Kuliah subuh pagi tadi membawakan satu kisah yang amat berguna untuk direnung bersama dan diamalkan... yang diringkaskan seperti berikut:
Ibnu Abbas di tanya tentang tiga perkara:
a. apakah sebaik-baik hari di dalam seminggu?
b. apakah sebaik-baik bulan di dalam setahun? dan
c. apakah sebaik-baik amalan harian ketika hidup?
Ibnu Abbas menjawab:
a. hari Jumaat, penghulu segala hari!
b. bulan Ramadhan al-Mubarak! dan
c. solat di awal waktu!
Jawapan Ibnu Abbas itu disampaikan kepada Saidina Ali. Dan inilah responnya:
"Ibnu Abbas memberikan jawapan yang tepat!
Tetapi jika soalan yang sama ditanyakan kepadaku, inilah jawapannya:
a. Sebaik-baik hari adalah hari di mana kita dikembalikan kepada Allah dalam ketaqwaan!
Yang pasti, kita tidak tahu bila tibanya mati dan khiamat... Hakikatnya, bersedialah sepanjang masa.
b. Sebaik-baik bulan adalah mendapat dan berada di dalam keampunan Allah yang berterusan (berkesinambungan). Elakkan sikap hipokrat! ...bukan Ramadhan sahaja baru pulun semua, sedangkan bulan-bulan lain selepas itu berkawan dan bermain semula dengan perkara-perkara yang Allah musuhi!
DAN
c. Sebaik-baik amalan adalah apabila Allah terima kita secara total - luar dan dalam, iman dan amalan!"
PERINGATAN: Apabila kita mati, yang kekal hanyalah AMAL dan TAQWA kita semasa hidup.
...Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
PENGAJARAN: Saidina Ali memberikan jawapan secara pemikiran strategik dalam aspek istiqamah. Ramadhan dijadikan papan lonjakan meneroka perubahan.