
minda.JUMAAT: hakikat puasa...
Justeru, ada baiknya diulangi* perkara yang kebanyakan kita sudah tahu - di atas sifatnya yang utama tetapi dilakukan dalam bulan yang mulia ini. Ia sebagai ulangkaji apabila mula melangkah ke madrasah Ramadhan... KELAS LATIH TUBI, setahun sekali!
Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi, hakikat puasa PERLU DIZAHIRKAN, iaitu:
PENGLIHATAN: merendahkan pandangan dari melihat sesuatu yang ditegah dan boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah;
LISAN: lidah perlu dipelihara dari berdusta, mengumpat, memfitnah dan sebagainya;
PENDENGARAN: menahan pendengaran dari mendengar perkara dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan - haram juga didengar!
ANGGOTA LAIN: menahan seluruh anggota badan seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya dari melakukan maksiat seperti mencuri, melangkah ke tempat-tempat maksiat, makan dari hasil yang haram dan lain-lain;
HATI: setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima Allah PERLU MENGHIASI IBADAH PUASA...
|*Sumber: Petikan dari majalah SOLUSI Isu No. 10, Telaga Biru Sdn Bhd|
Dalam konteks kehangatan kempen PRK DUN Permatang Pasir sekarang, sewajarnya ia menjadi kempen pilihanraya paling bersih! - kerana kedua-dua calon adalah di kalangan orang Melayu (Islam)... Namun mampukah mereka?
500 tahun...
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake – Anonymous.
.
minda.JUMAAT: pergi tak kembali...
Tanggal 13 Ogos 2009, Ustaz Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung. Beliau pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri.Semoga roh allahyarham dicucuri RahmatNYA.. Al-Fatihah
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Entri terakhir di facebooknya adalah kelmarin (Rabu): "... VCD konsert maulidurrasul sudah terbit..."
Semoga roh dakwah melalui nasyid dan bahan /harta intelek beliau akan menemani al-Marhum di alam sunyi dan sepinya kini... Al-Fatihah.
video saat-saat cemas perjalanan terakhir beliau...
serupa ini akan tetap menjadi tatapan umum di TV
(khususnya setiap petang jam 7:00 malam di Astro Oasis)
.
minda.JUMAAT: soal hati (3)
Pastinya akhirat dicari,
cari dahulu ubatnya hati.
Ubatnya hati mudah sekali,
ikut amalan dirinya sufi.
Amalan sufi amalan hati,
cucian bermula di kitab suci.
Kitab suci petunjuk diri,
berpuasa mendidik hati.
Hati dididik di dini hari,
qiamulail luluhan hati.
Hati yang luluh mudah insafi,
muhasabah diri hindari rugi.
Rugilah manusia serugi-rugi,
jika ilmu tidak didekati.
Dekati ilmu dekatkan hati,
si alim itu pewaris Nabi.
Pewarisnya Imam Shafii,
mata hatinya kurnia Ilahi.
Mata hatinya kurnia Ilahi,
darjat tingginya terus dikaji.
Tingginya makrifat Imam Shafii,
manusia hidup katanya mati.
Hidup itu katanya mati,
bernafas tetapi hatinya mati!
.
minda.JUMAAT: soal hati (2)
Hati tidak disoal lagi,
ketika mata terkunci mati.
Terkunci mati matanya hati,
sedar ertinya hidup sesudah mati.
Sedar itu dari hati,
tahu itu mata diri.
Mata diri nafsunya tinggi,
tidak dikawal pastinya lari.
Pastinya lari tidak bertepi,
musnah segala tidak terperi.
Tidak terperi tanpanya hati,
ingatlah pesan Saidina Ali.
Saidina Ali pesannya begini,
hidup di dunia semuanya mimpi!
Di dunia semuanya mimpi,
mati nanti baru sedari.
Mati nanti baru sedari,
ambillah sedarnya Imam Shafii!
Sedarnya Imam Shafii,
muda bertongkat tua di hati.
Tua dirinya tersemat di hati,
mencari pandangan mata hati.
Mata hati tepat dan hakiki,
akhiratlah yang pastinya dicari!
| sab2, Jumaat pagi 17 Rejab 1430H |
selsema babi
APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA BABI ? Terdapat berbagai kaedah yang disyorkan oleh pakar perubatan untuk mencegah H1N1 dari merebak. Antaranya ialah :
- Basuh tangan anda amalkan cara hidup yang sihat
- Dapatkan tidur yang secukupnya
- Mengamalkan gaya hidup yang aktif
- Kendalikan stres secara betul
- Meminum air yang banyak dan mencukupi
- Makan makanan yang berkhasiat.
