KPI Dashboard

ini satu cerita

Tiga orang pemuda sebaya ingin mencipta sejarah '3 Boleh', seratus tahun lalu. Mereka adalah Man, Mana dan Manan.

Dalam banyak kisah pengembaraannya, yang menarik perhatian juri 'Rekod Boleh Dunia' adalah ketika mereka sesat di padang pasir... Mereka berlindung hampir 13 hari dalam sebuah gua.

Di hari ketiga Man bertemu sebuah kitab lama. Di muka surat 100nya tercatat perihal harta karun di gua tersebut.

Di hari kelima Mana pula bertemu lubang besar di celah-celah timbunan batu besar. Di dalamnya terdapat 100 peti besi yang kukuh binaannya. Bukan itu sahaja, semua peti itu dikunci dengan mangga yang juga kukuh produknya. Penceritaan dalam kitab lama itu mula memberi petunjuk kebenaran. Mereka sudah bertemu harta karun! Gembira bukan kepalang.

Hari ke sebelas. Mereka terlalu letih... mencari anak kunci. Dalam keletihan, akhirnya Manan bertemu 10 ikat anak kunci di dalam timbunan pasir yang dikoreknya. Namun, penemuan itu ternyata memberikan masaalah baru kepada mereka...Setiap ikat terdapat 100 anak kunci, yang sama bentuknya tetapi tidak serupa dan tinggi pula teknologi buatannya... Mereka bertambah letih!

Akhirnya ketiga-tiga pemuda itu terlena selama 2 hari 2 malam!

Yang memeranjatkan juri-juri Rekod Boleh Dunia adalah peristiwa di hari ke 13. Cuba teka apakah peristiwa itu?

Nota
1. Cerita ini tiada kena mengena dengan PRU12, tetapi berkaitan 'mindset'.
2. Ianya suatu rekaan semata - tidak melibatkan yang hidup atau yang telah mati.