bukan semuanya mewah

Selama ini mungkin telah paparkan benda yang hebat-hebat belaka tentang Dubai... seperti kehebatan menara Dubai (Burj Dubai) yang bakal muncul struktur bangunan tertinggi di dunia - untuk satu tempoh yang agak lama. Namun di dalam kemewahan yang ada, banyak lagi tangisan dan keperitan manusia-manusia lain yang mencuba nasib di Dubai!....

Kemana mereka? (sering membeli belah, sebagai contoh). Seperti kota-kota metropolitan lain, pasti 'ada tempat' untuk mereka...kalau di Dubai, Naif dan Karama adalah 2 tempat yang popular. Terletak di bahagian bandar lamanya. Dan tempat-tempat itu juga popular di kalangan pelancung dan juga orang tempatan. Bukan 'semua' keperluan boleh didapati di Mall of Emirates atau seumpamanya.
Tetapi AWAS! - harga di tempat-tempat itu mungkin lebih mahal dari shopping mall (kalau tidak pakar dalam hal tawar-menawar).

Kelmarin menjengok Naif Souq (seperti bazaar di Jalan TAR). Tempat itulah kali pertama shopping 4 tahun lalu - ketika pertama kali sampai Dubai... dan masih teringat, ketika 'merayau-merayau' di sekitar Naif seorang lelaki 'mamak' menyapa: "...abang nak cari kain Cerruti ke? Mari ikut saya!". Bagaikan 'kena pukau' terus ikut lelaki itu ke kedainya!

Sebenarnya di kawasan Naif itu terdapat sebuah kedai kain milik orang Malaysia, yang sememangnya menjadi tempat lepak orang-orang Malaysia - termasuk pemimpin kenamaan Negara, apabila ke Dubai! Yang seronoknya, di Naif (dan juga Karama) terdapat masjid yang besar dan terjaga - dan ramai pula makmumnya berjemaah!