KPI Dashboard

hari terakhir...



TAWARAN
COACHING
PERCUMA




eMail hasrat anda segera
HARI INI

Sekiranya anda terlepas pandang, KLIK DI SINI

dan di blogheader di bawah ini


mind.JUMAAT: ilusi masa

Rintihan seorang (berusia) tua:

Hai masa...!
Kiranya umur remaja,
datang menjelma,
sehari dua,
nescaya ku cerita,
perangai orang tua!

Detik-detik masa yang telah pergi...
Tidak mungkin dapat diganti.
Tidak mungkin berulang kembali.


Semua yang hidup bagai dalam bahtera pelayaran,
Setiap hari dan bulan,
kian jauh dalam perjalanan,
Berhari bermalam semuanya bagai dalam impian,
Dunia ditinggalkan,
akhirnya kubur jua yang berdekatan!


Petikan
Pengurusan Masa Menurut Islam - Dr Yusuf Al-Qaradawi

analisis PRU12

Pandangan dalam bentuk analisis politik masih belum reda. Malah, bertambah-tambah pula 'lantang dan berani' disuarakan melalui forum siaran langsung media-media elektronik yang juga turut menunjukkan arus 'perubahannya'! Kecuali 2-3 saluran TV konvensional itu....

Sejak tengah malam hari pengiraan undi PRU12, berbagai analisis kekalahan dan kemenangan calon atau parti yang bertanding dipaparkan. Analisis kali ini lebih menarik kerana keputusan PRU12 adalah keputusan 'Hari Ini Dalam Sejarah' sepanjang 50 tahun kemerdekaan Negara.

Apa yang ingin dibawakan kali ini adalah untuk kita sama-sama melihat 'struktur' berfikir setiap peserta forum ketika memberikan hujah-hujah mereka. Sebenarnya ia adalah berasaskan kepada struktur Model Sistem Berfikir di bawah ini. Model itulah refleksi kepada cara minda kita bekerja. Nota
1. Hujah atau pandangan yang baik dan dapat diterima akal adalah apabila ahli panel berjaya mengolah dengan bijak 'Persekitaran Yang Sentiasa Berubah' dan realiti isu yang dibincang. Bukannya tertakluk kepada 'teks penerbit' dan sentimen emosi peribadi!...

tsunami minda

Semalam, rakyat Malaysia telah membuat keputusan. Dan PRU12 telah menonjolkan buat pertama kalinya dalam sejarah politik Negara 'kuasa undi' sebenarnya.

Saya secara peribadi memerhatikan kempen PRU12 adalah yang paling 'senyap'... Namun, selepas 01:00 pagi tadi landskap politik Negara mula berubah. Tsunami minda rakyat telah diterjemahkan!

Selama ini perkataan silent majority itu semacam tiada signifikannya dalam kamus politik Negara. Namun, fajar 9 Mac 2008 telah meninggalkan kesan tsunami politik yang tidak diduga parti pemerintah!

Rujuk laman rasmi keputusan PRU12 DI SINI dan klik gambar di atas untuk keputusan penuh

Apa yang pasti dalam tempoh seminggu dua akan datang ini, media dan pihak yang kalah mau pun yang menang akan menghidangkan kepelbagaian dalam analisis piliharaya...

Amat tepatlah telahan bestari
"SUDAH TERGANTUK, BARU TENGADAH!"

Nota
1. Puan SifuPTS bertanya: apa dia 'ter-gantuk'?

Jawapan saya: ter'gantuk' itu sebutan 'halus' orang Melaka... dalam istilah PTS ia adalah BMR (Bahasa Melayu Rendah). BMTnya adalah 'terhantuk'. Terima kasih Puan!

080308

Hari ini 8 Mac 2008, ringkasnya 080308.

Bagi Malaysia, hari ini adalah hari mengundi PRU12. Hari yang menentukan hari-hari berikutnya corak pemerintahan Negara!

Namun, dalam kehidupan berkeluarga hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran orang yang paling penting dalam hidup saya. Isteri saya, yang amat dikasihi dan disenangi keluarga... Saripah Ahmad. Hari ini hari pertama umur 'wajib bersara' (jika bertugas di dalam perkhidmatan awam).

