caught guppies in drains / canals and when it rained we swam there.

We caught bats with a net attached to a long bamboo stick'

We made our own razor-sharp kite strings by coating the string with crushed glass.

We shared one soft drink with four friends, from one glass bottle and NO ONE actually worry about being unhygienic.

We bought one ice-ball for a few cents and asked the uncle to cut in half so that we can share with our best friend.

We could squat by the drain and ate our bowl of prawn noodles. No problem about hygiene.

At that time we were not so rich and 10 cents per day as pocket money was a BONUS!

We ate salty, very sweet & oily food, candies, breads and real butter and drank very sweet soft drinks, sweet coffee/ tea, ice kachang, but we weren't overweight because...... WE WERE ALWAYS OUTSIDE PLAYING!!

We would leave home in the morning and play all day, till streetlights came on.

No one was able to reach us all day. And we were O.K.

We would spend hours repairing our old bicycles and wooden scooters out of scraps and then ride down the hill, only to find out we forgot the brakes. After running into the bushes a few times, we learned to solve the problem.

We did not have Playstations, Nintendo's, X-boxes, multiple channels on cable TV, DVD movies, no surround sound, no phones, no personal computers, no Internet. BUT WE HAD FRIENDS and we went outside and look for them!

With one wooden stick, we were able to fly it like a plane, use it like a sword, push it and it would become a car. Our imagination was rich and we had fun.

We fell out of trees, got cut, broke bones and teeth and we still continued the stunts.

We never had birthday parties till we were 21,

We rode our bikes everywhere. When we had no bike, we walked or ran to school.

We had no mobile phones, we just walked to a friend's house and just yelled for them!

Our kampong used only one big black phone that belonged to the only provision store there.

The idea of a parent bailing us out if we broke the law was unheard of. They actually sided with the law!

Our parents caned us but none of us become psychotic or mass-murderers.

We studied with gasoline lamps or a single light yellow light bulb.

We did not speak English until we were 7 or 8 years old – that was when we went to Primary school.

We spoke four or five dialects, Malay, Mandarin and even Tamil because we did not know that we were not supposed to do that.

Yet this generation has produced some of the best risk-takers, problem solvers and inventors ever!

The past 50 - 60 years have been an explosion of innovation and new ideas.

We had freedom, failure, success and responsibility, and we learned HOW TO DEAL WITH THEM ALL!

If YOU are one of these TOUGH WINNERS…CONGRATULATIONS!

You might want to share this with others who are just like you – having the privilege of growing up tough!

You may also want to forward this to some whining kids of yours who complain and complain and complain about small inconveniences.

BTW, we use such big fonts for this message because after so many years of having fun, our eyes have failed us.

Mind you, we are not OLD we are just THOROUGHLY SEASONED. We are TOUGH WINNERS and we are CHAMPIONS...

menginap dalam tiub...

Selaras dengan matlamat untuk menjadikan Dubai bandaraya yang penuh dengan keunikan senibina (termasuk yang pelik-pelik dan penuh kegilaan minda), Nakheel - pemaju hartanah yang mengilhamkan The Palm, The World dan banyak lagi landmark - telah melancarkan satu lagi mercu tanda "NEW Dubai" dikenali sebagai Dubai Promenade
Exterior View
Terletak di antara Dubai Marina (sesaknya macam Hong Kong - di sebelah hadapannya) dan The Palm Jumeira (sebelah belakangnya), Dubai Promenade akan memiliki hotel berbentuk tiub raksaksa!

Nota: Nakheel juga telah menyiapkan The World (EPIC) pada 10.01.08... kunjungi video tournya... Kehebatan kejuruteraan moden dalam membina 300 pulau, sejumlah 232 km pantai dan 27 km pelindung ombak; yang melibatkan 386juta tan batu-batan!

Dubai banjir...

Hujan merengek sejak malam tadi hingga ke saat ini (3:00 petang) menyebabkan beberapa kawasan di Dubai banjir kilat... dan pastinya kesesakan jalanraya yang melampau!

