KPI Dashboard

benci atau suka?

...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu,

dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu.

Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semua itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya...
- Ayat 216, Al-Baqarah.

Petikan ayat al-Quran di atas sewajarnya dijadikan penawar ketika sesuatu 'musibah' melanda diri sendiri, orang yang disayangi atau tempat bergangtung hidup.

Yang pasti segala ketetapan adalah yang terbaik buat mahklukNYA. Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA. Maha Suci Allah dari melakukan perkara yang sia-sia.

Semua perkara yang berlaku sudah semestinya mempunyai hikmah dan kebaikan yang tidak kita ketahui. Dan yang penting juga disedari bahawa sesuatu ketetapan itu adalah yang mampu ditanggung manusia.

Justeru itu apabila kita berdoa,
Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita melafazkan:

dengan penuh yakin;
hadirkan hati dan tidak lalai;
mengharap bersungguh-sungguh; dan
jangan tergesa-gesa (mengharapkan dikabulkan).

serta pastikan:
punca rezeki dari sumber yang halal dan
tiada elemen dosa dan putuskan silaturrahim dalam doa.

Inilah asas rukun iman kelima
- beriman dengan Qada' dan Qadar.

tun perak diundang...

Dalam mencari-cari apa sebenarnya telah, sedang dan akan berlaku di sebalik 'rampasan kuasa' di Perak, ada baiknya saya kongsi maklumat ini... entri dari blog Dr Siddiq Azani,
Fakulti Undang-Undang UiTM Malaysia.

Adab membacanya mudah - hilangkan parti apa yang di sokong di minda dan anggaplah semua 'pelakon-pelakon' dalam episod-episod Perak - bermula dengan lompat si katak lompat sehingga kini... itu 'benar' di pihak masing-masing.

Sekurang-kurangnya KETIKA MEMBACA entri Dr.Sid di bawah ini (...walau pun penulisnya jelas bias di pihaknya).

"...Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja...

Sambung baca DI SINI jika masih lagi berminat dalam mencari 'kebenaran' di alam siber...

[edisi kemaskini 8 Feb]
Dan bandingkan versi (dari perspektif undang-undang) lain daripada Art.Harun ...dan mungkin tulisan RajaPetra ini menjadi PENGIMBANGNYA!

[edisi kemaskini 21 Feb]

Catatan pena MB
sebagai himpunan maklumat krisis perlembagaan yang melanda Perak.

minda.JUMAAT: bahasa minda

Minda adalah anugerah Illahi yang amat kompleks untuk difahami. Setiap makluk yang bernama manusia dijadikan dalam berbagai kelompok dari keturunan yang sama - Adam dan Hawa.

Setiap kelompok manusia itu berkomunikasi dalam bahasa yang diselaras dan diserasikan dengan minda mereka. Ia adalah separa sedar. Amat penting dalam berimiginasi... berangan-angan. Berfikir!

Sepintas lalu ingin ditekan di sini bahawa keberkesanan bahasa minda itu menjurus kepada bahasa yang kita kuasai. Bayangkan betapa kesan keupayaan berfikir seseorang itu apabila kestabilan imiginasinya menemui jalan 'sukar' - konflik di antara minda separa sedar (imiginasi) dan emosinya!

Dalam konteks ini, ketidakupayaan menguasai sesuatu bahasa (contohnya bahasa Inggeris dalam kaedah PPSMI) tentu sekali akan melemahkan daya berimiginasi seseorang. Daya fikir bercelaru - dan yang pasti menjejaskan proses pembelajaran.

Bagaimana mungkin melahirkan kecemerlangan di kalangan anak kampung yang serba kekurangan, dipaksa berfikir dan mempelajari sesuatu ilmu dalam bahasa yang tidak serasi dengan bahasa mindanya?

Betapa nanti akan kita lihat kelompok yang terpinggir dari arus perdana (atau yang terabai di atas perbezaan politik) dari aspek-aspek ekonomi, sosial dan infrastruktur pembelajaran menjadi mangsa 'kecicirian'...

Semoga Allah selamatkan generasi yang ibu bapa mereka sebelum ini 'buta jawi' tidak ditimpa nasib malang sepanjang zaman... Menjadi kufur kerana kefakiran zamannya!

mencari penawar herba

Singgah dan menginap sebentar di Spices & Herbs Paradise
milik Tuan Hj Nasuha dalam siri kembara
mencari penawar herba...

Kagum dengan semangat kentalnya dalam menunaikan fardu kifayah dalam aspek-aspek perubatan dan makanan kesihatan berteraskan rempah ratus dari ribuan spesis herba di ladangnya - melebihi 3000 ekar di Pagoh, Muar.

