KPI Dashboard

Hamilton - Obama

Dua 'hari ini dalam sejarah' diukir "orang kulit hitam" dalam minggu pertama November 2008...

2 November
Lewis Hamilton menjuari F1 2008 dengan gaya yang penuh sensasi, di litar Interlagos, Brazil... bukan sekadar pemandu F1 kulit hitam pertama menjuari sukan termahal itu, tetapi juara termuda!
Baca entri sebelum ini DISINI

4 November
Barack Obama, dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat dari keturunan Afro-American (kulit hitam) pertama...dalam sejarah 200 tahun Amerika. Pastinya kini menjadi berita paling panas di dunia.
Baca profil Obama DI SINI dan catatan A Kadir Jasin

Apa pun... kedua-dua mereka telah melalui dan menjadi
mangsa "perkauman media" yang tidak bertepi!


minda.JUMAAT: organisasi HALAL

Logo HALAL yang terdapat di pintu-pintu masuk restoran sering kali memerangkap orang-orang Islam yang bersikap 'tidak kisah' - walaupun jelas haramnya!... dari kedai kopi sehinggalah hotel berbintang-bintang!

Cabaran kepada generasi sekarang amat getir. Makanan yang menjadi darah daging umat jelas tercemar! Tercemar dengan unsur-unsur yang pastinya menggugat 'aqidah. Dan kesannya dapat kita amati dari kegawatan sosial masyarakat kita hari ini. Makananlah yang membentuk sahsiah!

Apakah akan bertambah parahnya sahsiah umat apabila logo halal itu menjadi barang dagangan? ... dengan berpindahnya kuasa JAKIM ke HDC (Halal Development Corporation).

Semalam berkesempatan hadir di majlis perlancaran Piawaian MS1900:2005 di IKIM. Semoga langkah pentauliahan tanda "Organisasi HALAL" akan sedikit sebanyak menyekat proses hakisan 'aqidah (tidak hanya melalui makanan, tetapi tindak tanduk pengurusan) umat Islam di Negara ini dan sejagat - dalam tempoh jangka panjang, InsyaAllah.

Nota
Memiliki sijil-sijil pentauliahan berdasarkan mana-mana piawaian di dunia ini adalah bersifat SUKARELA, kecuali dipaksarelakan pihak ketiga!

MS1900:2005

Satu-satunya piawaian Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan Islam di dunia, dilancarkan hari ini oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi; bertempat di IKIM.

Ia dikenali sebagai MS1900:2005. Dokumentasinya berasaskan kepada ISO 9001:2000 yang diterajui pihak IKIM dan SIRIM-QAS.

Certification akan dikendalikan pihak SIRIM-QAS dan akan memberi peluang kepada organisasi disahkan sebagai SYARIAH COMPLIANT dalam aspek-aspek sistem pengurusannya. Dalam lain perkataan akan menerima tanda "organisasi HALAL"... insyaAllah.

Apakah perbedzaannya? Proses certification dikendalikan menjurus kepada nilai dan roh (intangibles) pengurusan organisasi, dan bukan sekadar yang berlandaskan prestasi bisnes semata-mata.

Amanah, Adil dan Ihsan adalah ciri-ciri asasnya, di samping kewujudan Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Unit Pematuhan Syariah /dan perlantikan Pegawai Pematuhan Syariah dalam organisasi berkenaan.

Baca lanjut DI SINI

cucu.SPIES


Zahra Azzam adalah cucu ke-4... Lahir hari Khamis lepas, 23 Syawal 1429H, Alhamdulillah.

Ketika itu datuknya dan trainer PTS yang lain sedang mengendalikan program perintis Kepimpinan Siswa SPIES - program latihan dimana aspek-aspek Spritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial menjadi MODUL TERASnya... pastinya berdasarkan nilai-nilai murni Islam.

Semoga pembangunan naluri dan sahsiah
Zahra diSPIESkan, insyaAllah

Di antara barisan Trainer PTS (di Majlis Penutup)
Sham, hjSab2, Dr Tengku Asmadi, Osman Affan
Zamri, A Razzaq, Norlela Zubir


cuti...

...bercuti dan networking

komuniti sumber manusia

di Genting Highland bersama keluarga





kerlingan lalu...