Sudah 32 tahun bersama sebagai suami isteri. Ditambah lebih 10 tahun sebagai 'musuh' ketika di sekolah menengah. Kami saling bertarung di kelas bimbingan di kampung... sehingga membawanya ke Sekolah Seri Puteri (kumpulan perintis) dan saya ke Sekolah Alam Shah. Permusuhan itulah yang menyatukan kami!
Diraikan anak dan cucu - Ulangtahun Perkahwinan ke 30, Dubai 300106

(Sambung cerita Hindustan itu sedikit.... petikan dari jibunsyi
Si Bulat, yang dalam pembikinan)

Anak sulung dari keluarga besar, 10 orang adik beradik. Pernah menggalas tanggung jawab dan berkorban demi pendidikan adik-adiknya. Terpaksa mengorbankan cita-citanya yang memang terserlah semenjak dari zaman main pondok-pondoknya lagi.

Saripah amat senang sekali jika dipanggil Cikgu! Itulah watak semulajadi yang dikurniakan kepadanya!
Dari main cigku-cikgu sampailah mengambil alih tugas cikgu mengaji Al Quran - di kalangan kawan-kawan sebaya yang masih sukar membaca.

"Kak Pah sebelum ini mengajar di mana?" Gadis comel di kaunter bayaran Pejabat Tanah itu memecah kesunyian.

"Aduhhh! duhhh!" Pertanyaan itu benar-benar menusuk kalbu! Di hatinya sesekali datang juga rasa kecewanya. Kadang-kadang tidak dapat disorokkan, di sebalik senyuman percumanya kepada semua.


"Oh tidak. Kakak bertugas di tempat simpan duit adik ketika usia tua adik nanti...". Jawabnya dalam nada yang hampir-hampir tidak kedengaran. Nada bersahaja berbaur sayu.

Hampir semua yang menyapanya akan memberi persepsi beliau adalah seorang Guru. Jenama Cikgu itu terukir jelas di dahinya yang tertutup separuh dengan tudung kuning lembut yang dikenakan pagi itu. Warna itu kegemarnnya.

Memang benar, dialah guru bagi kami semua!

Semoga baki-baki hidup kami bersama dapat terus meningkatkan taqwa kepada Pencipta Yang Maha Bijaksana dalam mengaturkan perjalanan hidup hamba-hambaNYA. InsyaAllah.

Nota
1. Jam 09:50 tadi menerima hantaran bunga pesanan on-line daripada cucu-cucu di Dubai... Redza & Hana. Manakala bunga pink itu pula dibawa cucu kedua Aishah.

2. Isteri dan saya menunaikan tanggungjawab PRU12 di Sek Men Subang Utama, SS18 ...terasa kami dalam peringkat warga emas (di saluran 2) 'didera' - di awal pagi (09:00-11:00) satu-satunya bilik mengundi yang terpaksa berbaris panjang! Saluran-saluran lain ternyata 'lengang' lagi ketika itu.

minda.JUMAAT: esok untuk siapa?

Esok hari mengundi PRU12. Berbaki 24 jam lagi.

Sudahkan anda tetapkan minda pilihan?

...ke tempat mengundi, calon pilihan? ATAU
...ke tempat mengundi, bertekat untuk rosakkan undi? ATAU
...duduk sahaja di rumah diam-diam?

Walau apa pun pilihan yang bakal dibuat, amat-amatilah pengajaran dari firman Allah Surah Al-Ahzab (33): Ayat 67-68 berikut

Dan mereka berkata,`Ya Tuhan kami, sesungguhnya
kami telah
menta`ati pemimpin-pemimpin
dan pembesar-pembesar kami,

lalu mereka menyesatkan kami
dari jalan (yang benar)

Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab
dua kali ganda dan kutuklah mereka
dengan kutukan yang besar!

Nota
Semoga Allah melindungi agamaNYA di Negara bertuah ini, daripada kerakusan manusia dan kesyaitanannya. Amin.

promo juga percuma...

Alhamdulillah, dengan rasa terharu ingin merakamkan
penghargaan saya kepada

Puan SifuPTS
dan
Saudara Kassim Selamat

kerana turut memberi ruang promo di blog mereka

berkenaan dengan coaching percuma yang ditawarkan

BUDI BAIK DIKENANG JUGA

Kunjungilah juga DI SINI

coaching percuma

Sebagai menghargai kunjungan rakan-rakan blogger ke sini
saya ingin menawarkan perkhidmatan

BIMBINGAN (COACHING) PERCUMA!
Sebagai sebahagian dari proses untuk mendapatkan pentauliahan Professional Coach, saya memerlukan di antara 150-250 jam dalam mengendalikan bimbingan eksklusif (one-on-one) ... secara 'real'. Rujuk N3 sebelum ini dan lawatilah blog khususnya my.COACHING.space untuk maklumat berkaitan.

