KPI Dashboard

Dubai banjir...

Hujan merengek sejak malam tadi hingga ke saat ini (3:00 petang) menyebabkan beberapa kawasan di Dubai banjir kilat... dan pastinya kesesakan jalanraya yang melampau!

Semasa menuju ke Mall of Emirate (hendak 'melepak' di Borders sekejap) pemandu teksi mendapat panggilan dari base station... cuti lagi (separuh) hari ini!... begitu 'gaya hidup' di sini... yang penuh dengan 'keselesaan'!

Nota (kemaskini 08:00 pagi, 16 Jan):
1. Semalam apabila cucu balik sekolah memaklumkan "esok cikgu cakap sekolah cuti, kalau hujan lagi sambung lagi cuti!"... betul juga - Jumaat dan Sabtu sekolah memang cuti!

2.
Banjir di sini bermaksud jalan raya ditenggelami air (walau pun setakat tenggelam buku lali sahaja... yang sememangnya mudah sekali berlaku! Perkataan banjir dan peparitan agak asing bagi mereka di padang pasir...

3. Terpaksa beratur 2 jam untuk mendapatkan teksi untuk balik ke rumah dari MoE - teksi terperangkap dalam kesesakan jalanraya, manusia pula dalam mall...dan tentu sekali kesejukan winter dalam hujan yang semakin lebat!