Secara ringkas, berikut adalah amalan otai yang sudah 5-series ni:
1. Disiplinkan diri dengan sarapan pagi sebelum keluar rumah - walaupun segelas air suam!... Mem saya tu 'staff nurse' yang garang (dan amat penyayang!);
2. Mulakan sarapan pagi dengan buah-buahan: pisang adalah kegemaran saya... kerana itulah buah yang termampu dibelikan arwah datuk semasa sekolah rendah dahulu... (pisang 'longgok-longgok' ...uncleJ tanya: apa dia pisang longgok-longgok tu? Ia adalah baki-baki pisang dari tandan /sisih yang 'nilai komersialnya' hampir tiada lagi!...yang dijual secara 'longgok ' sahaja...bahasa sekarang disebut "best buy". Itulah di antara beberapa kebahagian dalam kemiskinan zaman kanak-kanak dahulu);
3. Sarapan pagi pilihan: Quaker Oat dicampur sereal yang tinggi fibernya (paling kurang 5 pagi seminggu!);
4. Sesudu madu campur beberapa titik minyak zaitun (extra virgin olive oil keluaran Syria lebih baik) sebelum tidur... tip ini didapati daripada seorang kawan dari Syria dua tahun lalu (fungsinya: melarutkan 'kerak' kolestrol dalam saluran darah dan kolestrol makanan) - cara lain adalah dengan titiskan minyak itu di atas sayuran-sayuran yang dimakan fresh /ulam; dan
5. ...sekali-sekali makanlah epel hijau (serious ni!..) - dalam bentuk jus atau makan begitu sahaja - dan jus epal hijau susu paling menyegarkan!
Pagi ini terjumpa blog milik Impian Kasih khusus memberi maklumat tentang menguruskan tekanan darah tinggi. Beberapa jenis buah-buahan dan jusnya ada DI SINI.
SELAMAT MENCUBA! (....khususnya kepada epelijau)
Nota: Kita disarankankan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis... tentu ada khasiat yang amat besar dari amalan tersebut: dari aspek kesihatan berpuasa itu telah banyak dibincang dan dijournalkan. Namun ada rahsia disebalik amalan itu, khususnya ketika berbuka...DAHULUKAN DENGAN MEMAKAN BEBERAPA BIJI KURMA - itulah sebenarnya di antara beberapa 'terapi' menurunkan tekanan darah. Subhanallah!