Kita sambung membicarakan tentang mindset. Mindset kaitannya adalah manusia. Dalam bahasa halusnya kita sebut sebagai insan - walaupun ianya adalah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud yang sama.
Falsafah dalam transformasi cara berfikir menyatakan bahawa manusia dibentuk hasil adunan tiga sistem, iaitu Sistem Perilaku, Sistem Kepercayaan dan Sistem Berfikir. Kita sebut adunan itu sebagai Sistem Insani.
Diringkasnya sebagai:
Sistem INSANI = Sistem (PERILAKU + KEPERCAYAAN + BERFIKIR)
di mana;
Sistem Perilaku merujuk kepada interaksi manusia dengan persekitarannya,
Sistem Kepercayaan adalah tahap keyakinan pola hidup dan kehidupannya, dan
Sistem Berfikir itulah yang bertindak sebagai 'penapis' di antara keduanya...APA YANG DILIHAT berbanding APA YANG DIPERCAYAINYA. Modelnya seperti di bawah ini:
Nota1. Dibeberapa siri yang lepas telah diperkatakan tentang
Model Sistem Berfikir. Rujuk semula di bawah label
pYSB2. Dengan mempelajari 'kehebatan berfikir' yang baru, selalunya akan dapat mengubah perilaku dan kepercayaan di minda kita.
3. Benarkah ungkapan "MELIHAT itu PERCAYA?".