Bidang-bidang coaching utama yang ingin dikendalikan adalah seperti berikut:

a. Corporate Coaching - keperluan membangunkan kehebatan minda di organisasi anda;

b. Business Coaching
- kesedaran kekompetenan dalam pengendalian bisnes; dan

c. Personal Development Coaching - menyingkap kehebatan potensi diri.

Saya akan menggunakan pendekatan konsep PEMIKIRAN STRATEGIK ketika mengendalikan coaching tersebut. Tempoh minimum yang diperlukan (contact hours) adalah 10 jam bagi setip coachee. Komitmen yang diperlukan adalah di antara dua (2) hingga sepuloh (10) minggu - bergantung kepada kesesuaian masa kedua-dua belah pihak.

Di akhir program, setiap klien/ coachee akan memiliki PETA STRATEGI masing-masing. Peta strategi tersebut akan menjadi asas untuk merealisasikan impian! InsyaAllah.

Rebutlah peluang ini dengan mengemukakan hasrat masing-masing melalui email ke sab2.PTS@gmail.com sebelum 15 Mac 2008 dengan menyatakan maklumat-maklumat berikut:

i. Pengenalan diri (Nama, No. K/P, Alamat lengkap, No. telefon yang mudah dihubungi);
ii. Kerjaya sekarang (Nyatakan nama majikan, tempoh perkhidmatan /pengalaman - jika berkaitan);
iii. Nyatakan bidang coaching yang diperlukan (a /b /c di atas); dan
iv. Matlamat akhir menyertai program ini (jika perlu dinyatakan).

Nota
1. Disamping mendapatkan coaching contact hours yang diperlukan, pengalaman pengendalian tersebut akan dijadikan sebahagian dari bahan kepada buku yang kini sedang diusahakan bersama PTS (Belajar Befikiran Strategik).

2. Maklumat diri dan semua bahan yang dihasilkan adalah dirahsiakan, kecuali untuk tujuan pentauliahan Professional Coach sahaja.

3. Sesi akan dikendalikan dalam bahasa yang yang disenangi klien /coachee.

coach

Mulai hari ini memulakan satu komitmen baru. Untuk tempoh 4-6 bulan akan datang terlibat dengan proses pentauliahan sebagai 'Pebimbing' Profesional (professional coach). Teras kepada proses tersebut adalah mengendalikan aktiviti coaching untuk tempoh sekurang-kurangnya 250 jam.

Contoh-contoh program Certified Professional Coach 'yang popular' adalah kendalian Cambridge Association of Managers (CAM-UK) dan International Coaching Federation (USA). Wakil CAM di Malaysia adalah Coaching & Training Asia. ICF (Asia Pasifik) pula melalui ICF Malaysia Chapter. Kedua-dua agensi tersebut berpejabat di Kuala Lumpur. Namun, beberapa IPTA juga ada mengendalikan program yang sama (dengan pendekatan yang mungkin sedikit berbeza), di antaranya UMCCed (Universiti Malaya).

Secara ringkas, perspektif coaching berbanding dengan proses-proses pembangunan modal insan yang lain dapat digambarkan seperti berikut:
Nota
1. ICF mendefinisikan Professional Coach sebagai : "...an ongoing partnership that helps clients produce fulfilling results in their personal and professional lives".

2. Berdasarkan kepada keperluan pasaran, memiliki pentauliahan seperti di atas memberikan nilai tambah yang kompetitif jika terlibat dalam sektor training & consultancy - untuk pasaran dalam dan luar negeri, insyaAllah.

minda.JUMAAT: sedekah

"Apa pekerjaannya?"

"TIDAK BEKERJA!"...

Soalan di atas dikemukakan Sayyidina Umar kepada sahabat apabila melihat seorang pemuda tampan sedang terus menerus bersolat di satu penjuru masjid. Jelas tanda di dahinya betapa pemuda itu seorang yang kuat bersolat.

