KPI Dashboard

RAMADHAN...kau tiba lagi!

Bismillah hir Rahma nir Rahim
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Ya Allah, muliakanlah kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku, Tuhanmu ialah Allah.


Kepada pengunjung blog ini, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH RAMADHAN. Semoga amalan-amalan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu, InsyaAllah.

persekitaran YSB(10): EKONOMI

Agak lama siri minda.STRATEGIK berehat... dan bersempena dengan pembentangan Bajet2008, kita sambung bicara aspek yang berkait rapat dengan siri persekitaran YSB.
Masih ingat lagi tentang PEST? ...kita menoleh kebelakang sebentar - sekadar untuk penyamanan minda.
Di siri persekitaran YSB(5) telah dibicarakan tentang POLITIK - P dalam PEST. Faktor EKONOMI merupakan elemen yang amat berkait rapat dengan POLITIK... seperti aur dengan tebing.
Begini cerita mudahnya: Bajet, yang dahulunya di kenali sebagai 'belanjawan' itu adalah apa yang tersurat - aspek ekonomi.... Yang tersiratnya adalah politik!
Politik dan ekonomi adalah dua faktor yang melakar bentuk persekitaran. Baik di negara maju, sedang membangun atau pun dunia ketiga keupayaan sesebuah kerajaan memacu P&E secara langsung mempengaruhi cara berfikir - khususnya pemikiran strategik.
Untuk kemudahan, maklumat-maklumat berikut menceritakan apa yang dimaksudkan di atas:

minda JUMAAT: keupayaan dan bebanan

Seminggu tidak berpeluang menjengok. Tiada entri baru yang dapat dikemukakan... kerana dibatasi di antara keupayaan dan bebanan. Keupayaan dan bebanan itu adalah ujianNya kepada setiap insan. Alhamdulillah, pagi ini diberi kekuatan semula...
Yang pastinya, Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Kita dikurniakan pahala di atas kebaikan yang diusahakan, dan menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya juga.
Maka berdo'a dan amalkan doa berikut:
"Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau menghukum kami dengan azab jika kami terlupa atau tersalah...
"Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami...
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunilah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami...
"Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
Rujuk: Al-Baqarah:286

minda JUMAAT: erti KEMERDEKAAN

Kita disaran bangun untuk solat tahajjud pada sebahagian dari waktu malam (waktu tidur) sebagai solat tambahan - semoga dibangkit dan ditempatkan di tempat yang terpuji (pada hari akhirat) nanti.

dan berdoalah:

"Ya Rabbi! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkan daku darinya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku disisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku".

Semoga 50 Tahun MERDEKA hari ini menjadi lebih bermakna dalam hidup umat Malaysia 50 tahun mendatang! InsyaAllah.

Nota: Rujuk Ayat 79-80 Surah Al-Isra' (17:79-80)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

klik untuk Lagu Top Masa Kini

kebesaran Ilahi




Diaturkan perjalanan sistem solar alam semesta bersempena Malam Nisfu Syaaban 1428H.

Baca dan lihat lanjut keajaiban alam ciptaan Ilahi ...NASA

Kemaskini: Lihat pula Gerhana Matahari Cincin 26 Januari 2009 DI SINI

sepintas lalu TERAPI bio-MAGNETIK


Ramai juga rakan-rakan yang bertanyakan tentang terapi bio-magnetik.

Justeru itu, satu blog khas mengenainya telah wujudkan - terapi bio-magnetik - merupakan blogU dari link yang disediakan.

Semoga ada manfaatnya.

minda JUMAAT


InsyaAllah, minda.MINDA akan membawakan petikan doa-doa dari Al-Quran dan Hadith; setiap Jumaat.

seperti yang dimaklumi: Doa itu senjata mukmin. Doa itu penawar. Doa itu santapan minda...

Ya Allah, ya Tuhanku!
Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku;
Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku;
Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku.

dan
Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan;

serta
Jadikanlah kematian sebagai istirehat bagiku dari segala kejahatan!

Nota: Bahan rujukan utama @ Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan

sihat.MINDA: khasiat petai


Petai... dan khasiatnya berkaitan jagaan minda sihat.

Dipetik petai tersebut di rumah uncleJ @putraMahkota.

simposium AIR



Terlibat dalam menjayakan Seminar Bekalan Air 2007, dihoskan Syarikat Air Melaka Berhad. Seramai 130 peserta, mewakili semua agensi perkhidmatan air seluruh Negara.

Fokus utama adalah aspek-aspek kecurian utiliti, yang kini menjadi isu nasional. Dan rata-rata perkongsian maklumat dan pengalaman utiliti terjurus kepada ungkapan:

"untuk MENANGKAP PENCURI, mesti jadi PENCURI BIJAKsana?"...
dan
"tiada PEMBELI (skrap), tiada PENCURI"...