Semasa menuju ke Mall of Emirate (hendak 'melepak' di Borders sekejap) pemandu teksi mendapat panggilan dari base station... cuti lagi (separuh) hari ini!... begitu 'gaya hidup' di sini... yang penuh dengan 'keselesaan'!

Nota (kemaskini 08:00 pagi, 16 Jan):
1. Semalam apabila cucu balik sekolah memaklumkan "esok cikgu cakap sekolah cuti, kalau hujan lagi sambung lagi cuti!"... betul juga - Jumaat dan Sabtu sekolah memang cuti!

2.
Banjir di sini bermaksud jalan raya ditenggelami air (walau pun setakat tenggelam buku lali sahaja... yang sememangnya mudah sekali berlaku! Perkataan banjir dan peparitan agak asing bagi mereka di padang pasir...

3. Terpaksa beratur 2 jam untuk mendapatkan teksi untuk balik ke rumah dari MoE - teksi terperangkap dalam kesesakan jalanraya, manusia pula dalam mall...dan tentu sekali kesejukan winter dalam hujan yang semakin lebat!

rugi Dh432juta...kerana Bush

Semalam warga Dubai kena 'tahanan rumah' (5.00 pagi sampai 5.00 petang)... gara-gara (atau angkara) lawatan Bush. Akibatnya, sektor ekonominya dianggar mengalami kerugian ketara lebih Dh432 juta (RM100=Dh111)... Baca DI SINI dan DI SINI

Namun, kesempatan itu kami ambil untuk ke Sharjah (selepas 5.15 petang) untuk ke Expo Malaysia.... aduhhh seronoknya! Perjalanan tidak sampai 30 minit dan tidak pernah dialami jika memandu dari Dubai ke sana.

Saya ke expo, sementara isteri, anak dan cucu menjelajah Sharjah Central Souq. Seperti dijangka, suasana di dewan pamiran agak lengang... Mengikut penganjur, jika pamiran itu dikendalikan di Dubai, lagi teruk kesannya - terpaksa ditutup! Di sana sempat juga bertemu kawan-kawan dari TNB (peserta pamiran) yang bertugas.

Sharjah kini tidak seperti yang saya saksikan 3-4 tahun lalu...saksikan Sharjah LIVE DI SINI. Pemerintahnya kini bijak mengambil kesempatan di atas kepesatan pembangunan ekonomi Dubai... menyediakan infrastruktur untuk tujuan penginapan. Agressive sekali nampaknya!

Sharjah juga merupakan venue perlumbaan Formula F1 Botlaju (F1H2O) - yang ini, khas untuk Kasawari...

Nota
: Beberapa imej Sarjah akan di upload kemudian...

bukan semuanya mewah

Selama ini mungkin telah paparkan benda yang hebat-hebat belaka tentang Dubai... seperti kehebatan menara Dubai (Burj Dubai) yang bakal muncul struktur bangunan tertinggi di dunia - untuk satu tempoh yang agak lama. Namun di dalam kemewahan yang ada, banyak lagi tangisan dan keperitan manusia-manusia lain yang mencuba nasib di Dubai!....

Kemana mereka? (sering membeli belah, sebagai contoh). Seperti kota-kota metropolitan lain, pasti 'ada tempat' untuk mereka...kalau di Dubai, Naif dan Karama adalah 2 tempat yang popular. Terletak di bahagian bandar lamanya. Dan tempat-tempat itu juga popular di kalangan pelancung dan juga orang tempatan. Bukan 'semua' keperluan boleh didapati di Mall of Emirates atau seumpamanya.
Tetapi AWAS! - harga di tempat-tempat itu mungkin lebih mahal dari shopping mall (kalau tidak pakar dalam hal tawar-menawar).