Namun, apabila mendengarkan jawapan sahabat tersebut, terus Sayyidina Umar mengalihkan pandangannya! Mengapa?

Ikutilah dialog ringkas di antara Rasulullah dan sahabat, ketika membicarakan tentang sedekah:

  • "Wahai Rasulullah! Jika dia tidak dapat (bersedekah)?"
  • "Dia hendaklah bekerja untuk dirinya mendapat manfa'at dan bersedekah";
  • "Jika dia tiada upaya atau tidak bekerja?"
  • "Dia menolong orang yang sangat-sangat memerlukan pertolongan";
  • "Jika dia tidak berbuat demikian?"
  • "Dia mestilah menyuruh berbuat baik";
  • "Jika dia tidak menyuruh?"
  • "Dia hendaklah menghalang dari sebarang kejahatan, kerana itu pun merupakan sedekah!"
Nota
1. Seorang Muslim yang bekerja dengan tulus ikhlas, dedikasi dan amanah untuk rezeki yang halal di samping tidak pula lupa kepada Allah di anggap sebagai 'ibadat dan jihad.

2. Amalan bersedekah itu jelas di dahului dengan bekerja - untuk mendapatkan sumbernya! Tiada pula nas atau kes: 'minta sedekah, untuk bersedekah'...

3. 'meyuruh buat baik' dan 'menghalang dari sebarang kejahatan' dengan mudah dilakukan melalui penulisan...

Puan SifuPTS tersenyum meleret...
pelaburan saham akhiratnya terus menokok nilai!
Semoga beliau sentiasa mendapat petunjuk dan
restuNYA, InsyaAllah.

anak dan kanak-kanak

Bersempena hari Jumaat - penghulu segala hari, ingin dikongsikan entri Prof Kamil 'Kanak-Kanak' ...kisah kehidupan harian sebuah keluarga dalam penerokaan quality timenya.

Namun, yang lebih menarik adalah komen-komen pembaca khususnya daripada Puan Ainon, SifuPTS... yang mengisahkan tentang 50 ekor kucing-kucing buangan yang dipeliharanya di Janda Baik.

Nota
1. Salah satu fadilat menyayangi makhluk Allah yang bernama kucing itu adalah "dipermudahkan" ketika menghembuskan nafas terakhir... telah banyak kes yang disaksikan, insyaAllah.

sejuk salji

Redza: "Nenek, abang yong rasa tak larat nak jalan lagi!"...

Hana: "Atuk, sojuk snow sampai dalam baju!"...

Itulah di antara kata-kata daripada cucu-cucu di Dubai, yang bercerita dari Istanbul beberapa hari yang lepas. Pengalaman 'pertama' (puas) bermain salji... Tahun lepas hanya sekadar lihat salji di Oman.

Nota
1. 'Jurang pengalaman' di luar persekitaran biasa di zaman internet semakin jauh:

a. Betapa atuk dan neneknya melalui pengalaman (main salji) yang sama ketika berumur 25 tahun!
b. Hana dibawa tawaf (Kaabah) pertama kalinya ketika berumur 6 bulan, atuknya pula pada usia 36 tahun...

Apakah signifikannya cerita di atas?

hara hachi bu

Dilapurkan 900 dari 1,000,000 penduduk Okinawa adalah 'centenarians' - mereka-mereka yang sudah masuk kelab 100 tahun dan lebih. Bilangan tersebut adalah empat kali lebih tinggi berbanding purata umur penduduk Britain atau USA.

Apa rahsia umur panjang dan kesihatan mereka?

Dari kajian yang dilakukan, mereka adalah pengamal diet pelangi - kepelbagaian sayur dan buah-buahan yang amat kaya dengan anti-oxidants; di samping makanan-makanan berasaskan soya.

Namun, penemuan penting adalah lebih kepada APA YANG MEREKA TIDAK MAKAN!..iaitu budaya 'hara hachi bu' mereka.

Apa dia sebenarnya budaya itu? Berhenti makan sebelum kenyang! (atau ada yang katakan 'berhenti makan apabila merasai keenakan' makanan itu) ...hara hachi bu itu bermaksud "makan setakat 80% kenyang".

Baca ringkasan lapuran penyelidikan DI SINI

Nota
1. Betapa salah satu prinsip hidup Islam yang diajar Rasulullah s.a.w itu diamalkan orang bukan Islam di Okinawa...

percaya, lakukan, berubah

Keterampilan dalam berfikir, atau keupayaan 'belajar berfikir' dengan menggunakan Model Sistem Berfikir akan memacu kepada sesuatu perubahan.