Petang tadi berlangsungnya majlis rasmi penyampaian tauliah Certified Professional Manager Coach (Certified PMC) dari Cambridge Association of Managers (CAM), United Kingdom. 15 orang penerima dari rantau Asia Pasifik untuk beberapa jenis tahap kompetensi pengurusan kepimpinan. Hanya seorang coach wanita dari China dan saya, adalah penerima Certified PMC di majlis berkenaan.

Proses pentauliahan itu dilalui dengan mendapatkan bimbingan seorang Master Coach tempatan yang berpengalaman dalam bidangnya iaitu En Shaker bin Mustafa (Shaker Sdn Bhd) dengan kerjasama Asia.Coaching (wakil serantau CAM). Dan saya adalah murid pertamanya yang mendapat tauliah dari CAM.

Namun, pelaburan di atas itu sahaja tidak mungkin menjadi kenyataan, seandainya tanpa peranan rakan-rakan bloggers yang sanggup menawar diri sebagai Coachee (pro-bono - coaching percuma untuk tujuan certification).

Saya ingin lakukan kerlingan lalu... semasa menawarkan coaching percuma DI SINI dahulu. Seramai 20 orang rakan blogger telah dipilih untuk menjadi coachee. Dan merakalah sebenarnya bermulanya suatu perjalanan baru saya, mulai semalam... Certified Coach - the world of possibilities, InsyaAllah.

Kepada mereka semua, saya rakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan. Siapalah saya sebagai Coach, tanpa semua Coachee!


NOTA
1. Kepada 20 Coachee saya itu, mulai 1 November 2008, saya akan menawarkan tambahan dua sesi percuma atau 5 jam coaching hours - untuk melengkapan Peta Strategi /Pelan Tindakan idea masing-masing. Sukacita dapat hubungi saya untuk merancang jadual sesi coaching (November 2008 - Mac 2009).

2. InsyaAllah, tambahan jam di dalam buku log coaching itu sebagai persediaan saya untuk mendapatkan tauliah CPC pula dari ICF, International Coaching Federation, USA (Target: Tahun 2009).

3. Majlis yang sama juga melibatkan lebih kurang 30 graduan EU Open University (IIU) - DBA ( 2 orang - salah seorangnya pegawai kanan JPA), Master (1 orang) dan Bachelor (semuanya dari Indonesia).

4. Lihat gambar-gambar di majlis konvokesyen antarabangsa itu DI SINI.

minda.JUMAAT: asakan minda kufar

Entri minda.JUMAAT agak terabai sejak akhir-akhir ini... mohon maaf kepada rakan pengunjung (setia) yang dapat dikesani kehadirannya - kerananya.

Selepas mengemaskini modul berkaitan kepimpinan siswa dan dihantar kepada pihak 'penyelaras bahan-bahan program', tertera di laman gmail saya "Ini Kehidupan Sebenar?" - yang menghubungkan blog tertera di atas. Pastinya blog /website tersebut ada sponsornya...

Selepas membaca beberapa entri premiumnya, ternyata sangkaan awal saya meleset!

Sebenarnya itu adalah pendekatan halus pihak musuh Islam merosakkan 'aqidah remaja Islam. Dalam kes ini kumpulan sasarnya adalah siswa. Remaja Melayu tentunya!

Ini merupa satu dari jutaan hidangan di alam siber yang pasti dengan mudah memerangkap anak-anak remaja Islam yang melekat di depan internet...

Ya Allah, lindungilah kami,
anak-anak kami, dan zuriat kami
serta generasi muda kami
dari asakan-asakan minda kufar,
baik di hadapan mata mahukan pun
DI ALAM MAYA
amin! amin! amin!

al-Wali

al-Wali
Yang Maha Pemerintah

"Bagi setiap manusia, ada malaikat-malaikat yang selalu
mengikutinya secara bergilir, di hadapan dan di belakangnya.
Mereka menjaga manusia atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah
tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
keadaan diri mereka sendiri. Apabila Allah mengkehendaki
keburukan pada sesuatu kaum, maka tidak ada apa yang
dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada
pelindung bagi mereka selain Allah"

ar-Ra'd (13) : 11


tidak selesai?