Kelmarin menjengok Naif Souq (seperti bazaar di Jalan TAR). Tempat itulah kali pertama shopping 4 tahun lalu - ketika pertama kali sampai Dubai... dan masih teringat, ketika 'merayau-merayau' di sekitar Naif seorang lelaki 'mamak' menyapa: "...abang nak cari kain Cerruti ke? Mari ikut saya!". Bagaikan 'kena pukau' terus ikut lelaki itu ke kedainya!

Sebenarnya di kawasan Naif itu terdapat sebuah kedai kain milik orang Malaysia, yang sememangnya menjadi tempat lepak orang-orang Malaysia - termasuk pemimpin kenamaan Negara, apabila ke Dubai! Yang seronoknya, di Naif (dan juga Karama) terdapat masjid yang besar dan terjaga - dan ramai pula makmumnya berjemaah!

expo Malaysia vs lawatan Bush

13-15 Januari 2008 berlangsungnya pameran dan promosi perkhidmatan-perkhidmatan professional syarikat-syarikat Malaysia di UAE, bertempat di Sarjah Expo Centre. Ianya dianjurkan MITI dan dikelolakan MATRADE Dubai. Butir-butirnya DI SINI.

Nota
1. Suasana kesesakan jalanraya di Dubai agak teruk mulai hari ini... disebabkan Bush datang Dubai pulak - bagi meneruskan kempen anti-Irannya. Laluan utama ditutup! (yang akhirnya lewat petang semalam pihak berkuasa mengistiharkan hari Isnin cuti umum di Dubai!....seorang tu jer punya pasal)

2. Sarjah adalah salah satu emirate kecil UAE, lebih kurang 30 minit perjalanan dari Dubai (jika tidak jam!) ...mungkin hendak menjengok ke sana esok /lusa.

3. Expo Malaysia di Sarjah rasa-rasanya pasti turut terjejas!

centralMart vs dragonMart

Kelmarin, sempat 'lari dari kesibukan' Dubai - ke Abu Dhabi, ibu negeri UAE. Perjalanannya lebih kurang 2 jam sahaja - melalui lebuhraya 4 lorong yang selesa (yang baru 4 bulan ditolkan)... lebuhraya itu sudah bertahun-tahun 'memberikan laluan percuma' sebelumnya...
Gambaran ringkas perjalanan itu: "...selepas mengelilingi pulau singa...lepas itu kita masuk JB". Begitulah analogi yang saya dapat buat!... Di Abu Dhabi hanya ada 2 shopping mall (yang besar). Sempat juga jenguk ke Marina Mall (hampir sejam, dan solat zuhur)... Sebenar Abu Dhabi baru "terjaga dari lena yang panjang..." Baca lanjut DI SINI

Kemudian mengelilingi Emirate Palace. Satu-satunya 'tarikan' yang hampir setanding dengan Burj al-Arab. Pelawat tidak dibenarkan masuk hari itu... kerana agen-agen CIA sedang 'membersihkan' kawasan hotel itu untuk Presidennya yang akan menginap di situ (dalam kempen anti-Irannya di Timur Tengah, semasa di Abu Dhabi)... Baca lanjut DI SINI

Setengah jam selepas itu habislah pusing-pusing dalam bandaranya...dan menghala balik ke Dubai. Sempat lagi singgah hampir 2 jam di Dragon Mart - yang menempatkan 4000 usahawan China di bawah satu bumbung (dalam perut naga)!... Hebat betul strategi bakal kuasa ekonomi baru dunia itu bertapak di Dubai...
Mungkin Dubai mengambil pendekatan untuk 'elakkan' dari wujudnya ChinaTown yang tidak senada dengan citarasa tempatan... di Dragon Mart itulah dapat kita saksikan 'anika ragam pelbagai bangsa' yang mencari rezeki di Dubai... suasananya umpama hujung minggu di Chowkit atau Pasar Seni (Central Market) di Kuala Lumpur...