- Cuba tidak menyentuhi permukaan–permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.
- Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.
Gerhana Matahari 22 Julai 2009 8:23 pagi
Kali PERTAMA berlaku pada 26 Januari 2009 lalu - ketika masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina, tahun lembu jantan... di sebelah malamnya 33 tahun lalu saya dijabkabulkan!... dengan Saripah Ahmad.
Agak mendukacitakan tiada maklumat di laman web ANGKASA - agensi angkasa lepas Malaysia - yang hampir "mati"... Kali terakhir menyiarkan gerhana "cincin" Januari lepas!
Semoga Allah melindungi kita dari musibah (seperti yang diwar-warkan). Mari bersolat gerhana matahari, dan panduannya DI SINI
Falsafah Isra' dan Mikraj
Saksikan episod-episod tersebut DI SINI
و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَى فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْأَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ
وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ
مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا
وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ
وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
Kisah 'batu tergantung' DI SINI dan banyak lagi catatan kisah-kisah di bumi Isra' di UNIVERSITI KEHIDUPANminda.JUMAAT: soal hati (1)
Tiada pula ia bersendiri.
Tiada ia bersendiri,
Pastinya pada yang hakiki.
Yang hakiki sukar ditemui,
Kerana lazimnya tidak dicari!
Tidak dicari pengilapnya hati,
Tidak jua ia dijual beli.
Tidak dijual tidak dibeli,
Hanya pinta hadirkan diri.
Hadirkan diri subuhnya hari,
Bermula langkah dini hari.
Dini hari langkah imani,
KepadaNYA mohon kuatkan hati.
Kuatnya hati milik Illahi,
Pastinya itu soal hati.
Soalan hati jangan berhenti,
Berhentinya bila mati.
Bila mati,
Tiada lagi soal hati...
| sab2 - Jumaat pagi 17 Rejab 1430H |
minda.JUMAAT: Kisah Natrah dan murtad
Natrah dan kisah berdarahnya akibat dari keputusan mahkamah di Singapura 12 Disember 1950 sewajarnya diimbas kembali - betapa tingginya sensitiviti umat Islam ketika itu - bangun menentang ke atas isu Natrah dimurtadkan...Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Awal pagi tadi berita-berita kematianya tersebar, dan sekali gus kisah berdarah itu disingkap kembali.Maria Hertogh Atau Natrah Meninggal Dunia Pada Usia 72 Tahun di Huijbergen, Belanda - lapur BERNAMA
Banyak entri di blog-blog hari ini mengimbau kembali kisah berdarahnya. Saya petik catatan menarik daripada Mohd Sayuti Omar DI SINI juga di BuanaINI
Apa yang ingin saya lontarkan di minda.JUMAAT kali ini adalah - dalam ribuan kes murtad umat Islam (yang didakwa berlaku di Malaysia) kebelakangan ini...
indeks pencemaran bahasa (IPB)
Ikutilah 'dendangan rakyat' berikut yang telah tercemar...kedua-duanya - aspek bahasa dan budayanya!
wahabi
Sesungguhnya tidak ada yang misteri pada kalimat Wahabi. Ia hanyalah satu usaha defensif yang sia-sia. Kita telah lama mengetahui perangai wahabi. al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir telah mengajar kita, tulis Allahyarham:
“Pada abad-abad yang berikutnya tokoh yang paling banyak membicarakan supaya umat Islam kembali kepada aqidah salaf ialah Ibnu Taimiyah. Dilanjutkan oleh muridnya Ibnul Qaiyim al-Jauziyah. Kemudian dilanjutkan dengan Muhammad bin Abdul Wahab, daripada beliau inilah dinisbahkan istilah kaum wahabi oleh golongan yang tidak menyetujui fahamannya.
Dalam proses yang begitu lama golongan yang tersebut memang ditolak oleh ulama sedunia dari semua mazhab termasuk juga ulama dunia Melayu kerana yang disebarkan oleh mereka adalah dianggap bertentangan dengan ahlus sunnah wal jamaah.