Pak Lah akhirnya akur kepada desakan 360 darjah?

Rentetan peristiwa sejak 8 Mac 2008 akhirnya tiba di kemuncaknya pada 8 Oktober... enam bulan yang mungkin mencatatkan sejarah kepimpinan Negara yang tersendiri!

Ikuti catatan BERNAMA di SINI

Pastinya ia menjadi berita besar (media arus perdana, juga yang belum diperdanakan) hari ini - tetapi apakah ia sesuatu yang tidak memeranjatkan?

Apa yang pasti, dalam kita membina minda (politik) sihat, ikutilah reaksi pihak-pihak 'kawan dan lawan'... DI SINI , KE SINI dan DI SANA pula... [Nota: ini hanyalah dari sumbernya berNAMA]

Bacaan minda: Bacalah juga apa yang tidak tertulis di akhbar-akhbar lain dan yang tidak tersiar di stesen-stesen TV tempatan... untuk tempoh enam bulan 'tempoh edah' yang mendatang.

CERIA... Abdullah Ahmad Badawi sempat berseloroh meminta para jurugambar merakam gambarnya bersama Najib Tun Razak (gambar kiri) sebelum sidang akhbar di Ibu Pejabat Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. Beliau kemudian bersalam dengan Najib yang bakal menggantikannya Sumber: Utusan Online

Tetarik dengan entri A Kadir Jasin

Nota

1. Bacalah juga dua senario berbedza tetapi sama tujuannya (lihat gambar di atas): Jika mantan PM Tun M diiringi tangisan (ketika pengumuman) dan ungkapan 'perjuangan belum selesai' disajakkan; apakah kali ini akan timbul ungkapan 'perjuangan tidak selesai' kerana masih 'mencari-cari' As Shafie, Al Ghazali... dan akan bertambah kalutkah lagi perjuangan umat Melayu?

2. Jika umat Melayu tidak berpaksikan kepada agamanya dalam berpolitik, tunggulah padah yang akan menanti! Itu janji Allah... Bersama-samalah kita memohon agar Negara ini diselamatkan dari malapetaka dan kegawatan politik yang tiada hujungnya! Amin.

mak Temah

Pagi raya di Krubong (Melaka) kali ini Mak Temah (ibu mertua) dikelilingi hampir kesemua anaknya - 3 perempuan 7 lelaki ditambah dengan 42 cucu dan 4 cicit. Ternyata senang sekali dengan riuh rendah dan gelak ketawa...dan terus bercerita teladan kepada anak-cucunya.

Acap kali, mengimbas kembali persiapan Pak Mat (suaminya) sebelum Ramadhan dan Syawal. Betapa beliau membuat tabungan sadaqah Ramadhannya untuk jiran-jiran yang memerlukan - berupa beras dan bahan makanan /pakaian raya.

Kisah betapa 20-30 ekor kucing yang dibuang orang, dipelihara dalam kesempatan rezeki yang ada - walaupun sekadar nasi dan kuah semata! Beliau akan pastikan kucing-kucingnya makan terlebih dahulu sebelum berbuka puasa.

Beberapa guni mee segera reject dari Kilang Mamee di Ayer Keruh disediakan pula untuk hidangan burung-burung yang turun di halaman rumah.

...di antara yang sempat menghulurkan muka selepas solat raya

Salah satu sikap Pak Mat yang amat disegani kawan: "...hanya tersenyum dan lantas angkat kaki!" apabila ada yang mula membuka cerita dan aib orang lain...

Itulah di antara cerita-cerita lazim Mak Temah. Diulang, diulang dan diulangnya, kadang-kadang sampai 2:00 pagi bersama cucu-cucunya!

Dalam selang-seli cerita dan tawa itu, kami terdengar satu kisah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini... Sebenarnya Mak Temah paling takut apabila ada orang meninggal dunia... dan kisah Pak Mat pernah berseloroh mengusik: "...nanti aku mati di atas riba engkau!"

Nota
1. Hari ini genaplah empat tahun empat hari bapa /mertua yang kami hormati itu kembali keRahmatullah. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di atas riba Mak Temah dalam keadaan yang tenang sekali... semoga rohnya dicucuri rahmat Illahi dan dilapangkan kuburnya.