Nota: Entri ini dikemaskini jam 2.30 ptg, Ahad @Dubai (untuk lebih bermaklumat... di atas 'permintaan' Sifu PTS, terima kasih Puan dan tabik!)

minda.JUMAAT:...kena kejar!

minda.JUMAAT ingin berkongsi lagi intipati dari kuliah Maghrib. Kali ini yang diberikan Ustaz Fauzi Abd Rani bulan lepas di masjid khariah saya... yang mungkin boleh dijadikan sebagai azam Tahun Baru 1429H/2008M:

Dalam kita melayari kehidupan sebagai seorang Muslim, lima perkara yang (kita patut dan) kena kejar; iaitu:

1. Hidayah Allah,
2. Kesihatan,
3. Pencarian harta,
4. Akal yang sihat, dan
5. Kebahagian akhirat.

Saya tidak bercadang untuk menghuraikan satu per satu untuk entri kali ini, kecuali sentuh sedikit hal pencarian harta. Pencarian harta (kekayaan di sisi Allah) adalah sekadar jalan atau means untuk mencapai matlamat akhir kehidupan (iaitu mengejar kebahagian akhirat).

Kekayaan tidak hanya terhad kepada wang ringgit. Ianya meliputi juga di antara lainnya ilmu, tingkah laku dan budi bahasa... Justeru itu, dapat diperhatikan betapa ramai manusia yang kaya dengan 'kebendaan' tetapi muflis dunianya (di sisi Allah) dan mungkin lebih teruk lagi agaknya di akhirat!

Kekayaan perlu diimpakkan dalam kadar dan ruang-ruang yang diredhaiNya - kepada yang berhak. Mungkin pengunjung dapat mengamati mengapa 'pencarian harta' itu berada di tengah-tengah dalam urutan lima perkara yang kejar di atas!

Nota: Mungkin entri DI SINI dan juga DI SINI dapat memberi pembayang kepada natijah pengamatan di atas.

Tok Sheikh lagi..

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429 kepada semua.

Bersempena dengan suasana menyambut Maal Hijrah 1429, saya ingin membawakan kisah realiti kepimpinan yang berwawasan dan berpandangan jauh... dari Dubai.

Saya memang berminat dengan pemikiran strategik Naib Presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah (Raja) Dubai... ringkasnya kita panggil Tok Sheikh.

Di sebalik kehebatan pembangunan yang dapat dilihat sekarang, beliau sekadar berkata: "...apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10% impian sebenar saya!"

Baca lanjut liputan akhbar tentang kepimpinan beliau... minda Tok Shiekh sempena dua tahun menerajui UAE sebagai Naib Presiden dan Perdana Menterinya.

Kepada pengunjung-pengunjung baru, mungkin ada baiknya singkap-singkap kisah pemikirannya dan pembangunan Dubai, yang dibawakan sebelum ini.

Nota: Ketokohan kepimpinan seseorang itu, salah satu yang utamanya terletak kepada betapa jauh pandangannya dalam memakmurkan Negara dengan mempelbagaikan kekuatan sumber-sumber Negaranya. Malaysia kita di mana?

08108, 5-Series

Hari ini genap setahun berkerja tanpa perlu ke pejabat dan tanpa masa pejabat (yang mengikat) - era baru kerjaya selepas 27 tahun 'makan gaji'... bersara (setahun) awal.

Dan bersempena dengan ulangtahun pertama era baru itu, ingin berkongsi beberapa peristiwa yang tidak dirancang - tetapi yakin ianya perancangan Allah yang Maha Mengetahui akan isi hati hamba-hambanya yang sentiasa memohon dan terus menaruh harapan yang tinggi...

...sebelum itu tatapilah gambar-gambar di bawah ini (khususnya wajah sebelum memasuki era 5-Series tu)
Yang utamanya nikmat kesihatan: Alhamdulillah, kini 'makhluk darah tinggi' (yang terkawal) sejak lebih 15 tahun menemani diri, kini telah menghilang diri...

Tidak pernah 'majlis kesyukuran harijadi' diadakan awal (kali ini seminggu awal)... begitu juga insan istimewa yang baru dikenali melalui laman blog menghadiahkan tanda kasih mesranya lapan hari lebih awal...