Dalam pertemuan singkat di Restoran Herbalya - sambil menikmati nasi beriani & sup herba serta teh 'serico' dan 'gora' - ternyata penerokaan beliau lebih 30 tahun dengan alam tumbuh-tumbuhan memberi manfaat kepada yang 'mencarinya'.

Kini beliau dalam proses menubuhkan fakulti perubatan herba dengan pihak-pihak IPTA tempatan dan serantau. Semoga usaha seumpama itu akan memperkayakan lagi peningalan khazanah ilmu yang mendekatkan manusia dan PenciptaNYA. Amin.

doa buat Kekasih

Setiap kali saya berdoa, saya jadikan doa buat kekasih sebagai panduan berdoa. Bagi saya doa buat kekasih adalah doa yang terbaik susunan doanya. Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:

1. Tawasul;

2. Khusus;

3. Sebab/alasan;

4. Tawasul; dan

5. Pasrah.

Baca selanjutnya catatan menarik nukilan FuadLatip DI SINI.

minda.JUMAAT: 33

Isnin lepas gerhana matahari. Rata-rata kita di Malaysia berkesempatan menyaksikan kebesaran Illahi dalam mentadbir semesta alam... Kami berkesempatan solat sunat gerhana. Alhamdulillah.

Malam hari tersebut, 30 Muharram 1430H adalah permulaan hidup berkeluarga 33 tahun yang lalu - saya diijab kabulkan dengan pilahan hati, Saripah Ahmad... 'musuh /pesaing' ketika bersekolah di kampung!

Hari ini juga 33 tahun lalu, mengikut kaleder Masehinya...

Aishah, Redza, Zahra & Hana

Hari ini merenung pula 33 tahun mendatang: Bagaimana agaknya warna kehidupan empat orang cucu? Redza & Aishah (kini darjah satu), Hana (3 tahun) dan Zahra (3 bulan). Semoga mereka mendapat perlindungan Allah dalam membina keluarga masing-masing nanti. Itulah doa kami.

Kami terus memanjatkan kesyukuran di atas nikamat kebahagian dan zuriat yang dikurniakan. Semoga hidup yang masih berbaki ini dapat dimanfaatkan untuk memperhambakan diri kepadanya. Amin

...sebahagian dari keluarga besar kami (Raya 2008)

gerhana matahari

Dikemaskini: image dari Ezankn.Fotopages

Hari ini 26 Januari 2009, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina, tahun lembu jantan... di sebelah malamnya Hari Ini 33 tahun lalu saya dijabkabulkan!... dengan Saripah Ahmad.

Dan pada hari ini juga Gerhana Matahari Anulus (Cincin) akan berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia.

Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari.

Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan...

Maha Suci Allah, di atas kekuasaanNYA.




Tontoni webcasting ANGKASA hari ini
dari jam 4:30 petang hingga 7:00 malam.
Lintasan Gerhana Matahari Anular
Merentasi Bumi (Warna Merah)


Panduan ringkas Solat Sunat Gerhana Matahari
boleh disemak DI SINI

Sumber: laman web ANGKASA

Jangkaan NASA berlakunya gerhana bulan dan matahari dalam tahun 2009 seperti berikut:
Peristiwa gerhana matahari di malam Nisfu Syaaban 1428H DI SINI

minda.JUMAAT: minda.ISLAMI

Kuliah Subuh Ahad lalu di MDE Subang Jaya menampilkan Ustaz Syed Norhisyam. Pertama kali saya hadiri tazkirah beliau.

Kupasan dan pendekatan tafsir al-Quran beliau amat menarik perhatian... khususnya aspek tanda-tanda (SIGNS) kebesaran Allah yang kini dapat dibuktikan melalui kajian SAINS /dan kemajuan teknologi... Baca entri sains & signs

Ikuti dan lawatilah selalu perkongsian ilmunya melalui blog minda.ISLAMI.kotemporari
- medium terbaru yang digunakan untuk beliau berdakwah dalam misinya...

"...menjana DI SINI, untuk bekalan DI SANA"


Ustaz Syed Norhisyam:
Lulusan dalam bidang Pengajian Islam, dari Yaman. Terpilih untuk mengikuti Program Imam & Khatib di Mekah tajaan Muslim World League (Sep 07 - Jul 08). Kini sedang menyiapkan tesis MA di Universiti Malaya.

senyum dan darah!

Sampailah hajat Barack HUSSIEN Obama menduduki Rumah Putih, sebagai Presiden Amerika ke 44 - yang tidak seputih hati yang pernah mendiaminya sebelum ini... terhadap umat Islam dan pimpinannya!


Kenali siapa sebenarnya "Barack Obama" DI SINI... Barack Hussein Obama - MUSLIM - Documentation

Bagaimana nanti PBB diperkudakannya nanti? Riak-riaknya dalam tempoh 44 hari sebelum ini jelas... Lihat entri saya sebelum ini.

