KPI Dashboard

Takut yang Tercabut

Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.

Semua perasaan takut itu adalah untuk membantu manusia menjaga kualiti hidupnya kerana untuk selamat, manusia perlu bertindak lebih pantas daripada proses berfikir. Takut menghasilkan tindakan spontan yang diperlukan.

Hari ini, kita berdepan dengan suatu fenomena yang luar biasa.

Ketika orang yang baik-baik semakin takut-takut untuk mempertahankan prinsip dan keimanannya kepada Allah, manusia yang lupakan Allah pula semakin hilang rasa takut dalam kehidupan.

Manusia menjadi terlalu berani, hingga mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang merbahaya, tanpa sebarang manfaat atau sebab yang layak untuk berkorban hingga mati.


Baca SELANJUTNYA entri SaifulIslam.com

Takut |2|

Selepas hampir 8 jam memudahcarakan bengkel di hari pertama, balik berehat di hotel. Terasa kepenatan minda... Selepas mengurus diri dan menunggu masuk waktu solat Maghrib, berbaring... luruskan pinggang.

Ditakdirkan terlena. Terkejut jam 9.30 malam! Di satu sudut, jelas kelihatan sajadah yang terbentang. Tetapi tidak berupaya bangun dari pembaringan tilam yang selesa! Namun, Al-Quran digital yang di set (kitaran sepanjang malam) untuk mengalunkan kelunakan Surah Yassin qarinya, jelas terdengar.

Keadaan 'terlela' dan 'terkejut semula' berulang setiap jam selepas itu. Akhirnya, terkejut jam 2.30 pagi. Pandangan terus tertumpu ke sajadah. Beristighfar panjang... kerana pada pandangan saya, mayat terbujur di atasnya!

Dan dalam masa yang sama, cuba sekuat hati untuk melepaskan diri dari dikafankan! Jeritan 'Allah' melepaskannya... |saya yakin ketika itu bukan bermimpi |?|

Terus mandi dan berqiamullail. Jam 5.30 pagi ke Masjid MITC...


Pengajaran
JANGAN DEKATI PEMBARINGAN APABILA HAMPIR MASUKNYA WAKTU SOLAT!


Takut |1|

Khamis hingga Sabtu terlibat dalam memudahcarakan bengkel berkaitan KPI yang dianjurkan sebuah agensi Kerajaan Negeri Melaka, di sebuah country resort di Ayer Keroh. Saya mengambil keputusan untuk tidak menginap di resot berkenaan - di atas beberapa sebab |biarlah menjadi rahsia|.

Kali ini bermusafir tanpa ditemani isteri... Alhamdulillah jam 8.00 malam (Rabu) sampai di sebuah resort lain berdekatan (yang bukan pilihan), kerana hotel yang sering ditumpangi, telah penuh. Suasana di lobinya ketika itu lengang sahaja...
|Nota: Majlis perhimpunan Hari Belia Peringkat Kebangsaan sedang berlangsung di Ayer Keroh|

Dalam tempuh 20 minit saya berpindah bilik. Ada yang tidak kena di dalam kedua-dua bilik tersebut... suasana seram menghantui. Saya alunkan azan dan solat. Kemudian, biarkan Al-Quran digital yang dibawa menemani sepanjang malam.

Tidur tidak lena. Akhirnya, jam 3.00 pagi terus mandi dan mengadu kepada Ilahi...

Pengajaran
Terimalah nasihat mereka yang arif di sesuatu tempat mengaturkan tempat tinggal, apabila kita bermusafir.

| Rujuk Kelebihan Bermusafir DI SINI |

Nota:
Apabila peserta bengkel dengan senyum simpul bertanya tentang bilik hotel tersebut, barulah saya tahu kisahnya!

Riba

Riba berasal dari perkataan Arab yang pada bahasanya bererti tambahan atau lebihan atau tumbuh. Dalam istilah syarak riba mengandungi tiga bentuk definisi berdasarkan bentuk-bentuk urusniaga tertentu sepertimana berikut:

a) Hutang – iaitu bayaran lebih daripada pokok mengikut perjanjian yang telah disyaratkan.

b) Jual beli riba – iaitu akad ke atas pertukaran tertentu yang tidak diketahui persamaan pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak.

c) Pertukaran matawang dan bahan-bahan jenis ribawi seperti menangguhkan penyerahan salah satu bahan yang ditukarkan atau dijual beli.

