Redza di Subang Jaya (kurikulum integrasi, Masjid Darul Ehsan). Aishah pula di Bandar Sri Damansara - bentuk pembelajaran yang sama juga). Semoga mereka mendapat pendidikan dunia dan akhirat terbaik di peringkat awal persekolahan, InsyaAllah.
Ini pula kelas Redza pagi hari pertama...
Kedua-dua mereka berpeluang ke sekolah 'alternatif'...
...untuk 'menyambung' pendidikan pra-sekolahnya.

Redza sebelum ini berada ditahap Tahun 2 di Dubai International School. Penguasaan Bahasa Inggerisnya amat baik, tetapi pembacaan teks Bahasa Melayu perlukan keseimbangan. Tetapi kemahiran komputer dan lego menandingan datuknya!..
Aishah bertukar tadika setiap tahun... 3 tadika berbeza: pendidikan ala China, Islam dan Integrasi... Kini tahap bahasa Melayu dan Inggerisnya amat baik. Sering 'menegur' kesilapan sebutan bahasa Inggeris orang dewasa /nenek-neneknya! Kami sering menyakat dengan sengaja buat sebutan salah.
Sejak tahun lalu Aishah telah berupaya membaca buku-buku Darjah 6 dan 'buku-buku tebal'... dan mempunyai kelebihan mengingati dan menceritakan 'pengalamannya' ketika berusia kurang setahun...

Hari ini 50 tahun lalu... nasib saya tidaklah seperti Redza dan Aishah. Saya ke sekolah berkaki ayam sejauh 5 km... menyandang beg rotan yang ada di dalamnya sekeping 'papan batu' dan 'sebatang kalam' - tidak seperti Redza dengan set beg 'Ben 10' dan set 'Hannah Montana' pula untuk Aishah.
Sekolah kampung (SK Bachang) yang agak lengkap juga kemudahannya. Kini sekolah itu hanya dalam lingkungan 300 meter sahaja dengan kompleks Melaka Sentral, yang dikelilingi lebuhraya!
Saya masih ingat... sayalah murid darjah satu yang tegap (dan hitam) di antara yang besar! Tentu sekali jadi pilihan sebagai ketua darjah... penolong ketua darjah pula murid perempuan.
Seingat saya, sepanjang bersekolah rendah saya ditempatkan sebangku (panjang duduk dua orang) dengan murid perempuan...bersilih ganti - kerana dalam peperiksaan budak-budak perempuanlah yang selalunya jadi saingan saya. Tempat duduk ikut 'nombor' dalam kelas... 1,2,3... dan seterusnya.
Dan budak-budak lelaki sering beri saya 'upah' roti majerin (makanan anak orang senang), kueh-kueh dan juga duit 5 sen... kerana 'menyalin kerja rumah'! (bagi mereka tiru...he he he...kalau tidak bagi kena lanyak!).
Saya jarang bawa duit ke sekolah. Bawa bekal nasi sambal anak ikan (ikan bilis) dibungkus dalam upeh (pokok pinang). Minum terus dari kepala paip air...