Melalui perjalanan jauh di harijadi... (itu sebabnya juga entri ini dipublish 8 jam lebih awal) - InsyaAllah bertolak ke Dubai jam 02:10pagi 8 Januari...

[Update: 12:45pagi (WifI KLIA)..Sebelum bertolak ke KLIA, sempat juga Aisyah (cucu ke-2) nyanyikan lagu untuk datuknya, dan beri kad...makan kek aiskrem yang dibeli Mak Busunya]


Sebagai menghargai hadiah Saudara J&J, baju kotak-kotak merah hati itu saya pakai untuk perjalanan ke Dubai - moga-moga membawa keberkatan tujuan perjalanan... pandai betul J&J memilih saiz dan corak-warnanya!

Di UAE, 8 Januari 2008 adalah juga bersamaan 1 Muharram 1429...(rujuk di sini). Jadi kami menyambut Tahun Baru Hijrah di Dubai kali ini...Dan keesokan harinya (9 Januari) pula merupakan hari penentu 'era baru peringkat ke-2'... [sebab utama mengapa saya ke Dubai kali ini]

[bersambung apabila tiba di Dubai...]

Update: 10:00 pagi (Dubai): Sampai Dubai (rumah Izzah) jam 7:00 pagi (11:00 pagi M'sia). ...Nampaknya winter kali ini agak sejuk ...8-12deg C, berserta hujan dan angin di awal pagi.

Selepas mengemas diri, kami bersarapan pagi anak beranak: nasi lemak sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng telah tersedia sebelum kami sampai lagi... berserta kek yang dibuat sebelah malamnya. Apa lagi dua orang cucu tu - Redza dan Hana - menyanyikanlah 'lagu happy besday' untuk atuknya... maklumlah sudah dapat bermacam-macam jenis buku dan makanan kegemaran mereka yang dibawakan nenek katakan!

minda.JUMAAT: menangani stress

Dari kuliah-kuliah Ustaz Hj Zahazan Mohamed di slot Tafsir Al Quran Radio IKIM.fM (6:30 pagi /ulangsiar 7:30 malam Isnin-Jumaat); dipanjangkan panduan berikut - yang mungkin dapat membantu dalam kita menjalani kehidupan seharian:

Amalkan (membaca zikir) "...hasbunallahu wa nikmalwakil "
[Rujuk penghujung ayat 173, Surah Ali 'Imran]

Maksudnya: "...cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)."

apabila berhadapan dengan suasana yang menakutkan atau ketika kita menghadapi tekanan perasaan (stress), insyaAllah.

Nota: Mengikut Imam Al Bukhari, bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir dibaca Nabi Ibrahim sebelum dicampakkan ke dalam api... dan ternyata baginda diselamatkan Allah dari rentung di dalam maraknya nyalaan api tersebut!

malam pertama...

Gambar ini dipilih menjadi entri pertama untuk tahun 2008
Hasrat untuk kami bertiga dan keluarga bertemu akhirnya termakbul... di hari terakhir 2007, malam pertama tahun 2008.

Saudara Jas@Kassim Selamat dan Saudara J@uncleJ merupakan bloggers yang terlalu intim! Bila berkomunikasi saya panggil mereka J&J sahaja... Mereka memiliki peminat siber yang ramai... dengan aura 'guna-guna' mereka yang tersendiri!

Nota (kemaskini, 6:00 ptg; 010108):
a. Dengan ini 'terbongkarlah' identiti uncleJ tu (dan akan naik lagilah saham blognya!)... sori braderrr!

b. Kasim Selamat kata tajuk N3 ini 'suspen' ...sebab lagu inai dijarinya masih lagi 'menghantuinya', haaaa haaaa haaaaaa! (memang suspen juga kerana ada teka-teki perakaunan:
cuba selesaikan mengapa 30.01 = 32?) - J&J dilarang menyertai teka-teki ini!