Baca SELANJUTNYA

pertemuan: Fuad Latip

Alhamdulillah, kami akhirnya bersua muka...
dimajlis ceramah 'Mengubah Sempadan Iman'
oleh Prof Kamil di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
selepas solat Maghrib tadi.



.

minda JUMAAT: Kerja & Ibadah

Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaiatu:

1. Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah;

2. Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T;

3. Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan; dan

4. Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.

BACA SELANJUTNYA


Penjagaan telinga

Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.

Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun.

Baca tulisan Dr Irfan Mohammad SELANJUTNYA

minda.JUMAAT: memasyarakatkan masjid

Memasyarakatkan masjid bererti menjadikannya berperanan dengan lebih luas sebagaimana kesyumulan Islam itu sendiri seperti:
  • pusat pentadbiran,
  • kebudayaan,
  • ekonomi,
  • dakwah islamiah,
  • aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan,
  • pendidikan dan tarbiah,
  • pusat perundangan,
  • riadah,
  • sumber maklumat,
  • pusat khidmat dan nasihat,
  • pusat ekonomi dan penyatuan ummah.
BACA SELANJUTNYA

.

minda.JUMAAT: Masjid Darul Ehsan

Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) merupakan masjid pertama terbina di Subang Jaya - dua puluh lima (25) tahun lalu... Menyimpan banyak sejarah tersendiri dalam tempoh tersebut.

Kami sekeluarga menjadi anak qaryah MDESJ setahun selepas ia siap dibina. Masih terkenang saat-saat 'kemakmurannya'. Penuh dengan pengajian. Persaudaraan anak-anak qaryah. Suasana kedamaian persekitaran... sebelum pembangunan kawasan perumahan dan komersial USJ yang menyempitkan pernafasan!

Namun begitu, hakikat dan realiti pembangunan persekitaran Subang Jaya perlu diterima. Termasukan kesempitan akibat pembangunan di kawasan tepian Leburaya Persekutuan nya kini... Setahun dua lagi akan terbentuklah 'tembok-tembok' pangsapuri mewah di arah laluan masuknya.

Round about yang amat besar 25 tahun dahulu kini digantikan dengan persimpangan bertingkat ... sehingga empat tingkat. Nanti ditambah lagi dengan laluan LRT yang akan dibina (kini giat dengan soil test nya).

Ahhh!...Rasanya tidak perlu diceritakan itu semua. Balik semula pasal masjid...

Dalam mengwujudkan 'capaian' anak qaryah yang kini beranika ragam pola kehidupanya, Pengurusan MDESJ turut menjadikan landasan kepesatan teknologi maklumat sebagai salah satu alat.

Justeru, laman web MDESJ telah diwujudkan. Matlamat utama adalah untuk mendekatkan anak muda ke masjid. Termasuk kebanjiran penuntut-penuntut Arab /Afrika dan Asia Tengah yang menuntut di beberapa Universiti /dan Kolej swasta di persekitarannya.

InsyaAllah weblog tersebut | www.MDESJ.net | akan diaktifkan secara rasmi sebelum Solat Jummat nanti - 14 Rabiul Akhir 1430H... 25 tahun 14 hari, selepas tarikh masjid mula digunakan.

Berkunjuglah ke sana nanti... dan beri maklumbalas untuk tujuan penambahbaikan, InsyaAllah.

mengurus kemarahan

Saya pernah berasa marah yang teramat sangat beberapa tahun yang dulu sehingga tahap memaki hamun dan sebagainya. Tetapi Alhamdulillah masih di dalam kawalan di mana tidak sampai bertumbuk dan bergaduh.

Itu beberapa tahun dahulu. Sehingga kini marah-marah kecil tetap ada terutama geram kepada pemandu-pemandu yang ramai tidak mempunyai EQ iaitu memahami perasaan orang lain. Dengan kata lain yang susah sangat untuk bertolak ansur.