Perubahan yang berlaku adalah akibat kelakuan (atau perangai, resam, sikap) yang dirangsang oleh kepercayaan seseorang...

Lihat gambar ini, kepala lelaki yang diserkop dengan kiub lutsinar.

Sekarang BAYANGKAN PULA (kiub lengkap dengan enam permukaannya dilihat dari atas, 90 darjah) dan BUKAN LUTSINAR:

"Andai kata permukaan yang dapat dilihat itu sebagai kelakuan, empat sisi yang 'menyokongnya' itu sebagai persepsi, emosi, suara hati dan perasaan (ketika itu)... Apa yang pasti kesemua sisi itu tidak dapat dilihat bukan?

"Permukaan yang bersetentangan (di bawah, tapak kiub itu pula) adalah kepercayaan. Yang juga lagi sukar untuk dilihat!"

Namun, dari gambar di atas mengapa kiub itu dapat dibolosi kepala lelaki itu? Ya, permukaan 'kepercayaan' itu telah 'dirobohkan!'.

Dalam lain perkataan untuk mengubah kelakuan (atau perangai) kita, apa yang perlu dilakukan adalah dengan merobah kepercayaan kita terlebih dahulu. Sistem kepercayaan itu berkait rapat dengan persepsi, emosi, suara hati dan perasaan kita ketika itu!

Masih ingat tentang kisah Si Man, Mana dan Manan (yang terlelap 2H2M) tempoh hari?

.
..Juri 'Rekod Boleh Dunia' terkejut dengan keupayaan pemuda 3-Boleh itu membuka semua 10 peti besi itu dengan penemuan MASTER KEY! (yang belum pernah diperkatakan manusia sebelum itu).

Ada lagi yang memeranjatkan juri?
a. Master key ditemui Man dalam mimpinya... Mana yang mentafsirkannya dan Manan yang jumpa di dalam batu kapor!

b. Apabila semua peti besi dibuka satu per satu, tiada emas, permata atau barang-barang berharga lain yang ditemui. Mereka memaklumkan kepada juri yang mereka jumpa adalah 10 peti POTENSI DIRI....


Nota

Mengapa sesuatu perubahan itu sukar dilakukan?
Di antara lainnya:
1. merasakan tiada masaalah (hidup dalam zon selesa),
2. mahu kepada perubahan tetapi tidak tahu caranya,
3. tidak mahu berubah walau pun tahu caranya,
4. takut kepada perubahan (yang mungkin memudaratkan),
5. tiada kemahiran dalam merangsang sistem kepercayaan.

ganguan ISP

Maaf, maklumat blog tidak dapat dikemaskini - termasuk entri minda.JUMAAT disebabkan ganggunan perkhidmatan
streamy
X TMnet
yang disedari bermula
09:00,21 Feb sehinggalah 16:00,23 Feb


Gangguan 'server hang' TMnet hanya diketahui berlaku apabila saya memanggil seorang 'installer' yang berdaftar dengan TMnet 'mengorek' apa yang berlaku... kerana setiap kali memanggil call centre TM-100 itu jawapannya agak mengecewakakan!...
'sistem kami tiada masaalah'.
Sikap defensif yang
tidak bertempat!

faktor junaidi-X

Pengunjung harian 'baru' blog ini adalah dalam lingkungan 80-100. Selalunya jumlah kunjungan mencatatkan lawatan tertinggi hari Jumaat (...bukan hari Sabtu).

Seperti yang dimaklumkan, saya 'menyorokkan' Msjbox selama 120 jam, bermula Jumaat lalu. Ianya bertujuan melihat 'gelagat' pelawat blog ini tanpanya. Dan jam 09:10 pagi Rabu Msjbox diaktifkan semula.

Jam 12:10 pagi ini iaitu selepas 15 jam ia diaktifkan semula pelawat barunya 3 kali ganda, berbanding tanpa Msjbox, bagi tempoh 120 jam sebelumnya.

Kesimpulan awal
1. wujudnya faktor 'junaidiX' pada blog ini...
2. setakat ini minda.JUMAAT menjadi faktor ulangan dan lawatan baru.

TERIMA KASIH SEMUA.