Natijahnya: PEMBELI itulah PENCURInya!

hati INSANI


Ditakdirkan sempat bersua muka dengan K@ssim.Sel@m@t, dalam perjalanan balik dari Bagan Lalang... majlis kenduri kahwin anak rakan. Rakan lama sejak di kolej 30 tahun dahulu. Beliau telah memulakan alam persaraannya sejak tahun lepas, di dalam persekitaran tasik-tasik buatan di belakang rumah banglonya... aman persekitarannya.

Teringin juga untuk menetap di sana untuk sisa-sisa umur yang ada... tetapi tidak direstui anak-anak. Alasannya "...jauh untuk kunjungan mingguan!". Mereka telah selesa di tempat yang telah lebih 20 tahun mereka dibesarkan.

Pagi ini agak terharu membaca coretan Kassim.Selamat... Jangan Bersedih - La Tahzan. Sebak semalam datang semula.

Begitulah hati insani. Betapa murninya hati seorang insan yang kini dengan kehebatan dalaman masih membara berjuang untuk memilikinya semula!

Kerana pernah mengalaminya sendiri, rangsangan-rangsangan dari himpunan mutiara kata dalam buku "la-Tahzan" itu pasti berupaya merobah segala, insyaAllah.

untuk Bisnes Keluarga.Norlela Zubir



Norlela Zubir biz.Inc dan Penulisan.Jutawan, berpisah tiada... Dimana Penulisan.Jutawan? kita akan jejaki mereka kemudian...

sihat MINDA: dementia


Nyanyuk BUKAN fITRAH Penuaan
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
(Mingguan Malaysia 19 Ogos 2007)

APA perasaan anda apabila ibu atau bapa tersayang tidak lagi mengenali wajah anaknya ini? Bila anda cuba menerangkan siapa anda, dia tidak percaya dan menyebut nama orang lain yang tiada kena-mengena.

Nama itu merupakan nama kawan-kawannya semasa bersekolah dulu dan ketika itu. Malah mereka menuduh anda sengaja mahu dia mati cepat supaya senang anda membolot hartanya.
Dalam hati anda mungkin terdetik: ‘‘Dah nyanyuk agaknya orang tua ni!” Sebagai seorang anak, kesabaran anda mungkin hadiah tidak ternilai buat mereka dalam situasi sebegitu.

Ibu bapa anda mungkin mengalami dementia, istilah perubatan bagi nyanyuk yang diambil daripada perkataan latin iaitu de bermaksud jauh dan mens, minda atau otak (kemerosotan daya ingatan/pemikiran).

Uniknya dengan orang nyanyuk, mereka boleh mengingati dengan jelas apa yang berlaku bertahun-tahun lampau ketika zaman penjajahan Jepun dahulu misalnya.
Sebaliknya, mereka lupa apa yang baru sahaja dilakukan dalam tempoh lima minit. Contohnya, walaupun badan mereka masih disaluti buih sabun, apabila ditanya: “Ayah dah mandi ke belum?” mereka akan bermati-matian menafikannya. Baca seterusnya

persekitaran YSB (9) - jejak-jejak senario


Malam Jumaat atau Sabtu lalu ramai di antara kita yang sempat menghadiri majlis atau ceramah Israq dan Mikraj. Kisah perjalanan Nabi kita dari Masjid Al-Haram di Makkah, ke Masjid Al-Aqsa di Palestin dan seterusnya naik ke langit (yang tidak di ketahui berapa jauhnya) dalam tempoh yang singkat.

Tentu masih lagi segar di ingatan kita. Kerana filem itu dimainkan setiap bulan Rejab. Seperti juga khutbah Jumaat, kita diingatkan untuk bertaqwa kepada Allah.

Ketika memudahcarakan sesi merangka senario 30 tahun bisnes dan industri berkaitan Ahad lalu, peserta telah dibawakan pengajaran Israq dan Mikraj... sebagai mukadimahnya. Disambung pula dengan kisah Nabi Musa cuba menuntut ilmu dengan Khidir (seperti diarahkan Tuhan)... Sebenarnya lakaran di atas itu tercetus selepas solat Suboh pagi tersebut.

Alhamdulillah, ternyata memudahkan minda mereka! Hinggakan seorang Pengurus beragama Hindu berkata "...saya tahu cerita itu Tuan Haji. Ketika di sekolah menengah dahulu!" Selepas cuba diperjelas lanjut kepada beliau.

Coretan di atas adalah di antara beberapa teknik dalam mereka senario awalan. Episod awal dalam pemikiran senario amat penting. Penting dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang 'diketahui'.

Merangka atau merancang senario itu bermula dengan menggunakan maklumat yang kita ketahui. Episod-episod akhirnya adalah cabaran utamanya. Mengapa? Kerana episod-episod akhir sesuatu perancangan senario itu merupakan jejak-jejak senario atau babak-babak 'fantasi bisnes!'