Sesetengah orang mudah untuk marah. Ada yang sehingga tahap marah yang mampu mendorong kepada tindakan fizikal yang luar kawalan. Ini amat membimbangkan.

Baca panduan dalam PENGURUSAN MARAH FuadLatip

puncak cinta...

Apakah puncak cinta? Bagaimana kita mengetahui bahawa diri kita telah berada di puncak cinta?

Semasa kita bercinta dengan pasangan kita, kita bermula dengan kenal mengenali. Kemudian suka menyukai. Kemudian barulah timbul perasaan cinta secara perlahan-lahan. Hari demi hari. Puncak cinta berada ketika diri bukan sahaja tidak boleh melupakan pasangan walau sesaat pun, tetapi sehingga tahap sanggup berkorban apa sahaja. Rela menyerahkan jiwa dan raga.

Disebabkan kita hidup berTuhan, maka untuk membenarkan penyerahan secara total kepada pasangan iaitu penyerahan jiwa dan raga, maka sudah pasti kita gembira dan bersetuju untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Ketika ini kita berada di puncak cinta dan berterusan berada di puncak cinta. Kita sanggup menyerahkan segala-galanya kepada pasangan kita......BACA SELANJUTNYA catatan FuadLatip.

minda.JUMMAT: LoA

Akhir-akhir ini banyak ditemui betapa di kalangan orang Melayu (Islam) yang 'menggilai' amalan dari buku-buku yang menonjolkan apa yang disebut sebagai 'Law of Attraction' (LoA)... Ada yang begitu fanatik dengannya (berdasarkan luahan kepercayaannya di blog dan facebook masing-masing).

Mungkin mereka mempunyai sebab dan alasan tersendiri. Lumrahnya, manusia suka mengikut manusia lain melakukan apa yang dia sendiri tidak tahu. Tidak tahu kerana tidak berjumpa. Tidak bejumpa maklumat yang betul, kerana tidak mencari. Mengapa tidak mencari? Jawapannya sampai balik 'tidak tahu'!... Tidak mahu tahu? Tidak ambil tahu?

Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita tidak 'hilang sumber'. Kita ada al-Quran. Ada sumber rujukan sunnah Rasulullah s.a.w. Dan yang pasti banyak lagi bahan-bahan bacaan dan rujukan yang berteraskan kedua-duanya - jika mahu mencarinya!

Di pasaran kini ada 'Quranic Law of Attraction' terbitan PTS (2009). Buku karya Rusdin S. Rauf itu menjawab beberapa persolan yang ditonjolkan oleh Rhonda Byrne dalam The Secret.

Asas kepada 'law of attraction' telah digariskan dalam al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Ayat 7-8 Surah az-Zalzalah (Kegoncangan) contohnya membincangkan tentangnya. Juga yang sewajarnya menjadi amalan hidup manusia.

"Barangsiapa yang melakukan kebaikan
seberat zarrah pun,
niscaya dia akan melihat balasanya.

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan
seberat zarrah pun,
niscaya dia akan melihat balasannya."


al-Quran membincangkan cara-cara mengurus diri, khususnya dalam mengurus fikiran dan perasaan. Pengharapan perlu diiringi dengan doa. Sentiasa memanjatkan kesyukuran kepadaNYA. Dan pentingnya bersabar dalam mengharap.

Beberapa entri lalu telah disentuh mengenai perkara tersebut. Rujuklah pada label imaniMINDA yang berkaitan dengannya.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan memiliki ilmu yang terlalu luas tentang alam dan mahluk ciptaanNYA.

iman menuntut

Kelmarin, Ahad ketiga setiap bulan giliran Ustaz Roslan Muhammad. Tazkirah ringkasnya selepas solat Suboh di MDE Subang Jaya kali ini menyentuh tentang TUNTUTAN-TUNTUTAN KEIMANAN.