2. Mulai jam 11.00 pagi satu demi satu anak-cucu Mak Temah meneruskan ziarah raya mereka: ke Kuala Ketil, Penaga, Plentong, Kota Bharu... juga Lembah Klang. Di rumah hanyalah dari keluarga yang sulong (kakak /isteri saya) dan adik yang bongsu... mungkin sehingga esok petang.


Raya ke2...8 dari 10 keluarga anak Mak Temah
yang berkesempatan ke majlis tahunan "Ina&Dabok"

salam idilfitri

kepada semua pengunjung blog ini...
salam idilfitri di ruang siber

daripada
hjSab2 & keluarga


Nota
Imej kadraya dipinjam dari blog Kassim.Selamat

majlis TAMRIN

Majlis berbuka puasa TAMRIN di adakan petang semalam, di dePalma Ampang, satu-satunya hotel yang menyediakan kemudahan lengkap Ramadhan... bertemu dan ramah mesra dengan mentor-mentor, juga kawan-kawan lama dan baru - khususnya yang terlibat langsung dalam perkhidmatan perunding latihan.

Tahniah kepada yang terlibat dalam mengatur majlis berkenaan - dari orang kuatnya Dr Tengku Asmadi (bakal Dato'...masin lafaz doa Datuk Hj Dr Mohd Fadzilah Kamsah ketika menyampai amanat ringkasnya) dan tenaga-tenaga muda dari RK Training.

Ikuti catatan daripada Setiausaha TAMRIN DISINI dan sedikit tambahan rakaman penceritaannya...

...bersabar menunggu azan Maghrib -
LR: Isma (Pegawai Khas Exco SDE), Hj Pahrol (Fitrah Perkasa /Pengacara TV), Hj Ahmad Salim (MD Fitrah Perkasa, lebih 20 tahun tidak bersua), Sab2 dan Amirullah (CEO, Centre for Islamic Business Research /PPIM)

...tokoh-tokoh hebat dan barisan Penasihat TAMRIN
- yang tidak perlu diperkenalkan

...luahan rasa bersama Mentor DFK, dalam kesempatan terhad!

nuzul Quran

Musafir 4H3M di Kuantan kali ini agak lain berbanding sebelumnya... Mengendalikan program di bulan puasa dan pertama kali menginap di Shahzan Inn Kuantan.

Jarak Masjid Negeri Sultan Ahmad I dari hotel hanya dalam linkungan 5 minit berjalan kaki... Suatu rahmat Allah di bulan Ramadhan!

Perjalanan untuk solat Subuh sungguh damai sekali. Jemaahnya di antara 100-120 setiap pagi. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!

Namun, suasana ketika solat tarawih agak panas. Bermandi peluh - walaupun angin di luar yang bertiup meredah kawasan luas padang MPK sungguh menyamankan!

Terdekit di hati...
Agaknya salah akitek yang merekabentuknya dahulu? atau;
Mungkinkah berpunca dari ketiadaan majlis-majlis taskirah, talaqi dan tadarus al-Quran* di bulan yang mulia ini?... di masjid yang besar, indah dan tersergam binaannya.

Malam nuzul Quran dilimpahi dengan hujan lebat dan angin kencang (selepas tamat solat tarawih, witir dan tahlil). Kesan lopak-lopak takungan air di padang MPK jelas.

Dalam hati berkata-kata: "mungkinkah pesta dan perkelahan berbuka puasa petang ini terjejas?..."
Hanya Allah Yang Menentukannya.

berkelah

14-17 Ramadhan berada di Kuantan, memenuhi jemputan sebuah agensi Kerajaan Negeri yang di dalam proses pengkopratan hujung tahun ini... Gambar di atas dirakamkan dari bilik hotel petang kelmarin - berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad I, Kuantan; 10 minit sebelum masuk waktu Maghrib.

Satu 'pengalaman baru' budaya berpuasa di Malaysia... berkelah (sakan) dan berbuka di padang MPK! Kawasan strategik untuk berdakwah /dan beribadat... namun sehingga akhir solat tarawih, pekerja MPK masih tekun membersihkan sampah yang melaut!