Apakah dia akan menerima nasib yang sama dengan JFK? Hanya sejarah 4-5 tahun mendatang akan melakarnya.

Tunggulah bencana dari agenda "CHANGE" o-Bam-A!...

Senyuman seorang yang hajatnya tercapai...
dipetik dari laman web al-Qardawi

Dan betapa dunia melupakan
darah syahid terus mengalir di Gaza...


HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA!

jimnastik minda.POLITIK

Sengaja tidak mahu ikuti proses mengira undi PRK KT malam tadi.... Ditakdirkan 'terlelap' awal. Terkejut jam 11:55 malam, terlupa pula...

Bangun awal pagi... rutin, dan sempat rehat jam 5:00 pagi untuk seketika mendengar berita - sekadar untuk mengesahkannya sahaja!...

Dan pagi ini tidak satu pun akhbar arus perdana menjadikan keputusan PRK KT sebagai tajuk utamanya! Berita-berita radio dan TV pun tidaklah seharian menyiarkan ulasan-ulasan orang-orang tertentu mengenai keputusan sebenarnya. Rasanya macam PRK KT tidak berlaku semalam...

Tentu pembaca boleh agak jika keputusan itu sebaliknya?

Sebagai seorang pengamal ventran media, mari kita berjimnastik minda politik bersama A Kadir Jasin yang meramal dan mengulas keputusan PRK KT semalam...

[Versi Yang Dirombak/Revised Version 18 Januari 2009, 1:02 am]

PADA hari Jumaat, 16 Januari, akhbar arus perdana Berita Harian menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata : “Barisan Upbeat, Pas Edgy” (Barisan Yakin, Pas Gementar).... BACA SETERUSNYA

Bandingkan pula berita yang dipetik di laman BERNAMA... untuk teruskan jimnastik minda.POLITIK


Blog ranked
20.10.09 1300hrs Authority 13 Rank 450,817


minda.JUMAAT: minda hati

Pagi ini berpeluang menonton kuliah /rutin mingguan "Tanyalah Ustaz TV9" (secara langsung setiap Jumaat-Ahad, 7.00-8.00 pagi), Alhamdulillah.

Topik minggu ini adalah 'Shubahah', dikendalikan secara interaktif oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah. Fokusnya tentang 15 ciri-ciri pencarian, pemilikan dan pembelanjaan harta /sumber rezeki yang haram... pagi ini hanya sempat beliau kupas ciri pertama sahaja - kerana ramai pemanggil dan email. Yang menarik slot pagi tadi disulami soalan-soalan 'berkualiti' untuk dikongsi bersama.

Sambil menonton TV itu, teringat saya akan pesanan bestari...

"Jika ingin menyelami MINDA HATI kawan...
libatkanlah dirinya sebagai rakan kongsi bisnes!"

Pertama kali saya mendengarnya beberapa tahun lalu ianya semacam ungkapan biasa sahaja. Namun, beberapa interaksi penonton dengan Ustaz mengingatkan kembali peristiwa beberapa bulan lalu...

Betapa seorang kawan yang nampaknya bersungguh-sungguh untuk menjadi rakan bisnes - di atas sedikit kepakaran dan pengalaman yang saya miliki - terpaksa 'menghilangkan' diri apabila saya cuba lakukan 'ujian' bestari itu!...

Ujian itu dengan ungkapan mudah sahaja kepada beliau...

"...saya lebih suka kita bergaduh sekarang, dari kita bermusuhan apabila duit di hadapan mata nanti!..."

Tujuan ungkapan itu adalah untuk memperincikan terma-terma perkongsian yang dirancang. Mencari ketelusan. Merisik kebenaran. Menyelam hati budinya sebagai seorang kawan...

Tetapi dalam beberapa pertemuan jelas sekali beliau cuba lari dari topik itu...dan mempamirkan ciri-ciri untuk menipu (bahasa badan si penipu)... Ujian saya berjaya! Alhamdulillah.

Di akhir program Tanyalah Ustaz pagi tadi
beberapa kali Ustaz berpesan

" Benar, ikhlas itu di HATI...
TULIS itu mengelak pertelingkahan! "

hari ini 50 tahun lalu (2)...

Seorang rakan blogger beri komennya di entri tajuk serupa DI SINI

"...Wah seronoknya mengenang kembali nostalgia hari pertama persekolahan. Saya juga mempunyai nostalgia yg menarik...

Nampaknya semua kita dari anak orang susah. Bila agaknya kita boleh baca nostalgia anak orang berada pula?..."



dan respon saya begini...

"...Mungkin anak cucu kita yang akan bercerita tentang 'kesenangan' mereka dibesarkan, bersekolah dengan segala kemudahan, ke universiti dengan kereta sendiri dan yang seumpamanya...