Hal tersebut, baik ulama dunia luar atau pun ulama dunia Melayu, bukannya menolak aliran salafi akan tetapi yang tidak meyakinkan ialah fahaman yang diajarkan oleh mereka itu belum tentu sesuai dengan ajaran salaf yang sebenarnya.”
Sila rujuk lanjut al marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1999.
SEMOGA ADA MANFAATNYA SANTAPAN MINDA INI.
Justeru, bacalah SELANJUTNYA komen Faisal Tehrani - sebagai respon kepada tulisan Dr Mohd Asri (bekas Mufti Perlis) DI SINI
minda.JUMAAT: keberkatan rezeki
Tazkirah subuh sebenarnya mampu kita ikuti setiap pagi. Berkesempatan atau tidak sahaja yang mungkin jadi pemisahnya. Sebagai contoh, slot-slot dalam 'kesibukan' pagi berikut wajar dijadikan temannya:
- 6:30 pagi - 6:45 pagi |Isnin-Jumaat| : Siri tafsir al-Quran di Radio IKIM.fm*
- 6:45 pagi - 7:00 pagi |Isnin-Jumaat| : Siri al-Zikrah di Radio KL.fm |Lembah Klang sahaja|
- 7:00 pagi - 8:00 pagi |Jumaat-Ahad| : Siri Tanyalah Ustaz di TV9
|* Tafsir harian diulang siarannya jam 8:00 malam|
Kali ini ingin dikongsi catatan tafsir ayat terakhir (Ayat 34) dari Surah Luqman yang telah memasuki siri ke 92 hari ini. Program dikendalikan dengan baiknya oleh Ustaz Zahazan Mohamed (Pensyarah UIA) . Ayat tersebut menekankan LIMA ILMU Allah berbanding pengetahuan manusia tentang - sebagai bukti kekuasaanNYA:
- bila berlakunya Qiamat;
- bila dan tempat turunnya hujan;
- apa yang ada dalam rahim (ibu);
- usaha dan rezeki untuk hambanya; dan
- bila dan di mana manusia menemui ajalnya.
Dalam usaha kita mencari rezeki yang HALAL dan BERKAT, di antara senarai semak yang perlu kita lakukan adalah:
- Sejauh mana kemampuan kita memohon keampunanNYA (istighfar dan taubat)?
- Ditahap mana pula taqwa kita? |Amatilah ayat 1000 dinar yang digantung di dinding rumah /premis perniagaan|
- Bagaimana sifat tawakkal mengiringi usaha-usaha kita itu? |Contoh terbaik: lihatlah burung yang keluar pagi mencari makanan, petangnya balik dalam kekenyangan...|
- Adakah kita fokus ke atas ibadat (contoh solat pada waktunya) dalam kesibukan mencari rezeki?
- Dalam keupayaan rezeki yang ada, sudahkan kita lakukan haji dan umrah - guna menghilangkan kefakiran dan dosa?
- Bagaimana pula agaknya jalinan silaturrahim kita (dengan anak-anak buah di tempat kerja dan jiran serta ahli keluarga)?
- Pantaskah kita dalam pelaburan (infaq) di jalan Allah?
- Pernahkan kita hulurkan bantuan kepada penuntut-penuntut ilmu (agama) ?
- Adakah nasihat kita hanya sekadar bercakap atau dalam tulisan semata (dan tidak dizahirkan)? |Awas!... pakar-pakar motivasi|
- Adakah bibir dan hati sentiasa berzikir kepadaNYA pagi, petang dan setiap kali selepas solat?; dan
- Bagaimana pula penerokaan kita dalam mempelbagaikan sumber rezeki yang baru (konsep HIJRAH)?
|Nota kemaskini: Tafsir Surah Luqman di IKIM.fm berakhir 10 Rejab 1430, sebanyak 92 siri (kalau tidak silap saya). Mulai Isnin 6 Julai 2009, bermulalah tafsir Surah At-Tahriim (Mengharamkan) - surah yang memberi panduan hidup bersuami isteri, khususnya isteri-isteri|
tetamuNYA

(2.00 pagi waktu tempatan).
Mereka dijangka ke Makkah Khamis nanti untuk meneruskan ibadat umrah - pertama kali sejak berumah tangga -
bersama 30 jemaah Andalusia
Semoga mereka dikurniakan keberkatan dan kesempurnaan ibadat di Tanah Suci, Amin...
langkah-langkah awal fardhu Haji, InsyaAllah.








