Mungkin mereka mempunyai sebab dan alasan tersendiri. Lumrahnya, manusia suka mengikut manusia lain melakukan apa yang dia sendiri tidak tahu. Tidak tahu kerana tidak berjumpa. Tidak bejumpa maklumat yang betul, kerana tidak mencari. Mengapa tidak mencari? Jawapannya sampai balik 'tidak tahu'!... Tidak mahu tahu? Tidak ambil tahu?
Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita tidak 'hilang sumber'. Kita ada al-Quran. Ada sumber rujukan sunnah Rasulullah s.a.w. Dan yang pasti banyak lagi bahan-bahan bacaan dan rujukan yang berteraskan kedua-duanya - jika mahu mencarinya!
Di pasaran kini ada 'Quranic Law of Attraction' terbitan PTS (2009). Buku karya Rusdin S. Rauf itu menjawab beberapa persolan yang ditonjolkan oleh Rhonda Byrne dalam The Secret.
Asas kepada 'law of attraction' telah digariskan dalam al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Ayat 7-8 Surah az-Zalzalah (Kegoncangan) contohnya membincangkan tentangnya. Juga yang sewajarnya menjadi amalan hidup manusia.
"Barangsiapa yang melakukan kebaikan
seberat zarrah pun,
niscaya dia akan melihat balasanya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan
seberat zarrah pun,
niscaya dia akan melihat balasannya."
al-Quran membincangkan cara-cara mengurus diri, khususnya dalam mengurus fikiran dan perasaan. Pengharapan perlu diiringi dengan doa. Sentiasa memanjatkan kesyukuran kepadaNYA. Dan pentingnya bersabar dalam mengharap.seberat zarrah pun,
niscaya dia akan melihat balasanya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan
seberat zarrah pun,
niscaya dia akan melihat balasannya."
Beberapa entri lalu telah disentuh mengenai perkara tersebut. Rujuklah pada label imaniMINDA yang berkaitan dengannya.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan memiliki ilmu yang terlalu luas tentang alam dan mahluk ciptaanNYA.