Berikut adalah intisari kuliah - tuntutan-tuntutan yang wajib - yang sempat dicatat. Ada lapan tuntutan yang dikupas - (berserta dengan dalil-dalil Al-Quran dan Hadisnya).

Tuntutan #1
Membenarkan apa yang datang dari Allah. Tanpa syak wasangka!.. Apa-apa yang diwahyukan dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Menerima dengan yakin kebijaksanaanNYA.

Tuntutan #2
Taati Allah dan Nabi. Yakini janji-janji Allah serta bersedia melaku /meninggalkan segala perintah dan adanya dosa dan pahala, sebagai balasannya.

Tuntutan #3
Laksanakan ibadat yang wajib dalam agama. Bersungguh-sungguh dan beristiqamah - itulah tanda hatinya telah disuntik dengan cahaya iman...

Tuntutan #4
Dalam melaksanakan ibadat yang wajib, jauhi juga yang haram.

Tuntutan #5
Sentiasa bertaubat dan beristiqamah dalam memohon keampunan di atas kesilapan dan kecuaian, akibat tuntutan nafsu dan syaitan!

Tuntutan #6
Laksanakan yang maaruf dan cegah yang mungkar. Inilah tuntutan 'berangkai' yang paling utama. Dengan kuasa / Tangan /Hati... sesungguhnya dengan hatilah yang paling lemah. Justeru, kalau dengan hati pun tidak upaya, itulah tanda pupusnya iman!

Tuntutan #7
Sentiasa membimbing ke jalan Allah. Berjihad menentang usaha-usaha yang cuba menyesatkan!

Tuntutan #8
Menerima kepimpinan orang yang beriman dan menolak yang derhaka kepada Allah. Hukumnya wajib. Dan paling asas dalam soal kepimpinan - guna memakmurkan bumi Allah.

Tuntutan-tuntutan iman itu
HIDUP! Dan terus menuntut;

Jika mati iman maka matilah seseorang itu sebelum ia dimatikan!

bebas terbabas?

A Kadir Jasin menulis...

" PERTUDUHAN
terhadap enam orang pembahas blog semalam atas tuduhan menghina Sultan Perak menjadi satu lagi mercu tanda bagi dunia blog Malaysia. Mereka dituduh di tempat berasingan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Peristiwa ini sekali gus menamatkan andaian bahawa blog, pemblog (blogger) dan pengomen adalah bebas dan di luar kawalan undang-undang"... BACA LANJUT


Berita lanjut dipetik dari BERNAMA...
Lima Didakwa Hina Sultan Perak

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sistem perundangan negara Jumaat mencatat sejarah apabila lima lelaki didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Berita lanjut DI SINI

minda.JUMAAT: kemulian ilmu

Gambar diambil dari header www.ghazali.org

Keutamaan ilmu adalah jelas seperti di akhir
Ayat 9 Surah az-Zumar:

"...Adakah sama orang-orang yang MENGETAHUI dengan orang-orang yang TIDAK MENGETAHUI? Sesungguhnya orang yang BERAKALlah yang dapat menerima pelajaran."

Dalam konteks yang sama,
Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa
"...Menuntut ilmu itu adalah FARDU keatas setiap orang Islam!"


Imam al-Ghazali dalam menghuraikan Ilmu Laduni memulakan hujjahnya bahawa

"Ilmu" (pengetahuan) ialah konsep (tassawwur) jiwa berakal yang tenang terhadap hakikat-hakikat sesuatu dan rupanya (suwaruha) yang bersih dari benda-benda dengan 'ainnya, kualitinya, kuantitinya, jauharnya dan zatnya; kalau ia tunggal.

"Alim" (orang yang mengetahui) ialah orang yang meliputi, mencapai serta mempunyai konsep, manakala "maklum" (apa yang diketahui) iaitu zat sesuatu yang terukir ilmunya pada jiwa.



[...bunyinya macam susah kan? Itu adalah ungkapan kitab tua
yang kaya dengan maklumat...]


Secara mudahnya, kemulian ilmu itu terletak pada "apa yang diketahuinya". Kalau ia mulia maka mulialah ilmu yang disampaikan.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Segala ilmu itu milikNYA.