KPI Dashboard

minda.JUMAAT: nilai ilmu

Dipanjangkan intisari kuliah Maghrib di masjid kari'ah saya. Kali ini daripada Ustaz Rozaiman.

Beliau mengupas beberapa perkara yang insyaAllah dapat membantu kita di alam kubur nanti.... Di antaranya amal (jariah), ilmu yang disumbangkan (selaku orang alim) dan doa (serta perbuatan) daripada anak-anak yang solih...

Dikisahkan, anak murid kepada seorang alim (mufti) bermimpi perihal gurunya didatangi malaikat (di malam pengkebumian gurunya)...

Malaikat: "Siapa tuhan kamu?" (soalan bocor yang semua orang telah tahu)
Mufti: Lidahnya kelu, tidak dapat jawab (walhal perkara itu yang tidak putus-putus diajarnya)
Malaikat: "Siapa tuhan kamu?"
Mufti: Tetap tidak dapat menjawab!
Malaikat: "Siapa tuhan kamu?" [..dan telah bersedia untuk melakukan siksaan kubur ke atas mufti itu!]

Tiba-tiba muncul seorang pemuda, sepantas kilat menjawab... jawapan yang sentiasa kita semua dengar (dan diajarkan) setiap kali imam membaca talkin di kubur...

Malaikat: Pantas beredar dari situ kerana malu dengan kepetahan pemuda itu menjawab!
Mufti: "Wahai orang muda, siapakah gerangannya engkau?"
Pemuda: "Akulah segala amalan dan kebaikan kamu semasa di dunia dahulu!"
Mufti: "MasyaAllah! Mengapa lambat sangat engkau sampai?"
Pemuda: Dengan rasa serba salah (dan mohon maaf terlebih dahulu) menjawab...
"Amalan kebaikan yang kamu lakukan itu adalah kerana bayaran (yang kamu tuntut)!"


Nota:
1. Memang besar amanah dan mulianya tanggungjawab keatas orang-orang yang berilmu menyampaikan ilmu yang ada, khususnya ilmu-ilmu agama.

2. Dilema mereka-mereka yang memiliki ilmu agama dapat dipetik dari cerita di atas. Namun tentu ada jalan penyelesaiannya! ...amatilah contoh berikut:

Sebagai seorang suami (dan ketua keluarga, dari segi hukumnya), adalah menjadi tanggungjawab untuknya memberi didikan agama kepada isteri dan anak-anak (termasuk diri sendiri, jika masih lagi merasa kekurangan). Namun di atas sebab-sebab tertentu (selalunya dari segi ilmu dan kesempatan) tanggungjawab itu 'disub-kontrakkan' kepada seorang ustaz (yang datang ke rumah)...

Apakah adab penyelesaian (yang diajar Islam) dalam situasi sedemikian?
a. Ustaz tersebut seharusnya TIDAK 'meletakkan' harganya (sebagai upah mengajar ilmu-ilmu agama tersebut);
DAN
b. Si suami pula perlu sensitif ke atas 'upah yang perlu dibayar' kepada Ustaz tersebut, TANPA bertanya berapakah upahnya (kepada Ustaz).

Moga-moga menjadi panduan bersama, insyaAllah.