Minda kita tidak dikuniakan dengan mukjizad Nabi kita
- tayangan filem akhirat.
Minda kita tidak dikurniakan dengan ilmu (Nabi) Khidir
- kejadian masa depan.

Tetapi, minda kita dikurniakan kekuatan untuk mengolah maklumat-maklumat persekitaran yang tidak terjangkau! ....Di antaranya, maklumat-maklumat dalam PEST.

Sampai di sini dahulu.

fikir, TERfikir atau TIDAK berfikir?



Tragedi di ambang 50 Tahun Kemerdekaan! (berserta zikir lazimnya...Innalillah...) Adakah itu respon sepontan anda? (apabila menatap muka hadapan akhbar-akhbar hari ini)

Sesungguhnya, tragedi maut 229PLUS itu amat menyayatkan hati. Apatah lagi kaum keluarga mereka yang terlibat...Melayu ada, Cina ada, India ada. Indon pun ada.

Kita tinggalkan berita itu. Bicara ringkas kali ini hanya menyerahkan kepada pengunjung tentang pengajaran dari tragedi itu.

Sebelum itu, diperturunkan respon dari pelbagai pihak, seperti yang di beritakan:

Perdana Menteri: "...saya sudah arahkan Kong Choy buat siasatan terperinci!"
Menteri Pengangkutan: "Wajib kursus ulangkaji bagi pemandu bas, supaya tiada lagi kehilangan nyawa di jalanraya..."
Menteri Kerjaraya: "...LLM kata itu bukan kawasan kemalangan!"
MIRoS: "... faktor ..., faktor..., faktor... Kami berpendapat faktor manusialah penyumbang kepada tragedi itu!"
Polis: "Pemandu bas turut terbunuh itu ada 13 saman, 2 waran tangkap!..."

Begitulah ayat-ayat lazim pihak-pihak tertentu, apabila terjadi peristiwa-peristiwa yang mendatangkan kecelakaan! Maka bangau-oh-bangaulah semua. Sekurang-kurang reda sekejaplah kisah si NameWee yang kurang asam itu!

Apa yang ingin direkodkan di sini sekadar tiga ungkapan "fikir, TERfikir dan TIDAK berfikir" untuk dijadikan satu dua ayat lengkapnya!

persekitaran YSB (7) - lakar senario


Gambar terbaru cucu di Dubai, yang diterima semalam... kena pula saiz baju yang dibelikan neneknya di Medan tempoh hari! Cucu yang seorang lagi hampir setiap hujung minggu mesti ke rumah Subang Jaya... hendak makan nasi yang nenek masak sendiri!

Paparan di atas, seperti promo Hari Merdeka 50 Tahun TV3 (pertama kali, mengatasi sentuhan Petronas - pada penilaian sendiri) tentu banyak mengingatkan zaman kanak-kanak kita dahulu, mungkin. Episod-episod dalam iklan TV3 itu sememangnya amat segar lagi di ingatan.

klip video kredit: zikri83/uTube

Ahad lepas, ada sesuatu yang agak memeranjatkan. Cucu yang berumur 4 tahun itu telah membuat 'flasback' peristiwa-peristiwa hidupnya ketika berumur di bawah 12 bulan!... khususnya yang berkaitan 'perebutan kasih sayang Atuk dan Nenek'

Mengapa ingatan-ingatan serupa itu boleh muncul di minda kita?

Dalam Model Sistem Berfikir, telah di tunjukkan bahawa persekitaran yang sentiasa berubah (YSB) itu adalah pembentuk kepada hasrat pencapaian masa hadapan. Analogi yang mudah adalah ketika merangka episod-episod - tidak kira novel jibunsyi atau pun sesi penggambaran siri telenovela... Apa yang kita lakukan adalah melakar senarionya.

Dalam pemikiran strategik, lakaran senario adalah perkara asas. Kekuatan, kepakaran dan kejituan dalam memahami elemen-elemen PEST itulah penentu tahap kejayaannya. Proses tersebut di kenali sebagai Perancangan Senario (scenario planning).

Apa yang pasti, 'permainan tembak-tembak' dan peristiwa-peristiwa dalam pencapaian matlamat itu adalah proses pembikinan episod. Episod yang baik tentu sekali menghasilkan kepuasan...Episod yang kekal di minda dan mudah pula dikeluarkan semula.

Jumaat hingga Ahad ini ke Melaka lagi. Kali ini untuk berkongsi sedikit ilmu bersama anggota pengurusan tertinggi sebuah organisasi. Matlamatnya adalah ke arah pembentukan episod-episod bisnesnya untuk tempoh 30 tahun akan datang.

Jumpa Isnin nanti, insyaAllah.