...yang mendukacitakan, dalam masa yang sama masih ada kelompok-kelompok yang bagaikan 'sedang bersantai di bawah cahaya bulan penuh'. [Juga... yang menjolok mata!]. Aktiviti-aktiviti yang sedang berlangsung di masjid bagaikan mendengar radio sahaja bagi mereka!

Aduhai, anak bangsaku... yang terus mencipta budaya Malaysia Boleh!

Nota
Keadaan mungkin berbedza sekiranya pihak yang berkuasa 'menganjurkan' perkelahan tersebut menyediakan skrin besar (di padang MPK tersebut) dan menghidangkan rakaman taskirah 30 minit sebelum berbuka puasa.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

berkursus

Selalunya kebanyakan trainer berehat di bulan Ramadhan... Namun, trainer juga perlu juga menghadiri kelas /kursus dalam memantapkan kemahiran juga mempelajari perkara-perkara yang kadang kala dirasakan macam 'telah tahu'!

Lima hari minggu ini (8-12 September 2008) bersama rakan-rakan trainer PTS yang lain, kami memilih untuk hadir program TrainTheTrainer PSMB, ...dua entri dari blog Tuan Osman Affan menceritakan sedikit kisahnya.

kelas taqwa

Hari ini hari ke dua kita berada di kelas taqwa. Amalan puasa wajib Ramadhan merupakan proses pendidikan untuk mencapai matlamat akhirnya - tahap ketaqwaan di sisi Allah. Perkara yang kita semua sudah amat arif dengannya.

Yang mungkin kita terlepas pandang adalah soal bagaimana menjejakinya. Berikut adalah intipati perkongsian sedikit ilmu, dari kuliah Manghrib malam pertama sebelum solat tarawih kelmarin:

1. Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran. Al-Quran membawa kebenaran. Menghapuskan kebathilan. Itulah modul asas pembangunan modal insan. Justeru, memperbanyakkan amalan membaca al-Quran dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya adalah langkah perbersihan jiwa.

2. Ramadhan telah dikurniakan RahmatNYA yang melimpah ruah. Membuka ruang untuk kita mudah untuk mengimpakkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan. Bulan untuk penambahbaikan dalam membentuk suasana 'baitul-muslim' - membudayakan Islam dalam kehidupan.

3. Ramadhan itu bulan Qiam. Bulan di mana mudah untuk menunaikan amalan-amalan solat sunat. Kita akan dapati setiap malam akan ramailah yang berpusu-pusu ke masjid bersolat tarawih. Lebih-lebih lagi 10 malam pertama. Tahap pencapaian taqwa bukan mudah sebenarnya. Taqwa itu dari segi bahasa pengurusannya adalah kualiti. Kualiti itu bukan milik semua. Itu sebabnya di malam 10 terakhir, yang dijanjikan terlepas dari siksa api neraka; ruang-ruang solat di kebayakan masjid dan surau menjadi lengang... Nabi telah dipertontonkan bahawa penghuni neraka lebih ramai dari syurga!

4. Komponen keempat dalam proses pendidikan Ramadhan adalah hati. Didiklah hati dari segala bentuk sifat-sifat terlarang. Hati kita tidak siapa berupaya mengawalnya. Hanya kita sendiri! Itulah halangan rapuh yang memisahkan kita dan pencapaian taqwa.

5. Jagalah lidah, mata dan telinga! Ketiga-tiga deria itu terdedah. Dan sewajarnya lebih mudah dipuasakan, sekiranya hati telah terdidik sempurna.

Dan...
Gambar dipetik dari theStar on-line

6. JAGALAH PERUT! Jelas, Ramadhan dalam masyarakat kita adalah bulan PESTA MAKAN... Inilah suatu budaya yang merosakkan roh Ramadhan itu sendiri. Proses merehatkannya dalam bulan Ramadhan tentu sekali menimbulkan kejutan dengan budaya Malaysia Boleh itu! Sedangkan amalan berpuasa itu telah terbukti amat baik dari aspek terafi kesihatan. Semua tahu penyakit bermula dari perut...

Hanya Allah YANG MAHA MENGETAHUI akan amalan setiap mahkluknya.