Bagaimana pula nostalgia 5o tahun akan datang (apabila mereka yang sebaya dengan cucu-cucu saya sekarang menghantar cucu-cucu mereka ke sekolah) dalam versi tahun 2057 "naluri jiwa robotik"...capaian visi nasional?

Apakah agaknya nostalgia mereka?

Yang pasti ujian getir kehidupan adalah "derita dalam kemewahan". Diwarnai lalai, alpa, hilang nilai budaya, krisis identiti...dan sewaktu dengannya! Ini berdasarkan apa yang telah mula /dapat kita saksikan sekarang. Menyayat hati!.."


Saya tidak catatkan secara jelas bahawa nasib (anak bangsa Melayu) 50 tahun akan datang mungkin akan lebih "miskin" lagi kerana tercicir dalam kegawatan ilmu dan pendidikan.

Ikutilah siri-siri entri yang memberikan
"senario HARI INI realitinya ESOK" di link TUNGGU pupusnya LIDAH Melayu? di sidebar blog ini...


sains dan signs

Sesungguhnya, alam semesta dan segala bentuk mahluk ciptaanNya adalah untuk dijadikan bahan asas untuk manusia berfikir...

Itulah mukjizat al-Quran. Ayat-ayat yang diwahyukan tentang Kekuasaan dan Kebesaran Allah banyak merujuk kepada persekitaran dan kehidupan manusia seharian.

Ianya merupakan TANDA-TANDA (signs) - cetusan kearah peningkatan tahap keimanan, kepada mereka yang mahu berfikir!

Namun, evolusi perkembangan ilmu dan kemajuan teknologi; SAINS telah membantu untuk proses 'pembuktian' apa yang telah dirakamkan Al-Quran lebih 1400 tahun dahulu. Sebagai contoh:

"...dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui" - Surah Yassiin, ayat 38

Pakar Astronomi kini telah membuktikan bahawa matahari itu bergerak pada halaju 217km/saat... Rujuk DI SINI

Tanda-tanda yang besar Allah tunjukkan seperti dalam ayat 33-50 Surah Yassiin... yang menjadi budaya masyarakat Melayu membacanya setiap malam Jumaat.

Adakah al-Quran itu kitab tentang
Sains atau Signs sahaja?

...mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

MINDA.Jumaat: kiriman senjata!


Kejamnya rejim Yahudi laknatullah!

Tiada kata-kata yang dapat menceritakan,
betapa umat Islam di'aibkan!

Ketika pendukung rejim jelas bersandiwara
( bUSH, oBAma, bLiAr dan PBB )
Pemimpin-pemimpin Arab jelas terlena!

Hanya doa! doa! doa!
kiriman senjata yang upaya,

doa Qunut Nazilah...
dalam Solat Jumaat, Solat Hajat kami!
...........................
Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka;

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka;

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka;

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka.

..........................

YA ALLAH, AMPUNILAH KAMI
DI ATAS KELALAIAN KAMI!

YA ALLAH, KAMI MEMOHON BANTUAN
TENTERA-TENTERA LANGIT MU!


HANCURKAN SEMUA PIHAK YANG
BERSEKONGKOL DENGAN KEKEJAMAN
DI BUMI PALESTINE, BUMI AMBIA' MU!

Nota: Gambar gambar dipetik dari AP

080109

Hari ini bertambah setahun lagi usia saya. Syukur dengan nikmat yang telah dikurnia Allah. Semoga dikurniakan kesihatan untuk terus memperhambakan diri dalam memohon keredhaanNYA. Amin

Namun itu juga memberi petanda jelas menghampiri setahun lagi kepada kematian!... Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Pengatur akan perjalanan hidup hambaNYA.

Seingat saya, sejak bermain-main di laman blog sendiri entri saya selalunya pedek. Ringkas. (sehingga ada yang minta ianya dipanjangkan...). Sebenarnya matlamat entri saya lebih kepada merangsang minda, bukannya memberikan jawapan. Entah bagaimana, tanpa saya sedari kisah hari ini 50 tahun lalu... saya agak teruja! Banyak rasanya ingin diluahkan... tetapi takut nanti over pula.

Terbaru satu lagi laman ilmu dan pengalaman hidup saya sediakan di livejournal ONEminute.COACHING . Bertujuan memberi sedikit pesanan ringkas tentang pembangunan minda dalam bentuk coaching. Sudi-sudikan ke sana.

kemaskini...malamnya, selepas Maghrib

Bersama semua anak cucu, tanda kesyukuran.
Terima kasih juga semua rakan bloggers
yang mengiringi doa melalui SMS...

[uncleJ: order JM ke rumah sahaja...
saya sudah linkkan JM Bariani, untuk kemudahan ]